Bulan 12. Musim Tengkujuh di negeri Pantai Timur.
Pandanglah ke mana sahaja. Nescaya akan ada air bertakung, akan ada banjir, akan ada orang menggeletik kesejukan, akan ada itu dan ini yang sewajarnya dilihat pada musim-musim hujan.
Namun aku pelik. Sangat-sangat pelik, kalau melihat ada perempuan memakai seluar fit (ala-ala pakaian gimnastik) dan memakai baju yang lehernya luas sampai ke bahu.
Tak sejukkah? Atau otak sudah beku diperangkap kedunguan?
*****
Ada orang suka mengeji diri yang lain.
Aku pernah dengar orang kata pada suatu malam tak lama dahulu; "Pergi mengaji sunnah. Tapi asap berkepul hisap rokok.."
Aku katakan kepadanya; "Bersangka baiklah sedikit. Sekurang-kurangnya dia kenal manhaj dan berada di atas manhaj. Lagi haru kalau dia hisap rokok tapi tak kenal manhaj. Mungkin dia kenal rokok lebih lama dari dia kenal manhaj!"
Tak salah meletakkan sangka baik walaupun anda sendiri rasa meluat dengan perlakuan sebegitu.
Kerana tak semua manusia acuannya sama. Dan tak semua acuan, menjadi.
*****
Apa kita boleh buat kalau ada orang rasa dirinya baik dan mulia.
Tidak mengapa. Teruskanlah berperasaan sedemikian. Akan tetapi jangan menyusahkan orang, atau menyakitkan hati orang yang lain. Kerana itu bukanlah sifat yang baik dan mulia.
Tapi, adalah satu perkara yang sangat menyampahkan kalau anda perasan anda baik. Dan orang yang tidak baik macam anda semua jahat.
*****
Ada orang kata aku suka mengungkit.
Aku jawab YA. Kerana ada kawan-kawan aku yang perangainya tak keruan dan suka menganggap bahawa orang lain tidak sepenting dirinya, masanya dan apa-apa yang bersangkut paut dengan dia.
Jadi sangat susah kalau ada orang yang perasan dirinya baik, tapi masih suka menyusahkan orang. Jadi ke mana pergi 'baik'nya itu?
*****
Tajuknya mungkin sama. Tapi konteksnya berlainan.
Namun halatujunya cuma satu. Memberikan kefahaman kepada manusia.
Itulah namanya dakwah. Sebab itu metodologinya berbeza. Caranya berbeza. Melihat kepada acuan mad'u, juga da'ie.
Jadi usah sombong dan menganggap diri kau semuanya tahu!
Tuesday, December 1, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
9:35 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment