Sunday, January 10, 2010


Apabila bercakap akan orang yang baru kita jumpa semalam.

Kita tidak akan kata, "Ohhhhhhhhh... Itu kawan aku..."

Tapi kita akan sekadar sebut..

"Ohhh (yang lebih pendek)... Aku semalam baru jumpa dia..."

Kerana kita kenal, akan tetapi kita tidak kenal dia.

*****

Orang yang kita sekadar tahu mukanya, namanya, di mana dia tinggal, belajar dan bla bla bla... Dan kita pula tidak rapat langsung dengan dia. Sekadar dua tiga kali bersua muka bertegur sapa. Itu tidak termasuk dalam lingkungan kawan, apatah lagi sahabat.

Jadi jangan over-mesra. Takut dikatakan gay. Atau paling tidak, para manusia mungkin jadi menyampah kerana anda buat macam-macam seolah anda rakan baik mereka.

Kerana itu, aku cukup tidak suka kalau ada orang yang aku KURANG kenal, KURANG rapat, dan KURANG mesra boleh mengarah aku buat itu ini..

"Arep.. Buat benda tu jap.."

"Arep, ambik gambaq aku dengan dia sat.."

"Arep, nanti ko bla bla bla.."

Ada jurang di antara kenalan (acquaintance), kawan (friends) dan juga sahabat (aku tak tahu apa terjemahan tepatnya).

Jadi jangan panggil dan buat orang macam adik kita. Apatah lagi kalau dia lebih dewasa berbanding kita.

Boleh baca di SINI

*****

Ada orang memberikan komen dan kritikan.

Nampaknya, akhir-akhir ini, ramai orang yang suka memberikan kritikan.

Namun apa yang sayang, dia sendiri tak mampu buat kerja.

*****

Adalah sangat malang kalau ada orang boleh menuduh itu bukan salafi. Ini bukan sunnah. Itu khawarij. Ini muktazilah.

Akan tetapi, padanya tiada satu pun yang menggambarkan ciri Nabi SAW.

*****

Pesanan khidmat masyarakat; "Kita bersama-sama dalam apa yang kita boleh persetujui. Dan kita tidaklah berpecah dalam masalah yang kita berselisih, MELAINKAN itu adalah hal aqidah!"

1 aqidah yang sejahtera.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 2:39 AM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>