Tuesday, January 5, 2010


Agak lama tidak mengemaskini blog.

Ada benda yang difikirkan. Terlalu banyak benda yang difikirkan.

Kadang-kadang letih dengan sikap orang.

Sepanjang 2 minggu aku menghadap dan cuba menghadam sikap orang ramai disekeliling aku.

Sangat letih kalau ada orang yang tidak begitu kisah dengan kita. Tapi mahu kita kisah akan dia.

Kawan, bukan kau seorang saja ada hati perut yang perlu dibela dijaga. Orang lain juga perlu dipedulikan.
Mana pedulisme kamu?

*****

Ada orang kata aku sensitif dan mudah marah.

Ya. Aku mudah marah, kerana orang lain kurang sensitif terhadap persekitaran mereka serta orang lain.

Aku sangat meluat jika ada orang sanggup menyusahkan orang atas tiket berkawan, ataupun persahabatan.

Bukan sebab aku ini kawan paling baik. Tapi aku tidaklah akan cuba menyusahkan kawan-kawanku.

Kalau aku mahu untuk tidak peduli juga boleh.

Tapi kawan, aku bukan begitu orangnya. Apatah lagi dengan sahabat-sahabatku.

Kawan, hidup ini ada putarannya.

Hari ini, mungkin kau menyusahkan aku. Esok, mungkin ada yang lain menyusahkan kau.

Persahabatan bukanlah tempat kau peluk sewaktu senang, ludah sewaktu susah.

*****

Hendak kenal orang, maka bermusafirlah dengan mereka.

Nescaya akan tertelanjanglah segala karenah mereka depan kamu.

*****

Kadang-kadang, kebaikan yang kita buat boleh ditenggelamkan dengan dosa 5 minit kita.

Ampunkan aku ya Tuhan. Ampunkan aku...

Posted by Posted by Ariff Arifin at 8:06 AM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>