Sudah jadi lumrah. Bahawa, tidak dapat tidak. Manusia pasti akan menimbulkan rasa kurang senang kepada orang selain mereka.
Orang yang kamu singgung perasaannya boleh jadi sesiapa sahaja. Boleh jadi ibu bapak kamu. Boleh jadi juga rakan taulan kamu. Atau mungkin sekadar kenal-kenalan yang biasa-biasa.
Akan tetap, kamu boleh saja jadi orang yang teramat-amat biadab, andaikata kalau orang yang kamu singgung itu adalah orang yang kamu tidak kenal. Dan dia juga tidak kenal kamu.
Jadi, belajarlah memberi gambaran yang molek mengenai diri sendiri terhadap orang yang kita tidak kenali.
*****
Pakai songkok tinggi, atau kopiah putih berkilat. Punya janggut yang panjang. Bertanda hitam lekang di dahi. Tapi kalau tidak reti hormat orang. Maka tiada nilainya, kawan.
*****
Cantik itu benda subjektif.
Tapi ramai yang kurang sedar. Atau tidak sedar. Hodoh di mata orang pertama. Tak bermakna orang kedua akan memberi tanggapan yang sama. Kerana pandangan manusia pastinya berbeza.
Dan orang yang mengetahui bahawa betapa berharga diri mereka sebagai pemberian tuhan. Mereka akan tidak pandang enteng akannya. Dan mereka adalah orang yang kenal akan tuhan mereka.
Maka berbaik sangka lah pada Tuhanmu.
لا يموت أحدكم إلا وهو يحسن الظن بالله
"Tidak mati salah seorang dari kamu melainkan dia berbaik sangka dengan Allah Azza wa Jalla." (Sunan Abi Dawud, Sahih Sunan Abi Dawud oleh al-Albani)
Namun, kita akan rasa sangat-sangat pelik melihat betapa ramai orang (terutamanya wanita) membuatkan diri mereka jadi hodoh dengan perangai dan akhlak yang buruk.
Dan ini bertentangan dengan sifat wanita. Kerana wanita itu berSIFAT cantik. Sifat wanita adalah cantik pada fitrahnya.
*****
Perumpamaan orang yang mengambil ilmu, pendapat atau apa-apa sahaja tanpa mengira basis adalah seperti haatib al-lail atau pencari kayu api di tengah malam yang gelap gelita.
Sunday, October 25, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
4:38 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Wednesday, October 14, 2009
Aku tak akan marah kalau orang pakai gam untuk tampal kertas. Atau mungkin kawan-kawan aku pelajar jurusan seni bina gunakan untuk buat mock-up board.
Tapi aku sangat-sangat hangat (dan hangit) kalau tengok anak bangsa aku terbaring di atas jalan raya sambil kepala tengah 'weng' (baca: khayal) kerana menghidu gam.
Dan yang lebih sedih lagi adalah, anak bangsa itu umurnya 10 tahun. Dan masih menunggu giliran berkhatan. Tapi sudah duduk bergelimpangan di atas jalan, dengan mata juling kesedapan.
Cerita lanjut, sila baca blog Sabja.
*****
Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.
Jadinya, orang yang hanya tahu merungut dan mengkritik hasil kerja orang lain adalah orang yang sangat buruk akhlak dan budi bahasanya. Apatah lagi mereka saling tidak mengenali.
Cakap siang pandang, cakap malam dengar.
Ada dua zon dalam persahabatan. Pertama, sahabat. Kedua, kenalan. Dan kau kawan, tidak termasuk dalam mana-mana zon tersebut.
"Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah" (Riwayat al-Tirmidzi)
*****
Kalau mereka yang bermain-main dengan tilikan itu merasakan bahawa dosa mereka akan diangkat oleh Allah Azza wa Jalla dan diselamatkan dari neraka. Mereka itu pastinya orang yang gila.
Kerana hanya yang gila antara yang diangkat dosa-dosa mereka.
Diangkat pena dari tiga golongan; Orang yang tidur sehingga mereka jaga, anak kecil hingga mereka baligh, dan orang gila sehingga mereka kembali berakal. (Riwayat al-Tirmidzi dan Abu Dawud, disahihkan oleh al-Albani dalam Misykat al-Masabih)
Maka aku tidak akan marah-marah lagi selepas ini. Kerana kamu, kamu dan kamu adalah orang yang gila.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
9:59 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Thursday, October 8, 2009
Kemuncak pada aqidah adalah apabila manusia itu mula menerima konsep al-Wala' dan al-Bara' tanpa menafikannya.
Apa itu al-Wala' dan al-Bara'? Sila tanya pada lobai Google (atau pada Lobai Tampin). Atau anda boleh rujuk di sini.
Bagaimana dan mengapa ia dikatakan sebagai kemuncak aqidah?
Ianya kerana, apabila manusia mula mencernakan prinsip al-Wala', maka mereka akan menjadi manusia yang benar-benar setia dan taat kepada Islam dan segala isinya.
Manakala al-Bara' pula mendidik mereka untuk lari jauh, serta membenci segala apa yang bertentangan dan dibenci oleh Islam.
Al-Wala' menjadikan Muslim itu mencintai Islam serta orang-orang Islam, manakala al-Bara' itu membuatkan Muslim itu berlepas diri dari segala benda yang tidak berada pada satu jalan dengan Islam.
Ini deklarasi keimanan anda kepada Tuhan. Deklarasi cinta kepada Islam.
Maka, adakah orang yang bermain kuiz-kuiz KURANG CERDIK di dalam FB, walau hanya sekadar suka-suka, sudah (atau akan) mencapai maksud sebenar al-Wala' dan al-Bara'?
Kawan. Walau hanya sekadar suka, jangan sampai cedera.
*****
Jadilah orang yang melutut kepada agama. Dari jadi orang yang melutut kepada syaitan durjana.
Kerana orang yang tunduk dan patuh adalah orang-orang yang berjaya.
(al-Hajj: 54)
*****
Usah jadi manusia yang jadi hamba kepada harta. Sekadar pesan kepada diri sendiri.
Ada manusia, terlalu sayangkan harta. Hingga digadai agama buat cagaran.
Ada manusia, terlalu dahagakan manisnya harta yang banyak, hingga lupa kepada Tuhan Yang Esa.
Ada manusia yang asyik bergelumang dengan harta, berendam dan bermandi dengan kemewahan, jadi orang yang leka.
Maka berdoalah kita dari jadi orang yang CELAKA.
Semoga jauh dari fitnah harta.
(al-Fajr: 20)
*****
Selagimana kita tidak hilang sesuatu benda. Kita rasa kurang endah. Bila kita sudah kehilangannya. Maka susah payah kita cari semula.
Apa perasaan anda kalau anda kehilangan suatu benda. Dan bila anda mencari, baru saja anda sedar, bahawa anda tidak mampu ambil ia kembali.
Bagaimana kalau yang hilang itu sahabat, dan nilai persahabatan.
Semoga Allah menjaga sahabatku walau di mana mereka berada.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
10:56 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Friday, October 2, 2009
Lagi berita dan cerita pasal kuiz dalam FB.
Ohh.. Bosan sungguh mendengar hujah-hujah mempertahankan kuiz-kuiz yang bersifat ramalan dalam FB. Ada orang bersungguh-sungguh mempertahankannya sampai nampak ada dua tiga orang kawan dibantai dengan jayanya oleh mereka-mereka yang mempertahankan kuiz tersebut.
Kata mereka; tak mengapa sebab ini cumalah permainan. Selagi tak percaya tak mengapa. Bahkan ada yang bersifat lebih ego (baca: bahlol) dengan berkata; "Terpulanglah kepada yang bermain, kalau dia rasa berdosa, dia boleh berhenti.."
Pooodah!
Kawan, main-main ada batasnya. Ini bersangkutan dengan aqidah. Bukan main masak-masak atau polis sentri.
Ada orang yang tak pernah belajar hadith. Tidak reti baca hadith dalam matan asal. Tidak tahu ilmu mustolah hadith. Tidak hafal nama imam-imam dalam bidang hadith (mungkin melainkan al-Bukhari dan Muslim). Tiba-tiba dengan sekelip mata, boleh jadi pakar hadith, tiba-tiba reti untuk interpretasi maksud hadith (yang baru dia jumpa dan baca) dalam Bahasa Melayu baku totok itu.
Ini cerita lawak tahun ini tuan puan sekalian.
"Korang jangan buat lawak bai. Ini bukan cerita kartun."
Padahal sudah ada beberapa banyak ulama membahaskan haramnya hukum membaca horoskop (antara benda lain yang bersifat ramalan) walau sekadar suka-suka.
Maka tidak cukup lagi kah untuk memberi kesedaran bahawa benda yang anda rasa main-main itu boleh membawa bahaya kepada aqidah?
Ada orang kata, kuiz dalam FB ni dioperasikan oleh komputer dan keputusan diperoleh secara rawak. Maka tak boleh dikiaskan dengan menemui peramal dan tidak boleh kata ini merosakkan aqidah.
Habis tu engkau ingat ramalan horoskop dalam akhbar tu dia pergi tanya bomoh ke pasal ramalan terhadap orang berbintang Leo, Libra etc. Tapi itu tak menghalang ulama untuk meletakkan keharaman membaca benda-benda itu.
Analoginya, kuiz berbentuk ramalan dalam FB ni (tak kisah lah tajuk apa sekalipun) macam najis. Macam taik. Sebab kalau percaya padanya menyebabkan orang jatuh jadi musyrik. Dan orang-orang musyrik itu najis.
Sebab kalau engkau orang kata orang sakit mental dan orang jahil saja yang akan mempercayai kuiz ni. Maka dalam hal najis tu pun sama. Hanya orang sakit mental saja yang makan najis. Sebab orang waras tak akan makan najis. Dan orang yang waras nak dekat dengan najis pun tak mahu.
Tapi kau hendak pulak dekat dengan benda-benda mengarut merapik ni. Engkau mungkin belum termakan (baca: percaya) lagi najis dalam FB. Tapi kau dah sanggup duduk dekat dengan najis. Maka kau boleh dikira sakit mental lah?
P.S: Yang aku hairan dan pelik. Ramai pulak yang marah dan pertikaikan. Jatuh hati sangat ke dengan ramalan "korang akan kencing malam" bla.. bla.. bla.. tu?
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
11:09 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
2
comments