Monday, December 29, 2008


Merenung kembali kepada permasalahan ‘siapa pengikut manhaj’, atau ‘siapa yang berjalan di atas manhaj Salafussoleh’. Kita akui bahawa benar, kita membuka ruang lingkup yang luas kepada pengikut manhaj. Kita katakan bahawa kita tidak pernah menghadkan golongan salafi, sunnah, tajdid – pakailah apa sahaja gelaran – kepada orang yang begitu atau begini. Atau kepada kelompok yang semacam itu atau semacam ini. Siapa sahaja yang laras aqidahnya sama dengan apa yang disampaikan oleh sadiqul masduq, Muhammad SAW, adalah orang yang benar aqidahnya.

Namun, kenapa apabila kita cuba membuka ruang lingkup ini, kenapa akhirnya kita terjatuh dalam ruang yang menyebabkan kita akhirnya menghina satu kelompok lain tanpa sedar? Kadangkala paradigma yang kita cuba sampaikan terlalu longgar sehingga menyinggung orang lain, bahkan mungkin lebih dari itu, kita akhrinya terjerumus menyinggung apa yang telah disyariatkan oleh agama itu sendiri.

Tanpa disangka, timbul lagi isu bahawa kelompok salafi itu bukanlah hanya terhad kepada orang yang berjanggut, orang yang tidak isbal, mahupun orang yang menggerak-gerakkan jari mereka dalam solat. Ya benar. Secara teorinya kita tidak kata gelar nama salafi, atau aqidah Salafussoleh itu adalah milik mereka itu secara total. Namun kenapa isu ini terus-terusan dijadikan modal untuk membuktikan bahawa manhaj ini terbuka? Bahawa jika manhaj ini terbuka, ia milik siapa sahaja yang aqidahnya haq, dan bukan statik milik golongan itu.

Persoalan sekarang, apakah paradigma yang diberikan itu adalah tepat?

Bukankah setiap dari isu itu – tidak kira janggut, isu non-isbal, mahupun tahrik jari dalam solat - adalah sunnah yang thabit dari Rasulullah? Apakah dengan menggunakan alasan tasammuh, akhirnya kita tanpa sedar telah mencerca peribadi-peribadi yang iltizam di atas jalan-jalan tersebut. Apakah dengan niat ingin meraikan orang yang tidak berjanggut, mereka yang isbal dan sebagainya, kita akhirnya memperlekehkan orang yang melazimkan diri dengan perkara-perkara tersebut?

Atau paling tidak, kita menjadi orang yang membunuh semangat-semangat salafi dalam diri setiap kelompok yang cuba untuk iltizam di atas sunnah, tidak kira dengan sunnah yang kecil mahupun yang besar. Sesungguhnya perlu sekali untuk kita ingat bahawa, setiap sunnah itu adalah tapak-tapak kepada aqidah.

Mungkin jika dipandang pada sudut pandang yang enteng. Isu janggut, isbal atau tidak, mahupun pergerakan dalam solat bukanlah isu pokok. Yang mana ramai yang mengalihkan kiblat perbincangan kepada persoalan aqidah. Ya benar, tidak pernah ada orang menafikan bahawa jika disebutkan dengan manhaj salaf, yang pertama akan dikaitkan adalah kerangka berfikir dalam aqidah. Namun jika benar-benar diteliti isu mengikut sunnah yang dianggap remeh ini bukanlah sebarangan. Ini juga adalah dasar-dasar kepada aqidah.

Jelas, ia bukan satu modal lawak picisan. Maka kenapa mesti diulang-ulang isu ini? Sudah ketandusan modalkah jika kita mahu menyatakan bahawa manhaj aqidah salafiyyah ini adalah untuk semua? Sungguh. Islam itu luas, dan ruang lingkup pengikut-pengikut aliran manhaj salafussoleh juga luas. Namun jika berterusan meletakkan isu-isu sensitif ini sebagai satu tanda aras, maka jelas sekali ia tidak sesuai.

Sensitifnya isu ini kerana ia berkait dengan sunnah Rasulullah. Walau ia nampak seperti kecil, enteng dan sebagainya. Namun nilaiannya bukanlah kecil. Kita cuma risau bahawa kita akan jadi orang yang menghina sunnah Nabi SAW serta para Sahabat baginda R.Anhum. Bukankah bahaya jika demikian keadaanya? Siapa yang berani menidakkan, bahawa penafian serta penghinaan kepada sunnah baginda adalah suatu perkara yang mampu menyebabkan seorang Muslim terkeluar dari millah?

Aqidah itu bukan hanya dipandang pada satu sudut. Tapi perlu diselidik dari pelbagai keadaan. Dari sebesar-sebesar perkara sehingga sekecil-kecilnya. Kita bukan hanya melihat aqidah yang haq pada yang tunjang. Tapi juga dari untaian urat-urat nipis kecil.

Sunnah itu, jika ada yang mengikuti. Kita hargai. Walau mungkin mereka itu aqidahya belum 100% suci dan asli. Namun – secara praktikal – kita hargai mereka kerana mereka sanggup untuk terjun dari tingkap kejumudan dan membuka mata untuk menerima sesuatu yang baru. Kita katakan Jazahumullahu Khair! Dan moga Allah membuka pintu hidayah buat mereka. Semoga dengan usaha untuk mengikut yang berdikit-dikit ini, mereka mampu untuk jadi kelompok yang suci aqidahnya suatu hari nanti.

Jika isu-isu ini terusan dibangkitkan. Maka tidak mustahil pada suatu hari nanti ianya jadi bahan jenaka, walhal itu adalah sunnah baginda Rasulullah SAW! Mungkin perlunya kita untuk mencelikkan mata. Bukan terus-menerus buta dan tuli.

Ini bukan lagi isu siapa ori atau siapa spicy. Tapi isu berkenaan dengan sunnah yang layak diikuti. Untuk mencari persamaan antara pengikut manhaj salafiyyah, bukanlah dengan cara menghilangkan perbezaan itu secara total. Apatah lagi jika itu adalah sunnah baginda Rasulullah SAW.

Akan tetapi kita melihat bahawa persamaan ini kita boleh jadikan satu dasar, untuk membentuk kekuatan. Inilah intipati yang perlu ada jika kita benar-benar ingin mencari persamaan.

Perbezaan pula dinilai dengan sudut yang rasional. Jika perbezaan yang wujud pada satu kelompok itu mampu menyebabkan ianya keluar dari sekte aqidah yang benar dan haq. Maka apa perlu lagi untuk kita mencari persamaan?

Pada hemat saya, tidak perlu untuk kita membuka pintu persamaan dengan membuang terus apa yang berbeza. Kita ini, kaki-kaki yang memijak, berjalan di atas landasan dakwah salafiyyah sepatutnya perlu meletakkan sunnah Rasulullah pada satu tempat yang tinggi kedudukannya. Jangan sesekali kita akhirnya menjadi orang yang menggores mencalarkan wajah dakwah. Wallahua’lam.

------------------------------------------

Baru sahaja lebih pulang dari Kovensyen Sunnah ke-4 di UniKL MICET, Alor Gajah, Melaka. Alhamdulillah. Pengalaman yang bagus dan menarik.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 7:01 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Saturday, December 20, 2008


Masih lagi keletihan sebaik sahaja tiba di Greenwood subuh tadi. Alhamdulillah, ada kawan yang sangat berjasa sudi mengambil dan menumpangkan tempat untuk berehat. Kira-kiranya, petang ini akan kembali semula ke UIAM setelah sebulan ditinggalkan.

Perasaan cuti masih berbekas di minda. Jadi tidak mustahil bahawa momentum untuk memulakan semester baru ini agak lambat dan lembap.

Melihat semula agenda yang menanti selepas ini, ada beberapa perkara yang menunggu untuk diselesaikan. Namun, apa yang paling dinantikan adalah Konvensyen Sunnah kali ke-4 yang dianjurkan oleh Institut Ibn Hajar (IBH) di UniKL kampus Melaka.

Sedang mencari medium untuk melakukan kick-start.

Buat sahabat yang sedang mengalami kesukaran, dalam dakwah, dalam kehidupan. Semoga terus tersenyum. Andaikata kita rebah, bukan bermakna kita tewas. Jika kita jatuh, bukan bermakna kita lumpuh. Namun jika kita putus harap, ketahuilah bahawa Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri dan kehidupan.

Dedikasi khas, buat teman dan rakan.


Posted by Posted by Ariff Arifin at 7:51 PM
Categories: Labels: ,

0 comments  

Wednesday, December 17, 2008


Updated: 181208, 1240PM

Tamat sudah Daurah Musim Cuti 5 (DMC V). Banyak perkongsian ilmu yang diperoleh sepanjang program berlangsung. Perkongsian fikrah yang kadangkala sukar untuk diperoleh di tempat atau waktu yang lain. Suasananya berbeza.

Tidak sukar untuk membayangkan bagaimana orang yang berkongsi payung fikrah yang sama dapat duduk berbicang bersama. Namun, apa yang membuatkan jiwa tersentuh adalah kesungguhan untuk datang ke ceruk Melaka dari segenap pelusuk tempat. Ilmu merupakan sebab kaki dijejakkan di bumi Brisu, dan kerana ilmu juga yang memacu niat yang akhirnya memandu perjalanan untuk tiba ke Madrasah Darul Hadis itu.
Sebagaimana kata yang benar lagi dibenarkan, Rasulullah SAW bahawa; "Barangsiapa yang dimahukan padanya kebaikan oleh Allah, maka akan diberikan padanya kefahaman dalam agama." [Muslim]

Perjalanan kali ini, walau singkat, tapi banyak mengajar. Mengajar untuk bersabar. Mengajar untuk senantiasa waras dan tenang. Buat sahabat yang hadir, moga fikrah terus kekal dan teguh.

Moga perjuangan Sunnah akan terus malar di bumi Hang Tuah.

Kekal menyalalah lantera dengan wajah-wajah yang gigih.












Tinta Kata juga mencadangkan bacaan:

DMC 5 Dari Lensa Ibn Yusof
[SELESAI] Daurah Musim Cuti Ke 5
Daurah Musim Cuti 5

Posted by Posted by Ariff Arifin at 1:15 AM
Categories: Labels: ,

0 comments  

Thursday, December 11, 2008


When it comes to patience, it takes a person who really has great strength and braveness to endure all the hardship and pain. Not every person manages to face all sorts of things. Not every person stands to be happy though he is sad. Not every person has the ability to kill the awkward feeling and endure the challenge that he got to face. Not every person is gutsy enough to realize that he is dealing with the reality.

And be steadfast In patience, for Verily Allah will not suffer the reward of the righteous to perish. [11:115]

And the reward of patience is great. As Allah said in the Holy Book;

If only They had patience until Thou couldst come out to them, it would be best for them: but Allah is Oft-forgiving, Most Merciful. [49:5]


I just got to text my friend 2 days ago. Asking him how he was doing and all. He is brave enough for me. The way he copes with the feeling of sorrow, made me respect him. Big salute for him.

Me: Assalamu’alaikum WBT. Bro, I just heard the news. I’m hoping that you’ll be brave.
Iwan: Wa’alaikumussalam. Insya Allah. Thank you. Eleemosune her with Fatihah.
Me: Insya Allah. Where’re you right now?
Iwan: Klang. Why?
Me: Nothing. I’m on my way to KL right now. If I can make it, I’ll go and meet you up.
Iwan: I’m in Klang, my late mom was buried here. They held tahlil here. If you can come and join us, it’ll be fine.
Me. Insya Allah. If you need anything. Just tell me bro.
Iwan: Eh. I’m okay. Give alms to her is enough.

Conversation stops there.

(No need to raise up issue about sedekahkan Fatihah or Tahlil. My stand is real.)

----------------------------------------------

I’m in Tampin right now. Arrived here at 11 last night. Getting ready for the program. Yeah!

Posted by Posted by Ariff Arifin at 3:37 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Wednesday, December 10, 2008


This month – and the month after – is the month where fashion is not the main issue. No more nice shoes and sandals. They chose ‘selipar jepun’ instead. No more beautiful clothes. Rather put on something dull and old-fashioned since it gone to be wet after all. Pants are not to be left hanging beneath their ankles. Or else they will turn up being a – kind of – silly wet man in a wet trouser.

The monsoon season is not – really – a favored season (except if you’re a man with money, who turn out to be organizing the Monsoon Cup, who then, will get tonnes of dimes and bucks). No longer sight of ‘nelayan’ in the morn. There’re no longer happy birds singing. And no more ‘pokok mata kucing’ in front of my house (since it turns out to be dead few days ago). The clouds are dark and gloomy since past few weeks, and the sun only came out for about three days, before the sky turned to be dark again.

The rain poured heavily. And only stop for a while. And continue for 24 hours non-stop, before taking a break for about two hours, before it starts all-over again. That’s the routine for the past three weeks. Most of the areas are then affected by flood that required them to move to safer zone.

It’s all about the ability to indulge the obstacle given by Allah Azza wa Jalla. This rain is just a mere test, and it may be worse than the human being could imagine. Human hearts tremble for Allah has tested them, and only those with strong faith and believe will not turn from His guidance.

No kind of calamity can occur, except by the leave of Allah. And if any one believes In Allah, (Allah) guides His heart (aright), for Allah knows all things. [64:11]


-------------------------------------------

I’ve just heard that my best friend’s mom died yesterday. I am utterly shocked. Hope Allah will give him strength to carry out the pain and sadness.

To every people is a term appointed: when their term is reached, not an Hour can They cause delay, nor (an hour) can They advance (it In anticipation). [7:34]


-------------------------------------------

I’ll be departing from KT to KL tonight. At 10. Before grab a train to Malacca tomorrow. *SIGH*

Kinda exhausted since I’ve been here and there for this past few weeks. This is my second, or third time in KL since the break. The break which seems not like a break after all.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 4:47 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Sunday, December 7, 2008




عيد مبارك

كل عام وانتم بخير

Posted by Posted by Ariff Arifin at 9:01 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Saturday, December 6, 2008


From Abu Qataadah al-Ansari, he narrated that Rasulullah SAW has been asked about fasting on the day of Arafah, he answered as; "It absolves sins of last year, and the year after." (Narrated by Muslim, 2704)

Saudi Arabia Announces Day Of Wuquf Falls On Sunday

From Zuklefli Salleh

MECCA, Dec 1 (Bernama) -- Saudi Arabia has announced that Sunday will be the Day of Wuquf and Monday, the Aidiladha.

Arab News daily quoted a report carried by the Saudi Press Agency, that the Supreme Judicial Council had said that Saturday was Zul Hijjah 1, and that there were 30 days in Zul Qaedah "because the council did not receive any report of moon sighting."

Meanwhile, hundreds of thousands of pilgrims have congregated in this Holy City, including more than 20,000 from Malaysia, among them Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

No official figures have been announced yet on the total number of pilgrims for this season but it is estimated that three million would encamp in the 10.4 sq km Arafah, about 22km from here.
Ahmad Zahid, who visited several accommodation facilities for the Malaysian pilgrims today, advised them to look after their health so that they would be able to perform the Wuquf, which is the apex of the Haj pilgrimage.

Tabung Haji officials said the Haj agency had made preparations for an orderly movement of about 26,000 Malaysian pilgrims to Arafah on Saturday using buses arranged by the Saudi Arabia Haj agency, Muassasah.

BERNAMA

---------------------------------------

This statement was then confirmed by the statement by the Royal Embassy of Saudi Arabia

Supreme Judicial Council announces dates for 1429 Hajj

The Supreme Judicial Council has announced that today is the first day of the lunar month of Dhu Al-Hajjah and, accordingly, Sunday, December 7, 2008 will be the Day of Standing at Arafat and Monday, December 8 will be Eid al-Adha.

Royal Embassy of Saudi Arabia

Posted by Posted by Ariff Arifin at 12:48 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Thursday, December 4, 2008


Listing for January 2009

I’ve put 2 books in my listing for this upcoming January.


#1

Against Medical Advice by James Patterson.

James Patterson is my current favorite writer alongside Dan Brown. And this time, he jumped into a non-fiction style of writing. His latest title, Against Medical Advice is based on true story, revolves around Cory Friedman, who suffered from a rare disease.

I can’t wait to have my hand on this book. Right now I’m struggling to finish another title by Patterson, Roses Are Red. I wonder why they don’t have Kinokuniya or MPH in Terengganu.






#2

Angels and Demons by Dan Brown.

I’ve tried to grab this title for more than a year. It’s not awhile since I read The Da Vinci Code. Reckoned to be the best fiction title after TDVC. And I’m so into it. I’ve searched for it in Terengganu. No luck in finding it. Last time I went to Kino, this book was sold out.

Robert Langdon is the lead role. I think there'll be a film released with the same title next year. Being adapted by the novel, as the previous production of TDVC.



P.S: I’ve got another few titles running ‘round my heads. Most of them are Patterson’s. But I’ll keep it until the next month. The budget is tight. So does the time. And I’m missing the time spent hanging out at Kinokuniya.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 9:31 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Tuesday, December 2, 2008


Buat teman, sahabat, saudara.. Abu Hasif..

Jika semalam kita gah dengan kegembiraan. Mana mustahil untuk kita menangis hari ini. jika semalam kita disogokkan dengan senyuman yang ceria, tidak mustahil pada esok hari kita dirundung malang kesedihan. Hidup punya cabaran dan dugaan. Tidak selamanya kita suka, adakala, memang pasti akan duka.

Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? (Al-Ankabuut: 2)

Tidak ada beda kita dengan orang lain, melainkan bilamana kita ditimpakan dengan satu-satu ujian. Yang menyebabkan kita sedar bahawa kita ini bukan siapa-siapa. Dan hanya Allah lah tempat kita mengembalikan segala pengaduan dan perihal kesusahan.
Mungkin kita terleka atau alpa. Tapi akhirnya, kita sedar bahawa Allah jualah tempat kita melampiaskan rasa duka dan resah.

Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada dia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan apabila Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya, demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau dalam apa yang mereka lakukan. (Yunus: 12)

Tidak kira berapa hebat kita cuba menyembunyikan kesedihan, duka di dalam hati, pasti Allah mengetahui. Dia lah yang mengetahui apa yang wujud di dalam dada-dada manusia. Saudaraku, khabarkanlah kesusahan itu kepada Allah. Nescaya Dia akan memberikan bantuan, kerana sesungguhnya dia tempat kembalinya segala pengaduan. Dan bertawakkallah kepadaNya. Hanya Dia sahaja yang mampu memberikan bantuan.

Usah bersedih wahai sahabat, sesungguhnya kesedihan tidak akan membawa apa-apa. Mintalah kepada Allah. Nescaya hatimu jadi tenang, dan cukuplah Dia bagimu.

Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menetapkan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At-Thalaaq: 3)

Sematkan azam, aku doakan kebaikan buatmu. Moga terus bangkit dari kepayahan.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 9:44 PM
Categories: Labels:

1 comments  

Apabila sebuah badan NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia atau Reformis bertegas untuk melakukan demonstrasi dalam keadaan berbogel – walaupun permohonan permit sudah ditolak – untuk mendesak MB Selangor untuk mengkaji semula kenaikan kadar sewa rumah PPR, kita jadi terpegun. Dan kita jadi lebih terpegun melihat bahawa presiden kumpulan tersebut adalah seorang Melayu, yang beragama Islam. Terpegun bukan kerana apa, melainkan ‘mengagumi’ betapa bodoh dan jahilnya mereka. Rasa kecewa menjalar di segenap minda. Apakah begitu murah sekali maruah sehingga perlu berbogel untuk mendapatkan perhatian?

Memandang semula kepada acara demonstrasi – samada dalam keadaan aman ataupun hingar – yang diadakan sebelum ini. Kita dapati bahawa – di dalam sejarah Malaysia – perkara ini adalah yang pertama. Namun apa signifikannya untuk mereka berbogel dalam membantah kerajaan negeri Selangor? Apakah mereka yakin bahawa pertunjukan bogel itu mampu membuatkan kerajaan Selangor tunduk kepada kehendak mereka, sehingga mereka merasa selamat serta berbaloi untuk berbuat demikian?

Memandang kepada isu ini, kita akan mendapati bahawa mereka telah terikut-ikut dengan sikap barat dalam melahirkan rasa tidak puas hati. Betapa mereka di sana, jika berpiket akan punya orang-orang yang bertelanjang di jalanan, kononnya sebagai tanda protes kepada pihak yang dibantah. Namun, kita sama sekali tidak dapat pastikan tentang keberkesanan perilaku mereka tersebut.

Bertelanjang di jalanan bukan sahaja menentang dogma masyarakat Melayu, bahkan, yang lebih utama, melawan apa yang telah disyari’atkan oleh Islam. Meniru budaya si kaum kafir adalah dilarang, apatah lagi perihal berbogel di jalanan.

Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah sebahagian daripada mereka. (Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, dinilai shahih oleh al-Albani)

Apakah perlu untuk kita tunduk kepada kejahilan yang dirantai oleh nafsu. Sehingga kita akhirnya berani untuk bertindak sedemikian? Kenapa perlu mendewa-dewakan metode dari barat sehingga kita bertindak menentang arus pemikiran yang waras? Apakah mereka-mereka ini yakin, bahawa mereka akan terlepas dari azab Allah dengan hanya menjawab, “Kami membela masyarakat.”

Takutlah kepada Allah wahai sekalian manusia.

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadanya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya dimaqbulkan). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. (Al-A’raf:56)

Niat tidak akan sesekali menghalalkan cara. Dan bukanlah itu solusi yang digambarkan oleh Islam. Sedang pada Islam, setiap sesuatu itu perlu ada tuntunan dari al-Quran mahupun as-Sunnah. Apakah mereka tidak berfikir bahawa kejahilan mereka ini akan membawa kerosakan kepada mereka sendiri. Kita sendiri tahu bahawa kita tidak akan betah dengan pembalasan Allah.

Perlakuan yang memualkan ini langsung tidak mencerminkan ia datang dari Islam. Apakah wajar mereka-mereka yang beragama Islam berbuat demikian? Sebarang suara kepada kerajaan perlulah melalui jalan yang waras. Jika mereka berada di pihak yang benar, apakah perlu untuk mereka bertelanjang? Mereka yang waras, dengan mudah dapat mengesan sebarang kedangkalan yang wujud pada ide-ide seperti ini. Mungkin, rasa hormat pada diri sendiri sudah makin pudar, hingga akhirnya, kita meletakkan diri seperti binatang?

Dan sesungguhnya Kami jadikan isi neraka jahanam banyaknya dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A’raf: 179)

Mereka yang punya hati tentu sekali faham apabila Islam melarang. Mereka yang punya mata dan telinga, pasti akan melihat serta mendengar nas-nas yang berkaitan. Mana mungkin mereka yang punya akal akan tertarik dengan talbis-talbis iblis serta ajakan kepada kebinasaan.

Mereka sewajarnya bertaubat kepada Allah, dan membatalkan niat mereka. Sesungguhnya azab Allah Azza wa Jalla itu amat pedih untuk ditanggung. Suara-suara yang benar pasti tidak akan padam, namun perlulah melalui jalan-jalan yang betul dan menjauhkan diri dari kejahilan. Sungguh, luahan rasa mereka itu cuma terarah kepada kesesatan yang nyata. Nyata, ada manusia yang terlalu bodoh untuk berjalan di atas kiat-kiat kedangkalan.

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Ali ‘Imran: 135)

Posted by Posted by Ariff Arifin at 12:10 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Monday, December 1, 2008


Alhamdulillah, looking at the last semester result, I feel relieved and calm. I’ve been waiting for the result since the morning. The butterfly-in-the-stomach syndrome is like killing me most of the time. Anxiously waiting to see how my result gonna look like. Frankly, I can feel that I’m having my HBP – again – while waiting

I don’t have a heart to see my result. But, I realized something, that by one means or another, I have to face it.

Nak mengelak macam mana? Usaha sudah, tinggal tawakal sahaja. Dan apa-apa yang saya dapat, setimpal dengan usaha saya.

That’s what I’ve said to myself.

Allah is wise and great. He knows what the best thing is for me. Really, I never expect more. Too much sin and too much bad thing that I’ve made. Whatever that He gave me, I’ll accept. And I’m hoping that I’m strong.

Apa sahaja yang Dia beri kita terima. Kalau dia bagi banyak, kita ucap Alhamdulillah dan senyum. Kalau Dia bagi sikit takkan lah kita nak buat sebaliknya? Ucap Alhamdulillah dan senyum juga.

Remorse. That’s the word. But still, it ain’t gonna change a thing. But smile. And praise Him for whatever that you get (got).

Last semester is like a killer semester. 8 papers with no remedial gap between them put me in a stressful condition. With 2 subjects that will make me extend my studies – if I failed them – really make my heart pound with a strange pace, like it wanna blow.

Alhamdulillah, the result that I got yesterday is good, really good enough for me. Let me put it in this way; saya masih mampu bernafas.

Terima kasih Allah.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 4:37 PM
Categories: Labels:

0 comments  

 
>