Mengetuk-ngetuk papan kekunci di tengah malam memanggil ingatan kepada pengajaran yang diberikan oleh al-Imam Ibnu al-Qayyim sebagaimana yang dikisahkan di dalam kitabnya, al-Fawaaid.
1. Dosa itu luka. Dan satu luka boleh menjadi sebab kematian.
2. Jika aqalmu dibebaskan dari maharajalela hawamu, maka akan kembalilah kekuasaannya.
3. Jika kau memasuki 'Daar al-Hawa', maka kau telah memperjudikan hidupmu.
4. Jika kau melihat satu perbuatan terlarang, maka ketahuilah bahawa ia akan mencetuskan peperangan, dan berlindunglah darinya dengan hijab;
"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." [24:30]
Maka akan selamatlah dari akibatnya, sebagaimana firman Allah;
"Dan Allah selamatkan orang-orang Yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu." [33:25]
5. Lautan hawa boleh melemaskan, dan perenang takut untuk membuka matanya di dalam air.
[Bersambung..]
Monday, June 22, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
1:36 PM
Categories:
Labels:
islah kata
0
comments
Saturday, June 20, 2009
Kesejukan malam itu tak menghalang Firdaus dari terus berjalan. Walaupun hawa dingin itu menggigit hingga ke tulang, dia masih tegar berjalan.
Jalan gelap itu seolah menggamit perasaan yang suram. Dipandangnya ke kiri dan kanan. Tiada orang yang menemani.
Firdaus bingung. Ke mana pergi semua orang? Ke mana hilang rakan-rakan yang berjalan bersamanya tadi?
Perasaan takut mula menerjah ke sudut hati. Tapi tidak dihiraukan. Mana mungkin tidak ada rasa risau. Seorang diri. Jalannya gelap gelita. Tidak tahu apa yang bakal tersedia di depan mata.
Rakan pula tenggelam seorang demi seorang. Tiada lagi dengar suara walaupun panggilan dilaung. Tiada bersahut suara.
Tebing matanya mula basah. "Mana hilang rakan-rakan yang sama berjalan?"
Tersadung kaki. Rebah. Mata kelam. Dia cuba bangun sendiri. Tahu bahawa tiada lagi rakan yang akan tolong menariknya bangun.
Tiba-tiba. Muncul persekitaran yang asing bagi dirinya. Persekitaran yang ganjil pada dirinya.
Dugaan apa pula kali ini, bentak hatinya. Dugaan apa pula?
"Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah engkau itu orang yang asing atau orang yang melalui satu jalan." [Bukhari]
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
1:37 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Monday, June 15, 2009
Ada orang bertanya. Kahwin awal. Suatu trend atau ikutan masa kini?
Kahwin merupakan suatu keperluan. Tak kira bagaimana. Cepat atau lambat, itu persoalan lain.
Kahwin awal tak kahwin awal bukan dikira dari sudut;
"Kalau dah jodoh kahwin awal lah"
Ataupun,
"Trend semasa. Dah member aku kahwin awal ramai. Aku pun nak kahwin lah."
Persepsi mengenai Qada' dan Qadar perlu diperbetulkan. Jodoh bukan datang tergolek. Tapi perlu diiringi dengan usaha.
Bukanlah kita dalam hal nikah-menikah, celik mata di pagi hari dapat alamat dari mimpi, atau tiba-tiba datang perasaan, "Aku kena kahwin hari ini", maka kita pun pergi menikah. Ataupun, "Aku rasa aku kena bercerai hari ini". maka kita pun bercerai.
Dalam hal menikah-kahwin, kalau kita berusaha mencari. Maka akan datang dan dibukakan pintu tersebut. Begitu juga cerai-berai. Persepsi manusia bila melihat orang bercerai. Akan ada cakap-cakap, "Itu dah jodoh depa.."
Padahal dalam hal ini ada pilihan untuk dibuat. Tapi manusia bilamana belum membuat pilihan, atau selepas membuat pilihan yang membawa akibat yang buruk. Mula menyalahkan takdir. "Itu dah takdir. Itu jodoh depa. Sampai takat tu ja jodoh depa. Bla bla bla.."
Dan tidak perlu sibuk-sibuk hendak mempertikaikan yang selepas berkahwin tanggungjawab besar.
"Larat ke nak pikul. Dah kahwin tanggungjawab besar. Banyak benda nak kena fikir."
Fi'il manusia memang pelik. Hidup ni pun tanggungjawab beb. Samada kau seorang atau berdua. Hidup yang kau lalui adalah tanggungjawab. Hidup adalah risiko. Berkahwin adalah risiko. Cepat ke, lambat ke. Risiko tetap sama. Kalau tak berani ambil risiko. Rosak lah hidup.
Pelik melihat orang mempertikaikan agama dan bertanya samada nikah awal itu trend semasa.
Sedangkan datang dari Nabi sendiri yang menyuruh mempercepatkan perkahwinan bagi lelaki yang sudah layak menikah. Kenapa hendak dipanjangkan persoalan ini? Samada ini trend semasa atau tidak. Saya akan kata (dan berani kata) ini trend agama. agama yang jadi trendsetter dalam hal ini.
"Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mampu untuk berkahwin, maka berkahwinlah. Kerana dengan berkahwin lebih dapat menahan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa; kerana puasa dapat mengekang syahwatnya." [al-Bukhari]
Dan kemungkaran paling besar adalah meninggalkan sesuatu yang dianjurkan agama.
Dan Umar al-Khattab diberitakan pernah berkata kepada Abu Zawaid yang usianya sudah tua namun masih belum berkahwin untuk memberi semangat kepadanya;
"Tidak ada yang menghalangmu untuk berkahwin kecuali kelemahan atau banyak dosa."
Melihat sesuatu dari jendela agama lebih baik dari menyorot persoalan mengikut tingkap dunia.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
10:40 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
3
comments
Sunday, June 14, 2009
Ini merupakan karangan pelajar UPSR yang saya ambil dari sini; http://zaid-alkhair.blogspot.com/
Dan saya ingin menegaskan bahawa berikut bukanlah karya saya. Walaupun ada kawan-kawan mengatakan saya gila bercerpen kebelakangan ini.
Mungkin dari karangan ini, kita boleh menilai sikap, atau identiti dalaman pelajar tersebut. Wallahua'lam.
Isinya mengarut. Gaya bahasanya... Err.. Ah. Apa-apa sajalah.
---------------------------
Kemalangan Ngeri Yang Pernah Saya Alami
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Apaan Lu!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris:
"You better watcha up. Ten times more plus ten times, twentytimes i beat you always."
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara, "Semua butuh minggir". Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Magic sungguh. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
10:10 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
5
comments
KAMPUNG GAJAH – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman mendedahkan ramai penerima dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) gemar menghabiskan wang pinjaman itu sebagai ‘modal bercinta’.
Menurutnya, berdasarkan pengalamannya dalam menguruskan sebuah institusi pengajian tinggi sebelum ini, trend bercinta sesama rakan semasa menuntut semakin menjadi-jadi dan pelajaran bukan lagi keutamaan.
“Lebih malang, wang PTPTN dijadikan ‘modal bercinta’, sedangkan ia sepatutnya digunakan bagi menampung kos sara hidup semasa menuntut di universiti.
“Malah, ramai juga yang berani meminta ibu bapa masing-masing mengahwinkan mereka segera sedangkan tempoh pengajian masih panjang,” katanya.
-------------------------
Ohh.. Nampaknya berkahwin ketika masih belajar (serta menggunakan duit PTPTN) juga satu dosa sekarang ini.
Mungkin MP Pasir Salak lebih gemar kalau-kalau berita pelajar IPT terpampang di muka depan kerana ditangkap khalwat dan bersekedudukan.
Menghabiskan duit PTPTN (atau mana-mana biasiswa) kerana cinta. Ya. Itu satu kesalahan. Akan tetapi untuk berkahwin? Itu satu peringkat yang berlainan.
Mungkin manusia hari ini semakin benak dalam berfikir.
Kesian dengan generasi Islam yang semakin mundur dan hanyut dalam keduniaan. Semuanya kerana ada segelintir orang yang berfikiran jumud dan tidak bijak.
Sakit kepala. Sakit kepala. Sakit kepala dengan PHP dan joomla.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
10:35 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
10
comments
Friday, June 12, 2009
Past two weeks taught such lessons. Lessons which I might say as an emblem of life.
Whatever...
Lesson #1
Get a life..
Stop annoying people. Stop insulting people. And stop breaking others heart.
Lesson #2
Life is unpredictable.
The person that you might love and care today. Might not be the same as tomorrow.
Lesson #3
Silly mistake that you've did might break other people heart. It might look easy and simple for you. But not for other.
Lesson #4
I wonder if it is too easy to ditch a friendship that you've carved for months and years.
God knows. God knows.
Lesson #5
Once a friend, you'll always be a friend.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
8:45 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
2
comments
Thursday, June 11, 2009
Kabut yang mengisi ruang kosong persekitaran seolah-olah menggambarkan betapa serabutnya pemikiran Hasif. Berjalan di lorong kecil yang ramai orang itu benar-benar menyesakkan dada.
Dia teringat rakannya yang jauh. Rakan yang mungkin tidak lagi jadi rakan. Sahabat yang mungkin sahaja jadi kenangan.
Hasif diam. Terasa bahawa gigi matanya menakung bahang panas. Dia menyeka air mata yang mengalir tanpa ada paksa.
"Berat benar salah aku. Harap dia memaafkan aku. Berat benar rasa rindu. Harap dia juga rindukan aku."
Monolog pendek itu sekadar cuba jadi penyedap hati. Namun Hasif tewas.
Rindunya pada sahabat yang kejauhan seolah satu beban berat yang dipikul di atas belakang. Berat yang tidak tertahan-tahan.
"Kenapa harus akhirnya begini? Kawan.. Maafkan kalau aku yang bersalah. Maafkan. Aku akui kesalahanku. Maafkan aku.."
Berat rasa makin tak tertahan. Pandangan matanya berpinar-pinar.
"Aku doakan moga Allah sejahterakan engkau walau di mana kau berada. Kaulah sahabat paling rapat pernah aku ada. Sahabat aku berkongsi duka. Sahabat aku berkongsi cerita. Tempat berkongsi ceria dan lara. Tak akan aku jumpa yang lain.. Maafkan aku atas salahku. Sayang aku pada dirimu. Sayang aku pada dirimu.. Jangan pergi dari hidupku.. Jangan pergi.."
Monolog yang menggambarkan penyesalan itu seolah-olah jadi perbualan akhir antaranya dengan diri.
Dunianya berpusing-pusing. Nafasnya makin sesak. Tersekat-sekat di halkum. Hasif tersungkur di lorong sesak itu.
Mulutnya terkumat kamit mengucapkan sesuatu. Lama-kelamaan, gerak bibir itu semakin perlahan. Hilang di sebalik kerumunan orang ramai.
Seorang tua yang memangku Hasif berkata, "Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.. Dari Allah lah kita datang, kepadanya juga kita semua pergi.."
Suasana redup berkabut itu seolah jadi saksi bahawa Hasif sudah pergi. Tiada lagi.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
9:18 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
6
comments
Wednesday, June 10, 2009
Ada kawan bertanya.
"Apa komen kau pasal Facebook tempat berdakwah?"
[Senyap sunyi. Ada bunyi cengkerik]
Diam. Kerana malas nak menjawab.
Kawan.
Saya berdakwah setakat mana yang saya mampu. Berdakwah mengikut masa, keadaan, tempat dan sebagainya. Namun aku bukan orang yang berani menggelar diri sebagai daie.
Untuk saya kata saya menggunakan facebook 100% sebagai ruang dakwah. Saya rasa belum mampu berbuat demikian. Facebook secara kasarnya adalah ruang sinis bagi saya. Mungkin tempat saya bermain-main.
"Syeikh. Anta ni... Gunakanlah medium apapun. Ini dakwah syeikh. Dakwah! Anta nak hidup sia-sia main facebook 24 jam??!"
Aih.
Adakah saya ambil mudah pasal dakwah? Tak pun. Saya tak rasa saya buat begitu. Tak pernah pun buat begitu.
Ada orang nak berdakwah melalui friendster?
Saya kata; silakan.
Facebook?
Silalah.
Blog?
Dialu-alukan...
Twitter?
Pakailah..
Pakailah medium apa pun. Tak jadi masalah. Tak jadi masalah buat saya.
Cuma, jangan memandang saya sebagai seorang pendakwah atau daie, atau memberikan 'tanda nama' sebegitu kepada saya di dalam facebook, atau di mana-mana tempat di alam maya. Kerana saya bukanlah seorang yang begitu. Risau sungguh kalau saya mengaku sebagai daie dan kemudian buat benda-benda yang tidak semengah dalam internet.
Buat itu dan ini yang bukan-bukan. Ambik kuiz itu ini. Bla.. Bla.. Bla.. Nanti orang jatuh thiqah.
Macam saya katakan, saya berdakwah sekadar yang saya mampu. Di segenap ruang. Tapi sekadar mampu. Tidak kira samada di Facebook, Friendster, hatta di blog sekalipun. Bagi yang menjadikan facebook dan friendster ruang dakwah secara mutlak, saya alu-alukan dan berterima kasih.
Antara yang saya kagumi yang duduk pada listing facebook saya adalah الدعوة السلفية serta albaseerah.com.
Di Friendster? Masih belum ada yang mampu saya kagumi. Sesi forward hadith palsu, tidak ada apa yang perlu dikagumkan.
Di Twitter. Saudara saya abdullatef serta assunnah.
Menggunakan ruang yang ada bukan bermakna anda kena letak video itu video ini. Artikel itu artikel ini. Sebutlah apa sahaja yang memanggil orang kepada Islam.
Kita cuba memberikan kemudahan kepada orang. Mungkin sekadar bercakap
Cuma yang paling penting bagi seorang yang mengaku dia itu daie di alam maya. Tolong. Tolong dan tolonglah. Usahlah bercakap benda yang anda tidak tahu. Sifat boros anda cuma memperlihatkan pandirnya anda di alam maya. Usah berdebat tidak tentu hala. Usah tunjuk jaguh.
--------------------------
Sudah habis membebel.
Sekarang laptop pula buat hal. Duit juga yang akan keluar. Haih.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
9:40 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
3
comments
Monday, June 8, 2009
Ada beberapa perkara perkara yang saya dapat perhatikan dan belajar sepanjang ziarah ke IQ kali ini.
Pertama, untuk tidak menilai kanak-kanak kecil itu sebagai satu orang yang lekeh.
Apa yang saya dapati, walaupun mereka masih kecil, mereka lebih banyak tahu jika hendak dibandingkan dengan apa yang diketahui oleh orang dewasa.
Saya mengambil contoh seorang pelajar kecil yang tahu mengenai solat jama' dan qasr bila ditanya. Walaupun ada sedikit kesilapan. Tapi memadai kalau hendak dibanding dengan orang-orang dewasa yang masih kelu lidah bila ditanya mengenai perkara yang sama.
Agaknya, kerisauan orang kita lebih terjurus kepada menghafal lafaz niat solat jama'.
"Usolli... Usolllllllllliiiii... Ussoooo.. Usollllllliiiiiii..." *terdiam...*
Kedua, pentingnya kerjasama dan mengikut arahan.
Saya banyak belajar ini dari Mustafa. Kawan dari UPSI yang saya sangat selesa bekerja dengannya.
Katanya lebih kurang begini.
"Ana kalau duduk sebagai orang bawah. Ana akan buat cara orang bawah; ikut dan dengar."
Praktikalnya di situ apabila diberikan arahan, tidak akan ada bantahan dan kerja akan lebih lancar. Hendak mengungkit? Akan ada ruang disediakan.
Bagi saya. Buat kerja bukan setakat yang ditulis atas kertas. Perkara yang di atas kertas bukan jadi pemberat samada kerja yang dilakukan itu akan berjalan lancar atau tidak. Apa yang penting adalah kerjasama. Macam lagu Wonderpets tu.
"Apa yang penting? Kerjasama! Wonderpets datang membantuuuu... Anak haiwan yang kesusahan.. Lalala.."
Ah. Merepek lagi.
Apapun saya ucapkan terima kasih kepada semua komiti dan fasi yang menjayakan program ini.
Buat fasi; Lobai Masri, Sarip, Muhammady, Danial, Ummil, Raudhah, Fatimah, Rahilah dan Syamimi.
Serta tak lupa buat 'Geng Tukang Masak'; Farah, Fizah, Wani, dan Sajidah.
Dedikasi ini sebagai kenangan..
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
4:42 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Saturday, June 6, 2009
Jadi ghuraba' di akhir zaman sangat-sangat sukar. Sangat-sangat payah perjalanannya. Ada banyak susah payahnya.
Ada banyak gula-gula di kiri dan kanan. Ada banyak aiskrim di depan dan belakang.
Ada tokoh yang elok. Ada yang tidak.
Menyebut nama tokoh yang tidak elok, dan tidak ada kaitan dengan sunnah adalah dilarang sama sekali. Dan menyebut mengenai mereka, bukanlah satu ghibah.
Maka, tentu sekali memuja mereka, menjadikan satu contoh ikutan adalah sangat-sangat ditegah.
Ada orang kata, apa salahnya mencintai Maulana A, memuja as-Syahid B? Mereka hanya mengambil manfaat dari mereka. Bla.. Bla.. Bla.. Aku pun ada ambil manfaat dari tokoh. Bla.. Bla.. Bla.. Takkan aku sembah depa. Bla.. Bla.. Bla..
Dalam kitab al-Durr al-Mansur min al-Qauli al-Ma'sur, ada disebutkan bahawa; Yahya bin Abi Kasir sebagai berkata : “Kalau kamu bertemu ahli bida’ah di suatu jalan maka ambillah jalan lain.” Begitu pula kata al-Fudhail bin Iyyadh.
Aduh. Ambil jalan yang lain. Bersua pun tidak mahu. Tegas sungguh ulama' salaf. Tapi apa boleh buat. Mujtahid zaman kini, lebih mutlak dan berautoritatif dalam hal agama.
Kawan.
Itu adalah salah satu perkara yang sangat berat. Memuja tokoh yang rosak aqidahnya adalah satu cabang kemungkaran. Kerana itu dilarang untuk kita berbuat demikian.
Dalam al-Ibanah ada disebutkan bahawa, Ibnu Sirin menutup telinga apabila mendengar ucapan dari ahli bida'ah. Kan tutup telinga tu.
Namun, di kalangan kita ada yang membaca dan memuja mereka. Menyebut-nyebut nama mereka dalam setiap hal. Yang ini tokoh B kata macam ini. Yang ini pula dia kata macam itu. Apa agama itu lengkap dengan kata-kata tokoh B, A, E, atau Z?
Ini adalah kesilapan yang sangat besar. Bukankah para salaf lebih berautoriti dari tokoh-tokoh ini dalam hal agama. Bukankah begitu? Bertakwalah kepada Allah wahai kawan. Bertakwalah.
Ada cerita yang sahih pernah saya sendiri dengar. Ada ustaz menyampaikan ceramah mengenai tidak boleh berhujjah dengan mimpi. Tiba-tiba seorang pendengar bertanya.
"Tapi saya dengar Maulana A itu mengatakan bahawa dia menyiapkan buku fadilatnya berdasarkan mimpi.. Bagaimana begitu ustaz?"
Ustaz tersebut dengan yakin menjawab.
"Ehhh.. Takpa. Kalau Maulana A takpa. Maulana A kita boleh terima pakai kalu dari mimpi pun.."
Bukankah itu taksub namanya beb? Habis rancu aqidah. Habis jahanam semua benda. Habis tercengang semua.
Alah kawan. Jadilah gentleman. Mentang-mentanglah yang kena perleceh budak yang kau minat. Apalah sangat...
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
11:39 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Thursday, June 4, 2009
Ahmad berpaling dari Herman. Nampak rasa amarah tertulis pada wajahnya.
"Mudah kau lupa dan mungkir pada janji. Ini bukan gaya seorang Islam."
Herman masih diam.
"Nampak? Sekarang kau sudah menyusahkan kita.. Menyusahkan orang di sekeliling kita. Memberi susah kepada orang, bukan datang dari petunjuk agama wahai sahabat. Bukan..." Ahmad masih mengomel.
Suasana hening, tiada bunyi.
"Cuba kau diam dan jangan membebel!" Gempar suara herman memecah kesunyian. Tidak nampak riak rasa berdosa pada dirinya.
Gelora perasaan Ahmad makin tak mampu ditahan.
Akhirnya dia berkata. "Kau yang membuat silap. Tapi aku yang bersalah? Takutlah kepada Allah. Takutlah..."
---------------------------
Monolog
Susah benarkah menepati janji. Orang Islam itu dinilai pada janjinya. Nabi kita tiada pernah mengajar untuk bermudah-mudah dengan janji.
Sunnah kehidupan. Sunnah agama. Bahawa janji yang dibuat mesti ditepati.
Kerana dengan melanggari janji yang dipatri, bermakna ada upaya untuk duduk sama aras dengan orang munafiq.
Moga kita dijauhkan. Moga kita dijauhkan. Moga kita diselamatkan.
Takutlah kepada Allah. Takutlah kita semua kepada Allah.
---------------------------
Sekarang berada di IQ.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
9:50 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Tuesday, June 2, 2009
Stadium Tuanku Mizan runtuh pagi tadi.
Banyak benda yang runtuh sekarang.
Dan yang pasti selepas ini akan runtuh juga segala bajet kerajaan negeri yang lain dalam usaha membaiki semula stadium yang rosak tersebut.
Bangunan runtuh ada dua sebab (pada pandangan saya sebagai pelajar bidang berkaitan).
Pertama, struktur bangunan yang tidak elok.
Biasanya jurutera sivil akan disasar sebagai kambing hitam.
"Bakpe mung gi buat bangunang aku rutuhhhhhh?? Mung dok reti kire load ke???"
Hahaha..
Kedua, bahan yang digunakan tidak menepati piawaian.
Ini salah kontraktor yang hendak jimat bahan. Jadi ada kemungkinan mereka gunakan bahan yang berlainan dari spesifikasi jurutera. Dan mungkin QS akan turut dibalun sama sebab memberikan kelulusan.
"Bakpe? Bakpe? Kongtrakter makang rasuah ke? Mung paka barang dok molek ke?"
Atau...
"Ohhh.. Rutuh dok setarang doh! Bakpe QS gi luluh material tu?? Mung luluh U mana?"
Kah kah kah.
Yang jadi persoalan sekarang adalah, yang pertama, atau yang kedua yang bersalah sekarang ini?
Hahaha. Yang aneh adalah column stadium masih tegak berdiri.
Siapa yang salah?
Siapa?
Maaf atas repekan saya dalam bahasa jati saya.
-----------------------
Ada orang promote saya dalam blog dia. Ah..
-----------------------
Updet
Saya terlepas pandang rupanya.
Hahaha. Dalam kes ini mungkin arkitek yang akan dipersalahkan. Biasalah. Projek kerajaan. Kontraktor cuma comply dengan instruksi arkitek. Dan kalau arkitek yang meluluskan perjalanan kerja? Apa boleh buat? Dan.. Dan.. Dan.. Ah.. Anda pasti tahu siapa AR yang terlibat. Maaf Cik Kiambang. Nampaknya arkitek juga berdosa. Haha.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
10:24 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
16
comments
Monday, June 1, 2009
Pekerjaan paling susah mungkin adalah jadi mak cik cleaner di UIA.
Banyak benda yang perlu diuruskan.
Ada kawan berkata.
"Jadi mak cik cleaner adalah paling susah. Kesian. Bukan sahaja tahi orang yang perlu diuruskan. Tahi kucing pun sama kena dia yang uruskan."
Ceritanya begini.
1. Kucing-kucing banyak berkeliaran di tempat tinggal saya. Kadang kala terlepas masuk ke bilik. Dan yang paling terbaru, buang najis skala besar di tandas. Bukan di dalam mangkuk tandas. Tapi di tepinya. Manusia pula masalahnya buang najis tapi tidak reti jirus.
2. Pelajar warga asing di tempat duduk saya memasak. Saya tidak kisah. Saya sangat tidak kisah. Kawan-kawan saya juga begitu. Tapi apa yang jadi masalah adalah beliau menyepah-nyepahkan kulit bawang yang dikupas. Cabai-cabai kering dibuang merata-riti. Ada sisa makanan dalam sinki. Dan yang paling teruk adalah bau busuk yang menyebabkan kami warga penghuni tidak selesa. Tak reti buang sampah dengan betul. Macam kucing juga. Makan dan sepah-sepahkan sisa makanan di kawasan tong sampah.
3. Ada sisa-sisa rambut, atau bulu, atau apa-apa yang sangat menjijikkan di atas kabinet sinki tempat kami membasuh pinggan. Kami sangat tertekan. Mereka tak reti bahasa.
Ini sebenarnya masalah bila hidup berjiran, namun ada orang yang perasan dia tinggal seorang. Tak reti menghormati jiran. Tak reti menghormati ruang yang dikongsi bersama.
Sama juga dengan orang yang rosakkan water cooler. Atau paip di jamban. Atau rosakkan pintu bilik mandi. Atau pasang radio/mp3/komputer kuat-kuat. Atau.. Ah.. Banyak sangat benda.
Jadi solusinya dalam hidup dalam masyarakat berjiran. Yang bayar harga yuran asrama sama banyak dengan anda adalah untuk menghormati mereka. Orang Islam disuruh memuliakan jiran. Masakan tidak. Terlalu kerap Jibril berpesan mengenai jiran, sehingga Nabi sangka mereka itu akan jadi ahli waris. Dengar tu kawan, terlalu kerap berpesan.
Kalau tak tahu menghormati jiran. Apa beza anda dan kucing.
Jadilah orang yang prihatin dan cakna.
P.S: Dengar cerita di UiTM, tidak ada cleaner. Macam mana hidup mereka?
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
9:29 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
2
comments