Friday, July 31, 2009


Tokki berjalan lambat-lambat.

"Sudah-sudah lah bercakap mengenai arwah. Dah meninggal pun dia. Apa lagi nak dicakapkan?"

Mulutnya memuncung ke arah kawanan orang di hadapan. Orang yang aku tak kenal.

"Orang dah mati. Tak boleh nak lawan apa yang deme cakapkan. Kalau dengan yang hidup tak boleh bercakap belakang-belakang. Apa lagi dengan yang dah mati?"

Aku sekadar diam. Hati membenarkan kata-katanya.

Begitulah tokki. Tua. Kedut kulitnya menampakkan berapa lama dia sudah bernyawa di dunia. Matanya masih cerah. Menyebabkan dia rajin membelek-belek kitab yang jadi teman paling akrab dalam hidupnya selepas tokwan meninggal.

"Bila orang dah mati. Kita doakan semoga Allah mengampuni dia, dan merahmati hidup dia. Bukan buka aibnya. Bukan cakap-cakap tak elok pasalnya."

Suara tokki mendatar. Marah barangkali.

Aku juga terdengar mengenai cakap-cakap orang mengenai mayyit. Sedari waktu dimandikan, sehinggalah dikafankan, sehinggalah ditanam.

Pelik benar manusia. Suka benar bercakap buruk-buruk mengenai orang yang sudah mati.

Tokki adalah orang yang terpelajar. Dari kecil merantau ke luar. Pulang hanya bila sudah dewasa dan matang. Balik sahaja, ibu bapanya mengaturkan pernikahan dengan tokwan. Anak ulama dari kampung seberang. Tokki sekadar menerima. Baka baik-baik mengaji agama. Masakan dia menolak.

Banyak tempat tokki pergi menadah kitab. Dari satu tanah, ke tanah yang lain. Dari satu tempat persinggahan ke satu tempat yang lain.

Umur 20, dia merantau lagi. Kali ini ke Tanah Haram. Tokki banyak bercerita pengalamannya di sana. Pengalaman dengan masyaikhnya di sana.

Tokki lah tempat rujuk aku. Tempat aku ajukan permasalahan hidup. Tempat aku belajar.

----------------------------

Tapi itu cerita 4 tahun yang sudah. Tika aku masih muda. Sekarang tokki sudah tiada. Pergi jauh meninggalkan kita.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 5:40 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Friday, July 24, 2009


Seorang ustaz yang sangat saya hormati pernah berkata kepada saya; "Ikutlah resmi lebah. Dan janganlah ikut resmi langau."

Nasihat ringkas itu diiringi dengan satu perbualan yang boleh tahan panjang. Akan tetapi, disebabkan terlalu lemah hafalan, maka saya tidak ingat isi keseluruhannya. Hahaha. Tak boleh jadi perawi hadith nampaknya.

Tapi apa yang menarik, adalah ustaz mengaitkan beza lebah dan langau ini, seumpama pengikut sunnah dan pembuat bida'ah.

Lebah. Suka menghurung benda-benda manis. Apa yang baik, elok. Di situlah adanya lebah.

Dan begitulah sewajarnya orang-orang yang mencintai serta mengikuti sunnah. Mereka wajar untuk berada di atas jalan Allah dan Rasul-Nya. Dan sebagaimana lebah menghurung sesuatu yang manis-manis dan elok-elok; macam bunga. Begitulah umpamanya seorang pengikut sunnah 'menghurung' ilmu-ilmu Allah.

'Menghurung' di sini perlu di baca dalam konteks mencintai. Orang sunnah, wajar ada sifat suka, cinta, sayang, serta dekat pada ilmu.

Jadi sifirnya di sini adalah;

lebah=pengikut sunnah
debunga=ilmu

Dan lebih menarik. Resmi lebah, apabila ia mengambil ekstrak nektar/debunga/ikut sukalah nak panggil apa tersebut. Ianya diproses menjadi sesuatu yang lebih manis, bahkan, berguna kepada orang lain.

Dan begitu jugalah wajarnya orang Islam, bila mendapat sesuatu ilmu, memprosesnya, kemudian menyampaikannya kepada orang lain. Memberi kebaikan kepada orang lain adalah suatu yang baik. Bak kata sesetengah orang; "erti hidup pada memberi'. Cuma saya nak tambah, erti hidup juga adalah pada menerima dengan banyaknya. Lagi banyak kita menerima, bermakna telah banyak juga yang kita pelajari.

Langau pula, seumpama orang yang tak mahu faham agama. Suka menghurung benda-benda yang tidak elok, busuk, dan rosak.

Mana ada orang suka lalat langau ni? Ada ke yang suka?

Resmi langau juga adalah merosakkan sesuatu yang baik. Bayangkan, langau awalnya menghurung tahi, kemudian pergi hinggap ke ayam goreng kegemaran anda. Apa tuan puan akan rasa? Mungkin kalau orang yang jenis maki, akan maki langau tersebut sebelum membuang makanan itu. Yang perangai molek, dan baik, mungkin akan beristighfar dan buangkannya.

"Astagfirullah.... Dakpe... Kita buang..."

Namun impaknya tetap sama. Orang akan rasa jijik dengan apa-apa yang telah dihurung oleh langau.

"Ohhhh.. Kena hurung doh ayang goreng RFC niiiiing.. Dokleh makang doh. Berok cair (cirit birit) dok starang kang.."

Ini kerana, ia sinonim dengan penyakit serta kekotoran, menyebabkan orang rasa jijik dan tidak mahu dekat dengannya.

Samalah juga orang yang tidak mahu faham dalam hal agama, serta membuat benda-benda baru. Dia pergi mencari ilmu yang bertentangan dengan agama. Kemudian menyebarkan ilmu yang telah dicemari dengan najis-najis khurafat, syirik serta bida'ah kepada orang ramai.

Dan sebagaimana kita rasa geli dan jijik dengan langau. Semacam itu jugalah kita patut rasa jijik dengan orang-orang yang bawa fahaman salah ini.

Dan sebagaimana kita faham, bahawa makanan yang telah dihurung langau boleh tercemar dan bawa penyakit. Maka kita juga patut faham, mana-mana bahagian agama yang telah dicemari oleh perkara-perkara yang kotor, akan bawa penyakit.

Maka kita kena sucikan kotoran tersebut agar tidak bawa penyakit.

Adakah kita hendak termasuk dalam golongan orang yang bawa dan sebar penyakit kepada orang?

Analogi yang sangat mudah.

Sekarang pilih. Anda mahu jadi macam lebah, atau mahu jadi macam langau?

Posted by Posted by Ariff Arifin at 3:16 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Thursday, July 23, 2009


Ilmu boleh datang dalam bentuk yang berbagai-bagai. Tidak semestinya ada ijazah bergulung-gulung baru dikatakan berilmu. Tidak semestinya ada pangkal Dr di depan nama baru kita nisbahkan seseorang itu adalah berilmu.

Dan ilmu itu tidak semestinya datang dalam satu bentuk pengajian yang khusus. Kadangkala datang daripada pengalaman. Ada yang dikutip dari pemerhatian. Atau bermacam-macam bentuk lagi.

Sebagai contoh. Saya mengutip satu perkataan berharga dalam kuliah 'Post-Contract for Quantity Surveyor'. Satu subjek wajib di fakulti, yang mana berkaitan dengan keadaan pasca-kontrak sesuatu projek. Kalau dilihat pada silibus yang disediakan, serta tajuk subjek, memang.. Memang tidak ada kena mengena dengan kehidupan seorang manusia yang biasa-biasa, atau luar biasa, atau gila. Melainkan anda adalah seorang pelajar yang menghayati maksud-maksud di balik klausa-klausa dalam PAM Form atau PWD.

Err.. Apa-apa aja lah.

"What you need may not be a thing that you required.."

Bila pensyarah saya menyebut kata-kata itu, saya jadi terdiam. Kelu lidah tak terkata apa.

"Apa yang kamu kehendakkan, tidak semestinya apa yang kamu perlukan."

Memang benar sungguh.

Apa yang kita kehendakkan dalam dunia ini, bukan semestinya apa yang kita perlukan. Dan keperluan kita, mungkin sebenarnya tidak berkait dengan kemahuan kita.

Contoh 1:
Bob perlukan makanan, tapi dia mahukan ayam golek bakar panas.

Contoh 2:
Ahmad mahukan sebijik kapal terbang. Walhal dia cuma perlukan sebijik beskal.

Contoh 3:
Wani (ramai orang pakai nama ni, tak ada kena mengena dengan siapa-siapa) mahukan oven kedai kek, padahal dia cuma perlukan oven dapur yang kecil.

Contoh 4:
Lobai Tampin perlukan isteri, tapi (kononnya) dia mahukan wanita Z.

Jadi mari kita membezakan apa yang kita mahukan, dan apa yang kita benar-benar perlukan.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 4:46 PM
Categories: Labels:

2 comments  

Wednesday, July 22, 2009


Dewan Pengajian Qur’an & Hadith Tropika Paradise (DPQHTP)
JEMAAH SUNNAH LEMBAH KLANG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum,

FORUM DUA HARI:
“IMAN ORANG ASING”
1 & 2 OGOS 2009

Aturcara majlis adalah seperti berikut:

Sabtu, 10 Sya’ban 1430/1 Ogos 2009

08:00 pagi
Pendaftaran para peserta

09:00 pagi
Ucapan Pengerusi Program

09:10 pagi
- Ucapan Pengetua Islamic Centre Bin Baz, Yogyakarta
- Perasmian Forum oleh Pengetua Islamic Centre dan al-Fadhil Ustaz Abu Islam Fathul Bari

09:30 pagi
Sesi I: “INDAHNYA ISLAM”
Oleh Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas

11:00 pagi
Jamuan Ringan

11:30 pagi
Sesi II: “IMAN DI SISI ORANG ASING”
Oleh Dr. Abdullah Yassin

01:00 tengahari
Sesi Soal Jawab

01:30 tengahari
Jamuan Tengahari/Solat Zuhur

02:30 petang
Sesi III: “ALLAH DI SISI ORANG ASING”
Oleh Ustaz Fadlan

04:00 petang
Sesi Soal Jawab dan berhenti untuk Solat fardhu Asar

06:00 malam
Satu Jam Tazkirah bersama:
TUAN GURU SHEIKH MUHAMMAD ABDUL QADIR MANDEELI

08:00 malam
Dialog bertajuk: “PEDULI IMAN”
Bersama Panel:
1. Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas
2. Ustaz Abu Ihsan al-Atsary
3. Ustaz Abu Islam Fathul Bari

Ahad, 11 Sya’ban 1430/2 Ogos 2009

07:45 pagi
Ketibaan para peserta

08:00 pagi
Sesi IV: “KITAB DI SISI ORANG ASING”
Oleh Dr. Johari Mat

09:30 pagi
Sesi IV: “MALAIKAT DI SISI ORANG ASING”
Oleh Ustaz Mohd Roesfan

11:00 pagi
Jamuan Ringan

11:30 pagi
Sesi V: “RASUL DAN HARI KIAMAT DI SISI ORANG ASING”
Oleh Ustaz Abu Ihsan al-Atsary

01:00 tengahari
Sesi Soal Jawab

01:30 tengahari
Jamuan Tengahari/Solat Zuhur

02:30 petang
Sesi VI: “QADHO’ DAN QADAR DI SISI ORANG ASING”
Oleh Ust. Abu Islam Fathul Bari

04:00 petang
Sesi Soal Jawab
Bersurai sesi petang

08:00 - 10:00 malam
Dialog bertajuk: “CABARAN AQIDAH MASA KINI”
Bersama Panel:
1. Dr. Johari Mat
2. Ustaz Hussain Yee
3. Ustaz Abu Farouq Rasul Dahri

*tertakluk kepada sebarang perubahan

TEMPAT:
DEWAN KULIAH UTAMA
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR.

HARGA TIKET:
RM 80.00 seorang
(termasuk minum pagi@2 hari, makan tengahari@2 hari & keseluruhan lebihan akan diinfakkan kepada Islamic Centre Bin Baz, Yogyakarta)

TEMPAHAN TIKET:
DAPATKAN SEGERA, TEMPAT TERHAD

HUBUNGI,

1 - En. SHAMSIA: 012-2954064
2 - Pn. ZAHARIAH: 012-3076703
3 - En. NIK M YUSOF: 012-4326703
4 - En. BURHAN: 012-2182337
5 - Pn. ZULIANA: 012-2811265

Posted by Posted by Ariff Arifin at 10:04 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Tuesday, July 14, 2009


Pernah tengok gambar Khulafa' al-Rasyidin? Tak pernah?? Tak pernah????

Tak mengapa. Saya pernah.



Macam itu rupanya Usman, Abu Bakr, Ali, Umar... Ooooo.. Baru saya tahu.. Umar kalau dilihat pada gambar tersebut, bengis wajahnya. Usman pula begitu wajahnya. Ali pula. Abu Bakr lagi.

Apa yang menghairan, yang melukis itu pernah jumpa kah mereka? Pelik sungguh kita ini.

Gambar-gambar tersebut saya jumpa sewaktu berjalan-jalan dengan Encik Sai di Bazar Larut Malam Danau Kota, Setapak.

Ajaib bukan? Ini bukan kali pertama saya jumpa lukisan yang semacam ini. Dahulu sewaktu menginap di hotel di jalan Chow Kit, pernah juga terserempak perkara yang sama. Lukisan tersebut dijual. Buat tangkal barangkali.

Yang di bawah ini gambar siapa? Siapa mahu teka?




Sudah macam hindu pun ada. Saya sempat berkata kepada Encik Sai. "Beza mereka dengan Kristian, mereka cuma tidak tergamak lukis gambar Nabi kita sahaja. Walhal Kristian sudah siap-siap dengan arca dan sebagainya."

Alahai manusia. Untuk buat duit. sanggup bikin apa sahaja.

Oh ya. Perihal haram atau tidak lukis gambar sahabat dan gambar malaikat (di atas kononnya gambar Jibril), sila tanya para ustaz anda.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 3:06 AM
Categories: Labels:

2 comments  

Monday, July 13, 2009


بسم الله الرحمن الرحيم
"ولنبلونكم بشيء من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين * الذين إذا أصابتهم مصيبة قالوا إنا لله وإنا إليه راجعون * أولئك عليهم صلوات من ربهم ورحمة وأولئك هم المهتدون"
انتقل إلى رحمة الله تعالى شيخنا وإمامنا ووالدنا الشيخ عبدالله بن عبدالرحمن ابن جبرين في الساعة الثانية من بعد ظهر اليوم الاثنين 20/7/1430هـ وسيصلى عليه ظهر غد الثلاثاء 21/7/1430هـ في جامع الإمام تركي بن عبدالله (الجامع الكبير) بالرياض وسيدفن في مقبرة العود .
نسأل الله أن يتغمده برحمته وأن يجزيه عن المسلمين خير الجزاء وأن يجعله مع السفرة الكرام البررة في الفردوس الأعلى من الجنة إنه ولي ذلك والقادر عليه.
وإنا لله وإنا إليه راجعون
مكتب الشيخ عبدالله الجبرين

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."

Telah kembali ke rahmat Allah Ta'ala guru kita, imam kita, seorang yang kita hormati, al-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibreen pada pukul dua selepas waktu Zohor pada hari isnin 20/7/1430H dan akan disolatkan jenazahnya pada waktu Zohor esok hari, selasa, 21/7/1430H di Masjid al-Imam Turki bin Abdullah, Riyadh dan akan dikebumikan di perkuburan al-'Aud.

Kita memohon kepada Allah supaya merahmati beliau dan mengurniakan kepada beliau sebaik-baik ganjaran, serta menempatkan beliau *di syurga Firdaus yang paling tinggi darjatnya. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan mampu untuk melakukannya.

Dan daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali.

Sumber

*************************

Ringkasan serta terjemahan berita dari islamonline oleh Ustaz Kamin.


Riyad - Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibrin, bekas anggota Ulama' Senior telah meninggal dunia pada hari Isnin (13 Julai 2009) di King Faizal Specialist Hospital, Riyad, setelah menghadapi sakit yang berpanjangan.


Beliau yang berumur 76 tahun telah meninggal dunia jam 2:15 petang, dan jenazahnya akan disolatkan pada hari Selasa, 14 Julai 2009 di Masjid Imam Turki bin Abdullah di Riyad.

Baru-baru ini beliau telah menjalani pembedahan jantung terbuka di Riyad dan telah di pindahkan ke Jerman, sebelum pulang ke Riyad bulan lepas bagi menghabiskan rawatannya.
Walaupun berita melaporkan keadaan kesihatan beliau yang semakin baik, namun demikian pada jam-jam terakhir menunjukkan kesihatan beliau menurun sehingga membawa kepada kematiannya.

Syiekh Ibn Jibrin merupakan ahli Senior Ulama' Saudi, ceramah beliau mendapat liputan meluas di media cetak, TV dan dikalangan akhbar-akhbar. Beliau sangat kuat mempertahankan umat Islam dan Ahli Sunnah, dan fatwa-fatwa beliau dianggap oleh setengah-setengah pihak sebagai radikal, terutamanya serangan beliau terhadap Syiah. Beliau mengajak umat Islam menyokong Ahli Sunnah di Iraq, dimana beliau mensifatkan mereka terdedah kepada serangan ganas Askar pro-Iran.

Beliau merupakan ulama Saudi yang paling menonjol didalam seruan beliau menyokong Gaza, dan mengutuk keganasan Israel, dn terakhir beliau mendapat sokongan seramai 54 ulama' Saudi, mengeluarkan fatwa pada bulan Januari yang lepas, yang diantara fatwa tersebut melarang apa-apa usaha perdamaian bertujuan menegakkan hak Yahudi di bumi Palestine, dan melarang mewujudkan hubungan dengan Israel.

Sumber

*************************

Secara jujur, sebagai orang yang membaca cebisan karya besar beliau, serta fatwa-fatwanya yang bermanfaat. Hati ini tidak dapat menahan rasa sedih bila mendapat berita kehilangan seorang masyaikh hebat dan disegani dalam dakwah manhaj salafiyyah.

Baru benar rasanya al-'Allamah al-Syeikh Bakr bin Abu Zaid meninggalkan kita. Masih terkesan dengan berita pemergian beliau. Datang pula berita perginya seorang lagi masyaikh yang hebat dan tegar namanya dalam dakwah salafiyyah; Samahatu al-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibreen Rahimahullahu Ta'ala.

Nyata dan benar bahawa Allah mencabut ilmu itu dengan mematikan para ulama'.

إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من العباد ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى إذا لم يبق عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأضلوا

Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan menariknya daripada hamba-hambaNya, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ulama' sehingga jika tidak ada lagi seorang ‘alim pun maka manusia akan mengangkat juhalaa’ (orang-orang jahil) sebagai pemimpin mereka. Lalu (jika) mereka ditanya, maka merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, (akhirnya) mereka sesat dan menyesatkan orang lain. [al-Bukhari]

Sedikit demi sedikit para ulama' penyuluh jalan pergi. Semoga Allah memberkati dan merahmati mereka.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 10:45 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Pelajaran pertama yang disediakan dalam kelas System of Construction Procurement ada membentangkan satu idea yang sangat menarik. Hari ini saya belajar mengenai kepentingan membuat keputusan.

Dalam setiap projek pembangunan, pelanggan (client) merupakan satu entiti yang penting. Dan antara tugas setiap pelanggan adalah membuat apa-apa keputusan pada setiap aspek pada projek tersebut. Samada kecil mahupun besar. Kuasa memilih serta membuat keputusan adalah di tangan pelanggan.

Ketika mengulas akan hal terbabit, pengajar saya berkata; "Today, people are afraid to make decision."

Benar. Hari ini ramai orang takut untuk membuat keputusan. Ramai yang rasa gusar untuk membuat keputusan mungkin kerana akibat yang dihasilkan mungkin tidak sebagaimana apa yang diharapkan.

Membuat keputusan adalah salah satu risiko yang paling besar. Dan menunggu akibat yang akan terhasil daripada keputusan yang dibuat itu juga satu risiko.

Akan tetapi, sepatutnya, perkara terbabit tidak sepatutnya menghalang seorang yang berakal dari membuat keputusan.

Saya tertarik dengan satu lagi lontaran perkataan pengajar saya semasa mengulas tajuk Process of Procurement. Katanya lebih kurang begini; "Awak buat (proses ini) akan ada akibat yang timbul. Awak tak buat pun akan ada akibat yang timbul. Jadi kena ada pertimbangan."

Sama juga dengan membuat keputusan. Buat keputusan, tidak kira salah ataupun betul, akan ada akibat yang muncul. Tidak buat keputusan juga menyebabkan timbul akibat juga.

Jadi kalau ada orang beranggapan bahawa dengan tidak buat keputusan, dapat meloloskan diri daripada masalah. Ini fikrah yang silap. Bahkan, tidak membuat keputusan mungkin menyebabkan timbulnya masalah yang lain. Jadi perlu fikirkan dengan betul dan wajar di atas pertimbangan yang waras akan apa-apa keputusan yang dibuat.

Jadi sebagai seorang Muslim, sewajarnya, tidak perlu untuk kita gusarkan mengenai ketakutan membuat keputusan. Apa yang perlu adalah untuk kita meminta petunjuk dari Allah Azza wa Jalla dan seterusnya bertawakal kepada-Nya.

Wallahua'lam.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 6:33 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Saturday, July 11, 2009


*Usah persoalkan tajuknya*

Apabila seorang teman mengadukan perihal dakwah yang dilakukannya tidak mendapat sambutan rakan-rakan yang memangku pendirian yang sama. Ada rasa terkilan.

Mehnah dalam dakwah akan sentiasa berlaku. Anda berteman, atau keseorangan. Akan ada ujian yang datang.

Dalam Islam tiada paksaan. Jika orang memilih untuk meminggirkan diri mereka sendiri daripada ruang yang dimuliakan oleh Islam, maka tiada keperluan untuk menyuruh-nyuruh orang mengikuti kita.

Menyoroti usaha dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah. Dapat kita ketahui secara umum bahawa, semua sahabat, menerima agama yang mulia ini tanpa perlu disuruh. Kerana apa?

Wujudnya kesedaran dalam diri mereka untuk memangku tanggungjawab agama yang mulia ini. Mereka bukan jenis cakap berdegar-degar. Mereka jenis buat kerja. Tidak ada orang perlu suruh paksa. Tapi mereka yang pertama-tama menawarkan diri untuk satu-satu perkara.

Ini tidak lain dan tidak bukan, satu akibat yang datang dari aqidah yang sihat.

Apabila teman saya terbabit meluahkan rasa terkilan kerana tiada siapa mahu memberikan kerjasama. Walhal yang terbabit adalah rakan-rakannya sendiri. Tidak ada orang yang mahu memberikan kerjasama kepadanya, walaupun dia secara dasarnya diberikan tanggungjawab untuk memimpin.

Saya tidak ingin bercakap mengenai tuntutan dakwah dan sebagainya. Kerana saya tahu ramai di luar sana yang lebih jelas daripada saya mengenai apa hakikat dakwah, dan apa yang dimaksudkan dengan dakwah. Ramai di luar sana juga lebih arif daripada saya akan organisasi dan sebagainya. Usrah-usrah haraki yang anda semua sertai menyebabkan anda lebih jelas mengenai kepentingan dakwah dan sebagainya.

Saya ingin menyentuh pada skop yang lebih ringkas. Namun anda semua lupakan. Kerap lupakan.

Iaitu hak seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain. Dalam Islam, banyak kali disebut oleh baginda Rasul SAW untuk memenuhi hak seorang Muslim. Dan sebagaimana yang hadir pada satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menyatakan mengenai hakikat bahawa Allah akan membantu seorang Muslim yang membantu saudaranya.

"Barang siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan, Allah pasti akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama mana hamba-Nya itu suka menolong saudaranya. Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga. Apabila berkumpul suatu kaum di salah satu masjid untuk membaca al-Quran secara berganti-gantian dan mempelajarinya, nescaya mereka akan diliputi sakinah (ketenangan), diliputi rahmat, dan dinaungi malaikat, dan Allah menyebut nama-nama mereka di hadapan makhluk-makhluk lain di sisi-Nya. Barangsiapa yang lambat amalannya, maka tidak akan dipercepatkan kenaikan darjatnya"

Maka, sewajarnya kita sebagai penuntut ilmu menghayati isi hadith ini yang mengandungi segala macam nasihat yang kalau diperhati, terkena batang hidung sendiri.

Sedih melihat rakan-rakan mengalami susah payah seolah-olah berada di ceruk dunia tiada yang hendak membantu. Ke mana pergi rasa kesedaran? Kita duduk di Malaysia bumi Allah yang bertuah serta ada ummat yang diberikan hidayah. Bukan Siberia. Bukan hendak bercakap merapu. Tapi ada perkara yang boleh diambil pengajaran dari Jemaah Tabligh. Belum apa-apa dah angkat tangan. Amir belum sebut "Siapa hendak keluar 40 hari?" Sudah ada yang angkat tangan bagi azam. (Walaupun bagi azam..) Tapi sekurang-kurangnya mereka tidak ada rasa malu berkhidmat untuk agama. Kita? Belum apa-apa sudah cari lubang untuk sembunyi tangan.

Macam mana hendak bercakap pasal betulkan aqidah ummat wahai teman-teman? Bukan suruh pergi buat dakwah macam tabligh. Tapi tiru semangat mereka, dan pakai akal anda.

Wallahua'lam.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 12:47 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Friday, July 10, 2009


Masalah dengan warga kampung saya adalah mereka tidak mahu rapatkan saf sewaktu solat berjemaah. Kadangkala ruang antara makmum terlalu besar sehingga kadang-kadang boleh memuatkan seorang lagi jemaah.

Dan yang lebih sakit hati ialah, apabila ada yang memberikan ruang untuk seorang lagi jemaah masuk ke saf. Tidak ada orang yang mahu masuk. Orang kampung saya, terutama yang sudah tua bangka, mungkin rasa 'malu' dan 'segan' untuk masuk mengisi ruang tersebut.

Bila ada ruang kosong di saf pertama. Boleh dengar orang-orang di saf kedua tolak menolak, berdebat-debat mengenai siapa yang patut pergi.

Nak isi ruang kosong dalam saf pun bergaduh. Alahai.

Padahal sudah datang dalam hadith mengenai kelebihan solat di saf yang paling awal. Dan lebih dari itu, apa pula keutamaan menutup ruang kosong pada saf. Kalau hendak selesa saja. Tidak mahu rapat dengan orang. Ke mana hikmah solat berjemaah?

Ini belum masuk kes orang-orang tua ini bersidai di luar masjid sewaktu khutbah di baca. Hisap rokok. Bersembang. Gelak-gelak.

Bila dengar sahaja khutbah sudah habis, baru masuk ke dalam masjid.

Yaaa.. Masuk ke dalam masjid dalam keadaan busuk dengan rokok. Pernah duduk solat di tepi orang yang baru sudah merokok?

Dalam hadith ada menyatakan larangan kepada orang yang makan bawang putih untuk masuk ke dalam masjid. Hikmah dari hadith ini sebagaimana yang diterangkan oleh para ulama' adalah kerana bau yang kurang menyenangkan yang datang dari bawang putih tersebut dapat mengganggu fokus orang lain yang sedang bersolat.

Jadi, kalau boleh diqiyaskan [saya tak pandai bab qiyas miyas ni], kalaulah yang makan bawang putih itu [bawang putih itu halal ya teman-teman] dilarang oleh Nabi. Apatah lagi 'makan' rokok yang haram dan berbau busuk tersebut.

Di mana rasa hormat pada orang? Dan di mana rasa hormat pada Tuhan?

Posted by Posted by Ariff Arifin at 9:01 AM
Categories: Labels:

3 comments  

Thursday, July 9, 2009


I'm one of the Firefox-freak and have been using this browser since the early 2nd generation. Now Mozilla has taken another step ahead and introduced Firefox 3.5 which is faster and lighter compared to the last.

I like to share the extension or add-ons for this particular browser which you might find them useful in helping you and your browsing session.

1. Greasemonkey

Small, cute litte monkey. Yet useful.

It is a script manager that allows you to customize the webpage the way that you wanted. And you can install any scripts that you've wanted. For example. I've used Greasemonkey and FBPurity script to block any quizzes notification on my Facebook wall.

Install Greasemonkey
Download User Scripts

2. Adblock Plus

If you love to surf blogs and sites that contain annoying ads and banners, which might be disturbing and slowing your session. You can choose to install Adblock Plus. Just block any ads or banners that you didn't wanted and you can have a smooth undisturbed session.

Homepage
Install Adblock Plus

3. TwitterFox

If you are a frequent user of Twitter, and using Firefox in the same time. And you sick with any dekstop application for Twitter. TwitterFox might be handy.

You can tweet directly from Firefox, send direct messages, or reply to your fellow Twitter friends for instance. Without having to run another application.

Homepage
Install TwitterFox

4. Firebug

You are a web developer? Then Firebug is a solution. With Firebug, you can change, edit, or debug CSS, HTML and even JavaScript on any pages just in a instance.

Homepage
Install Firebug 1.4 Beta

*Firebug 1.4 Beta is designated for Firefox 3.5. User of previous version may have a look at the release index here.

5. IE Tab

After you've installed Firebug to edit your website. IE Tab is a handy tool to check whether the edited website fit with IE or not. You can have a look how your website displayed in IE, just one click away.

Install IE Tab

6. ImTranslator

If you are browsing a website. And you didn't understand what it is about. Then ImTranslator is a good extension to help you translate it.

I've been using it to translate a few verse and line from the arabic web that I go. Although the translation isn't 100% correct. But it might become handy to make you understand.

Homepage
Install ImTranslator

7. SkipScreen

I find this extension is very useful for downloading purpose. If you usually browsing through Rapidshare, Megaupload, Mediafire etc. This extension can skip all the waiting.

Homepage
Install SkipScreen

8. Vista-aero

If you are an IE ever user. And this is the first time you get your hand on Firefox, and still having trouble adapting with it. Vista-aero might be handy. It is a theme that adapt the interface of IE8 combined with Vista style.

Install Vista-aero Theme

9. Read it Later

You got work to do and can't finish your browsing session? Then Red it Later (afther this; RIL) can be a solution. Instead of bookmarking the webpage. You can just mark it with RIL. Just one click, and you've marked it. You can even save (cache) the webpage that you read and view it later, offline.

Homepage
Install Read it Later

10. Download Statusbar

Sick with download popup window? Well then, the Download Statusbar is a good extension to eliminate the annoying popup window.

Homepage
Install Download Statusbar

Enjoy the extension.~

Posted by Posted by Ariff Arifin at 3:33 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Dagang di tempat sendiri. Ramai orang pandang pelik. Jelik.

Muka sama. Kulit sama. Tapi dibenci. Ini hakikat orang yang dagang.

************

Senjata diacu. Pedang dihunus. Semua sudah siap siaga ingin menyerang.

Sang ketua berhidung rompong, bermuka buruk, mula mengatur jejak.

"Mancung! Kau jaga di hadapan."

"Hitam! Kau dari belakang."

"Dan aku, si Habsyi menyerang dari atas!"

Ketawanya berdekah-dekah.

Bunyi suara kawanan haiwan yang benci kepada orang yang dagang bersahut-sahutan.

************

"Kita laporkan saja kepada raja. Baginda raja pasti mengerti Putih."

Putih cuma diam. Dalam hati mengatur langkah dengan hemah. Bagaimana hendak menepis lontaran fitnah pembenci orang dagang.

"Kita perlu bersabar Kuning. Pasti ada jalannya.."

************

"Aku sudah khabarkan kepada baginda Raja. Mereka itu orang yang sesat. Sesat lagi menyesatkan. Tunggu sahaja akibat mereka."

Sambil ketawa mengekek, Hitam memberikan lembaran bukti kesesatan orang dagang kepada Habsyi.

"Kah kah kah. Tidak sampai satu malam. Kau berjaya siapkan dalil palsu ini."

Hitam cuma tersenyum, memandang naskhah putar belit karyanya yang akan disebar kepada khalayak umum itu.

"Orang ramai semua tentu akan percaya. Bahawa mereka sesat. Sesat!!"

Mereka sambung ketawa lagi. Hingga gagak bertempiaran lari.

************

"Putih! Mereka sudah tebarkan naskhah-naskhah palsu kepada khalayak. Mengatakan kita sesat. Bagaimana?"

Putih diam. Membelek lembaran demi lembaran.

"Nampaknya. Semua kata-kata tokoh silam dicarik-carik. Habis diubah tinggal jadi tak bererti..." Gumamnya dalam hati.

"Tak mengapa. Kita sebarkan juga apa yang benar. Nama tokoh silam perlu disucikan. Kalam baginda Rasul kita pelihara."

Semua mengangguk. Tidak ada rasa lesu. Mereka tahu kebenaran pasti muncul. Dan kejahatan akan sirna.

************

Kita orang dagang. Masa yang datang dan pergi buat kita jadi orang dagang. Didik kita jadi orang dagang. Jadi dagang macam yang baginda Rasul khabarkan.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 12:25 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Saturday, July 4, 2009


Apa yang Ustaz Fadhlan cakapkan ada benarnya ketika mengulas tajuk; 'Di Atas Jalan Ini Kita Bertemu'.

Jalan yang mana semua aktivis, pejuang, pendakwah, pengikiut, penyokong, penonton Sunnah yang wujud di atas muka bumi Malaysia yang permai ini bukan dua, bukan tiga jalan. Bukan juga jalan yang berbagai-bagai (ataupun pelbagai), sebaliknya jalan yang kita perkatakan cumalah SATU jalan sahaja.

Kata Ustaz, ada ramai yang beranggapan bahawa kita datang dari jalan yang pelbagai, kemudian bertemu di atas jalan yang sama.

Jawabnya TIDAK.

Jalannya cuma satu, sedari awal kita bermula sampai habis. Sejak mula-mula berjalan, sampailah habis. Jalannya satu, dan cuma satu, dan akan terus kekal satu.

Ini berpandukan pada satu dalil yang datang dari hadith Nabi SAW bahawa baginda ada melukis satu garis lurus di atas tanah dan kemudia melukiskan pula cabang-cabang yang keluar dari kiri kanan garis tersebut. Dan Nabi hanya memaksudkan Jalan Yang Lurus (atau Siratu al-Mustaqim) pada garis lurus yang utama itu sahaja. Manakala cabang-cabang yang lain itu adalah jalan-jalan syaitan.

Jadinya, kita tidak terpisah pada 3,4, atau 5 jalan. Sebaliknya jalan yang memangku manhaj serta dakwah yang diwarisi dari Salaf al-Soleh cumalah satu jalan sahaja.

P.S: Jalan sehala?

Posted by Posted by Ariff Arifin at 9:56 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Antara yang sempat saya tangkap dalam sesi bersama Tuan Haji Fadzli Yusof lebih kurang begini;

"Jadi pendakwah bukan bermakna kita perlu menjadi orang yang hebat, dan menyuruh orang jadi hebat macam kita, ataupun menyuruh orang buat sebagaimana apa yang telah kita perbuatkan.

Tapi menjadi da'ie yang berkesan adalah dengan memberi soalan kepada orang, dan menjawabnya dengan berkesan."

[Lebih kurang begitulah kerana saya tidak dapat ingat huruf demi huruf.. Haha..]

Jadi dengar itu tuan puan. Jadi da'ie bukan bermakna menjadi orang yang hebat. Suruh orang jadi macam kita, macam bini kita, macam mak kita, macam anak-anak kita, macam jiran-jiran kita, macam.. Macam.. Entahlah..

Menyuruh orang membuat sesuatu yang (kononnya) hebat macam kita, tak bermakna mereka akan menjadi hebat semacam kita (kononnya). Tapi mendidik manusia untuk jadi hebat adalah dengan memberi satu output yang berkesan, yang mampu membuahkan impak yang mana kemudiannya menjadikannya manusa yang hebat.

Ada orang menulis blog suruh jadi macam dia. Buat buku, suruh jadi macam dia. Ceritakan pengalaman hidupnya yang hebat-hebat pada matanya, agar orang boleh mencontohkan dirinya, dan jadi sepertinya. Ini penyakit orang syok sendiri.

Dalam berlatarkan kehidupan realiti, tak perlu suruh orang jadi macam kita. Sebaliknya pandulah mereka agar mereka mampu mencari jalan mereka yang tersendiri.

Dan saya bukanlah da'ie dan tidak saya berani akui sebagainya. Saya cuma manusia biasa. Yang mana kalau ada perkataan yang mendakwahkan manusia ke jalan Allah. Itulah yang saya cuba terapkan dari sabda Nabi yakni untuk menyampaikan dari Baginda walaupun satu ayat.

P.S: Pernah dengar istilah 'camera-whore'?

Posted by Posted by Ariff Arifin at 7:18 AM
Categories: Labels:

4 comments  

Wednesday, July 1, 2009


Dekat Terengganu ada sejadah terbang. Aku hairan kenapa tak ada karpet terbang. Mungkin terlalu tengok cerita Aladdin. Tak tahulah apa signifikannya membincangkan hal ini sehingga melibatkan Jabatan Agama Negeri.

Aku pun tak faham. Dekat bahagian mana Masjid Kristal yang pakai sejadah? Ataupun mungkin aku tak perasan sebab baru sekali masuk di situ. Dan secara jujurnya, aku ada rasa menyesal pergi ziarah kawasan yang dijadikan seolah-olah taman tema hiburan itu.

Cerita-cerita mistik yang kemudian dipadankan dengan agama bukan cerita baru. Malaysia mungkin terlalu banyak cerita mistiknya. Ada muka orang dekat pokok pisang. Ada air bukit yang (kononnya) boleh menyembuhkan penyakit. Sekarang ada sejadah terapung.. Err.. Terbang. Nanti ada orang pulak boleh terbang.

Dan yang lebih 'mengujakan' adalah apabila Imam Besar Masjid Negeri sanggup 'turun padang' (turun padang ke?) untuk memberi komentar selepas isu ini dilaporkan.

Katanya; sejadah itu adalah petanda agar orang Islam di negeri ini tidak mengabaikan solat mereka.

Yaaaaa.. Dengar itu makhluk-makhluk negeri Terengganu yang suka merewang dan tidak sembahyang. Yang suka lepak berkaraoke sampai siang. Yang suka naik motor bawak anak dara orang. Jadilaaaahhhh awangggg.. Pergilah sembahyang. Sebab sudah ada petunjuk yang datang melalui sejadah suruh engkau orang sembahyang. Sejadah wanggg.. Sejadang hok mane zamang Rasul pun takdok wangggg..

Aku rasa pelik. Apasal Imam Besar tak komen hal keruntuhan akhlak remaja secara meluas dan berkesan? Tapi bila datang hal sejadah terapung terbang, yang publisitinya luas, dia jadi pakar rujuk. Kalaulah media menyedari besar dan kuatnya suara Imam Besar Negeri aku ini. Maka gunakanlah pada jalan sewajarnya. Berikan dia satu slot dalam akhbar, sesi temuramah atau ramah-tamah dan soal berkaitan dengan perkembangan ummah. Bukan bila datang fenomena pelik yang tak tahu hujung pangkal.

P.S: Floating mat is a symbol of divinity? Get a life.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 9:13 PM
Categories: Labels:

2 comments  

 
>