Wednesday, April 29, 2009


Ada orang dalam dunia hari ini bersikap sinis, prejudis dan menuduh tanpa arah. Seolah-olah dia kenal orang yang dituduh keseluruhannya. Ini satu sikap yang tidak elok yang dipegang setengah-setengah dari kita. Satu sikap yang kasar dan merensakan jiwa orang lain.

Contohnya;

"Hai.. Pendakwah.. Pendakwah.. Kesian..."

Atau,

"Orang-orang sunnah memang suka gosip.."

Ini jadi satu masalah juga. Tidak pasal-pasal pendakwah dan orang sunnah dituduh. Kalau benar sekalipun orang itu ada melakukan kesalahan, kenapa meletakkan kesalahan indvidu ke atas satu kelompok besar. Mungkin ada yang beralasan, "Alah. Dah kalau lembu seekor bawak tahi, habis lah calit satu kawanan."

Mungkin ya. Tapi adakah kita pernah cermin pada diri kita yang menuduh pada satu kelompok besar juga itu adalah satu sifat yang tidak elok? Ini masalah sikap. Lebih besar, masalah hati.

Dakwahilah dia, islahkanlah dia agar jadi hebat dan mantap sikapnya. Bukan main bantai sahaja. Atau sudah rasa begitu hebat dan tegar, sehingga tak terlihatkan orang lain?

Islam ajar kita untuk jadi orang yang lemah lembut. Saya pernah bercerita dalam blog saya ini bahawa dakwah itu perlu dengan lemah lembut dan berhikmah. Ini tuntutan dalam Islam. Tapi ada orang, yang lagaknya macam pendakwah, pakainya seperti pendakwah, tujuan dan niatnya adalah dakwah, maka tentu sekali dia adalah seorang pendakwah! Maka peganglah tuntutan dan tuntunan agama. Itu keperluan.

Kita usah terlalu mudah menyakiti orang. Atau menghina orang. Sambil bercakap itu ini bahawa kita lebih bagus.

"Aih. Anta ni sensitif tahap dewa lah. Saya yang perempuan pun tak macam anta. Steady je ada orang kutuk maki."

Atau,

"Anta ni memang tak boleh pakai lah. Bincang keras-keras ni biasalah bagi ana."

Aiyya.. Ini bukan masalah sensitif atau emo. Bukan masalah lelaki atau perempuan. Tapi masalahnya adalah tuntutan. Tuntutan untuk tak menghina atau memperlekehkan orang yang lain. Tuntutan untuk berlemah lembut sesama Muslim. Bukan saya suruh jadi bapuk. Tapi kita orang Islam ada guideline-nya bukan.

Kalau kita mengaku telah menyerah kepada Allah. Maka pasti kita tahu ayat ke-208 surah al-Baqarah. Jadi bila kita sudah keseluruhannya masuk Islam. Tentu sekali kita tahu bahawa ada tuntutan yang syari'e yang sangat perlu ditunaikan.

Ingatlah bahawa akhlaq itu seperti pakaian. Kalau pakaian itu tercalit najis. Belum tentu orang mahu dekat. Begitulah juga akhlaq. Namun sebagaimana pakaian yang kotor dapat dibasuh. Semacam itulah juga akhlaq dapat diubah. Pakaian akan kekal seolah baru jika dijaga dengan elok. Akhlaq juga tak ubah begitu. Tunjang akhlaq duduk pada pemakainya.

Kalau tanpa pakaian, kita telanjang. Samalah juga dengan akhlaq. Kerana ia pakaian kepada jiwa kita.

Mungkin ada yang akan kata saya menulis sebab marah. Mungkin, tapi yang lebih utama saya sakit hati. Apatah lagi bila melihat pelakunya orang yang sama aqidahnya dengan saya.

Akhir kata, penuhilah segala tuntutan dalam Islam. Jagalah akhlaq kita. Sekadar ingatan bersama.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 9:31 AM
Categories: Labels:

5 comments  

Tuesday, April 28, 2009


Kita ini bukan seorang yang teruk bila kita meminta-minta dari Tuhan. Kerana itu sememangnya fitrah. Maka tidak salah bila kita meminta-minta, merayu-rayu, menangis-nangis mengharap sesuatu dari Tuhan yang satu. Tapi kita akan jadi seorang manusia yang sangat-sangat teruk jika kita meminta-minta tapi selepas itu melupakan Tuhan kita.

Hari ini berapa ramai orang yang berdoa, sebaik sahaja dikabulkan, dia lupa pada Tuhannya. Dia lupa bila mendapat ganjaran. Lebih teruk dan hina, orang yang berminta-minta dalam perkara maksiat. Jahilnya manusia hari ini, sehingga orang tidak rasa pelik dan janggal untuk berdoa kepada Allah agar mengurniakannya hadiah 1st prize nombor ekor 4D. Jahilnya manusia hari ini juga, sehingga dia tidak rasa apa-apa berdoa kepada Allah dalam perkara kejahatan serta maksiat, atau dalam keadaan melakukan maksiat.

Saya bercakap sekadar mengingatkan diri. Kerana saya tahu saya bukan manusia sempurna. Hakikatnya saya memang tidak terlepas dari melakukan dosa. Ini benar. Doakan moga hati saya suci dan bersih dan tidak berada dalam lembah kejahilan.

Meminta-minta tidak salah, asalkan kena gaya dan caranya. Asal tahu ukuran permintaan. Yakni meminta-minta pada perkara yang haq dan bukan yang batil.

Jika kita ada buat salah, kita bertaubat. Kita pohon keampunan. Bukan kekal dalam dosa. Doakan moga diberi hidayah. Moga dituntun atas laluan kebenaran. Jika kita mampu menangis-nangis semasa meminta. Apa salahnya untuk menangis ketika meminta simpati dari Tuhan kita? Di mana salahnya untuk kita tersedu-sedan semasa memohon keampunan dari Dia?

Jika kita mampu merasa gembira bila permohonan dimakbulkan. Apakah tidak betul jika kita merasa ceria bila memperoleh hidayah daripadaNya?

Kita manusia selalu benar hidup dalam kejanggalan. Dalam kealpaan. Kita manusia yang sentiasa duduk dalam gelap kejahilan.

Samada benar atau tidak. Kita sendiri yang mampu menjawab.

Mungkin ada manusia yang tertanya-tanya kenapa saya menulis begini rupa.

Jawabnya kerana kita manusia sering membuat dosa. Kita manusia adalah pendosa.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 6:35 AM
Categories: Labels: ,

2 comments  

Monday, April 27, 2009


KLIBF? Macam mana nak sebutnya? Klibef? Kliboof? Kalibuf. Suka hati tuan-puan lah.

Sekadar apdet dari KLIBF 2009 yang mana orangnya sangat ramai, sangat menyesakkan, dan kadang-kadang sangat menyesatkan (sebab tak jumpa booth). Saya hadir dua kali ke KLIBF. Yakni pada hari kedua untuk sesi survey-mervey dan hari kedua terakhir untuk sesi beli. Tag-team saya ialah, Abu Zubair.

Fokus kali ini lebih banyak kepada kitab-kitab arab yang tajuknya agak baru dan terkehadapan. Booth pilihan adalah Darel Emen (baca: Darul Iman), Egypt. Cetakannya boleh tahan cantik dan banyak tajuk-tajuk baru selain ada risalah majister (baca: tesis master) yang dibukukan.

Oleh sebab bajet yang ciput. Tak banyak buku dapat dibeli. Walaupun ada mengidam beberapa tajuk lagi, sebagaimana mengidamnya ibu mengandung. Namun, saya masih berpuas hati dengan tajuk-tajuk yang sempat dirembat. Dan saya sertakan gambar tajuk-tajuk yang bagus untuk tatapan. Sekadar cadangan.

Buku bahasa Melayu? Tidak sempat tengok. Bukan tidak sempat. Tapi kurang keinginan untuk tengok. Sebab banyak novel-novel jiwang. Pinjam Masri punya dah lah kan? Tapi di booth Darussalam di tingkat bawah, ada kumpulan kitab Fiqh al-Sunnah yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu Indonesia. Cetakan yang bagus sebab nota kakinya disertakan dengan ekstrak dari Tamam al-Minnah tulisan Syeikh al-Albani.

Buku bahasa Inggeris pula... Err... Kalau dicari novel dalam bahasa Inggeris, rasanya payah hendak jumpa. Tapi buku-buku agama terjemahan dalam bahasa Inggeris agak banyak.

Sepanjang KLIBF, sempat bertemu dengan kawan-kawan yang punya niat yang sama hendak membeli. Husaini jumpa sewaktu 1st round, survey. Tapi 2nd round tak sempat pula, ramai sangat orang. Ada jumpa si Ezry dan kroni juga di hari pertama lawatan. Sempat bersua muka dengan Ibnu Madini. Ada jumpa dengan si Edry sewaktu saya bertapa di surau sambil cuba mendapatkan ilmu kasyaf mengenai buku yang patut dibeli.

Namun yang paling penting, ketemu juga dengan Syeikh Aiman dalam keadaan tidak disengajakan. Syeikh borong banyak buku kali ini. Terima kasih Syeikh atas hadiah.

Nak tengok gambar? Di sini.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 8:57 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Thursday, April 23, 2009


Ada orang berfalsafah, bahawa orang yang bodoh itu akan bercerita mengenai diri sendiri.

"Jadi saudara? Saudara juga seorang yang bodoh?"

Mungkin.. Jika saya termasuk sebagai orang yang bercerita mengenai diri saya sendiri. Saya kira, mungkin saja saya tergolong dalam golongan yang dibodohkan itu..

"Alah.. Dia cakap bodoh je.. Bukan bermakna salah bila bercakap pasal diri sendiri.."

Kalau saudara dimaki bodoh dalam membuat sesuatu pekerjaan. Apa saudara yakin perbuatan saudara itu benar? Dan apakah orang yang kata anda bodoh itu tidak memaksudkan perbuatan anda sebagai salah?

"Habis tu? Dah kalau orang kata bodoh, hendak buat lagi ke?"

Saya tidak kisah (sebenarnya, kisah juga sedikit) jika saya dikatakan bodoh. Jika saya bodoh. Biarlah orang lain belajar dari saya. Belajar untuk tidak jadi bodoh seperti saya.

Ambillah ilmu dari kebodohan dan kesilapan orang. Tidak salah pun. Bukan untuk kita tiru jadi bodoh sepertinya, tapi untuk kita elak dari jadi sepertinya.

Maka saya akan tetap bercerita mengenai diri saya serta perkara yang berlaku di sekeliling saya. Sekitar kehidupan saya. Untuk dikongsikan. Supaya ada orang dapat manfaat. Paling tidak pun, hari-hari esok, bila saya sudah tua, apabila saya buka blog ini, saya dapati ada pengajaran untuk saya sendiri.

Kalau orang berfalsafah; 'orang bodoh bercerita mengenai dirinya sendiri'. Biarlah. Saya tidak kisah. Saya tak mahu ambil peduli. Kerana bagi saya; bukan orang lain mengubah diri kita. Mereka hanya mengajar. Tapi kita membentuk diri sendiri. Kita ambil contoh dari hidup sendiri, untuk kita ubah apa yang tidak elok.

"Tak guna melihat cermin, jika rambut dibiar tidak bersikat, baju dibiar tidak rapi. Tak guna mencontohkan orang lain, jika diri sendiri tetap tak mahu diubah, akhlak dibiar tidak munasabah."

Apapun, mungkin orang yang berfalsafah itu memaksudkannya seperti ini.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 8:43 AM
Categories: Labels:

9 comments  

Wednesday, April 22, 2009


Saya rasa tidak ada orang di atas dunia ini begitu bodoh mahu buat kerja tanpa sebab. Dan, bagi saya, begitu jugalah keadaannya dalam melakukan ibadat. Kita buat ibadat mesti ada sebab, atau dalil yang menyuruh.

Kalau diikutkan dalam kaedah fiqh; الأصل في العبادات الحظر atau الأصل في العبادات التحريم yang membawa makna; asal sesuatu ibadat adalah dilarang atau haram. Maksudnya jelas di situ bahawa kita dilarang untuk buat apa-apa ibadat melainkan berdalil, ada nas. Saya tidak mahu ulas. Kerana saya bukanlah seorang yang pandai. Dan saya juga sudah malas, kerana ada orang, apabila dibentangkan dengan perkara ini, dengan segala macam bukti, tidak mahu juga dengar. Jenuh bercakap, asyik buat tidak endah. Entahlah..

Dari sudut logik akal sekalipun, kita bekerja ada bersebab. Buruh kasar yang datang dari Indonesia bila ditemu-bual kenapa beliau bekerja, datang jauh-jauh, naik tongkang, mengambil risiko untuk lolos dari imigresen, sudah pasti akan menjawab; "Kok saya mau duit. Perlu saya kerja. Apa bapak ada kerja yang lumayan? Saya tidak kisah. Asal ada ganjarannya, pasti saya kerjain."

Ya. Tuan-tuan lihat. Itu kalam seorang pekerja import dari tanah seberang.

Dia bekerja kerana mahukan duit. Dan bagaimana dia tahu dia akan dapat duit. Ini kerana sudah ada janji dari bosnya bahawa dia akan dapat sekian-sekian upah hasil kerjanya yang sekian-sekian juga.

Kita yang buat ibadah macam mana? Kita buat ibadah dengan ikhlas kerana Allah Ta'ala. Kita mahu mentaati perintah Allah. Betul tak?

Selain itu, kerana kita mahukan pahala. Benar atau tidak tuan-puan? Ada ke yang buat ibadah tak mengharapkan apa? Aiiii... Tipulah siapa yang cakap tidak. Mana ada orang yang solat cukup 5 waktu kata dia tidak kisah kalau dia tidak dapat syurga dan tak rasa apa masuk ke neraka? Orang yang mereng saja kata demikian.

"Tapi kita buat benda baik. Semua benda itu baik. Bagus-bagus. Benda bagus konfem dapat pahala maaaaa..."

Wah, saya tidak berani mengonfemkannya untuk anda. Di sinilah kita kembali kepada perbahasan kaedah yang saya bawakan tadi. Macam mana mahu saya konfemkan pahala baginya kalau ianya haram?

Dan lebih dari itu, bagaimana mahu kata ianya dapat pahala. Sedangkan tidak ada janji apa-apa dari Allah yang datang bahawa kita akan dapat pahala baginya?

Alahai... Buruh tadi pun tahu dia akan dapat upah kerja berdasarkan kontrak.

Kita bersolat ada dijanjikan ganjaran. Kita berpuasa pun sama. Kita bayar zakat juga sama. Kita menuntut ilmu pun ada ganjaran yang dijanjikan. Bacalah al-Quran, semaklah hadith. Pendek kata, ibadat yang sepatutnya kita buat (dan yang mana itu saja kita patut buat) adalah sepertimana yang ada ditunjukkan dalam agama Islam ini. Yang ada dalil tentangnya. Yang datang nas bercerita mengenainya. Yang mana, kita juga pasti ada ganjarannya dan apa balasan jika tidak kerjakannya.

"Habis tu? Tak dapat langsunglah? Kan Tuhan kita Maha Pemurah?"

Ya. Benar sekali sedara. Maha Suci Allah yang Maha Pemurah sifat-Nya. Di sini kita perlu mengkaji kata-kata serta janji Baginda Nabi. Apa saudara yakin saudara akan dapat pahala bagi suatu-suatu ibadat yang hanya berteraskan kebaikan tanpa dalil? Sedang ada larangan dari Nabi kita. Pasal orang yang melakukan inovasi dalam ibadah, atau buat amalan yang Baginda tidak ajar, bukan dari golongannya. Err.. Kalau begitulah kan? Macam mana sedara mahu kata sedara dapat pahala, padahal Nabi sendiri kata begitu?

Saya ingin ulang ayat yang biasa kita dengar dalam bayan-bayan Jemaah Tabligh. "Tuan-tuan yang mulia! Kejayaan hidup manusia terletak dalam kesempurnaan agama. Iaitu dengan ikut perintah Allah dan sunnah Rasulullah!"

Yaaaa.. Benar sekali kalam itu. Kejayaan hidup manusia adalah dalam agama yang sempurna. Bukan agama yang kita tokok tambah. Bukan yang dikurangkan. Bukan juga yang diubah bentuknya ikut suka hati anda. Agama ini bukan robot Transformers yang boleh tuan-tuan ubah ikut daya kreativiti tuan-tuan.

Maka, ayuhlah kita berfikir!

Posted by Posted by Ariff Arifin at 9:12 AM
Categories: Labels: ,

0 comments  

Bila bercakap tentang kematian. Ramai rasa gerun. Ada juga yang tidak. Ada yang boleh buat dekk sambil tidak takut Ada yang gerun sehingga mengalirkan air mata bercucuran. Ada yang pengsan pitam. Hakikatnya penerimaan mengenai kematian berbeza mengikut orang dan iman yang dirinya kandung.

"Kalau pengsan itu hakikat imannya kuat kan?"

Tidak semestinya. Belum tentu demikian. Orang beriman, pada saya, akan tenang menerima hakikat kematian. Mengambil iktibar dari berita serta cerita mengenai kematian.

"Habis tu anta nak katakan yang pengsan semua itu orang yang tak beriman? Mereka itu orang-orang yang tinggi imannya saudara. Mereka sudah capai tahap tertinggi! Isi iman.. Anta baru kulit syeikhhhhh....."

Saya tak kata begitu. Saya tak mampu kata begitu. Usamah bin Zaid ketika membunuh seorang kafir musyrik yang sudah mengucapkan kalimah shahadah, Nabi telah bertanyakan kepadanya; "Apa kamu sudah belah dadanya untuk lihat apa yang dia ucapkan itu benar atau tidak?"

Kalau Usamah yang hidupnya itu begitu rapat dan disayangi oleh Rasulullah ditegur sekian rupa. Apa layak dan daya saya untuk menilai iman orang lain?

Namun demikian, telah datang bagaimana Rasulullah mencela orang yang meratap. Kalau meratap sudah dilarang, apa lagi orang yang sehingga terpengsan-pengsan. Kita mewarisi sifat dan akhlaq Nabi kita, bukan perangai orang yang agamanya hindu. Atau ada yang mahu kata bahawa hindu juga ahli kitab?

Nabi kita menangis sewaktu anak Baginda, Ibrahim, meninggal dunia. Sekadar itu sahajalah Baginda tunjukkan sambil berkata;

إن العين تدمع والقلب يحزن ولا نقول إلا ما يرضي ربنا وإنا بفراقك يا إبراهيم لمحزنون

Sesungguhnya mata menangis/Hati bersedih/Dan tidak kita berkata kecuali apa yang diredhai oleh Rabb kita/Dan sesungguhnya kerana berpisah denganmu Ibrahim kami bersedih

Saya mengambil ruang ini untuk mengucapkan takziah kepada sahabat saya, Muhammad serta keluarga atas kematian saudara lelakinya. Semoga Allah mengampunkannya dan merahmatinya. Dan semoga Allah meningkatkan lagi darjat keimanan kalian sekeluarga atas ujian yang berat ini.

Benar bak kata seorang teman, kematian itu cuma satu proses. Satu manifestasi bahawa kita beriman kepada hari akhirat.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 1:50 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Tuesday, April 21, 2009


Situasi 1:

Prenggg... Peng.. Peng... Prengggggggggggg.....

Urghhh... Tension betul dengar deruman ekzos motor kapcai 2 lejang yang tak ditala dengan betul milik mat rempit (konon-kononnya) yang lalu di hadapan rumah saya. Ini masalah bila budak sekolah menengah yang berusia 13 tahun baru dapat motor.

Tidak ada sensitiviti kepada masyarakat setempat. Mungkin kerana masih belum habis bersekolah. Atau dia mahu kekal seperti itu sepanjang hidupnya. Ibu bapanya perlu ajar semangat kejiranan.

Apalah sangat bawak motor laju-laju di kawasan kampung lagi lengang adik-adik? Kalau berani cubalah bawak laju-laju di Jalan Tun Razak sewaktu peak hours (sambil senyum kambing).

Errr.. Tapi, ada juga yang tak bawak laju, tapi kuat bunyi motornya. Contohnya mamat ini.

Moral: Ibu bapa jangan hadiahkan motor pada anak yang masih bersekolah. Dia bukan sahaja merosakkan dirinya, tapi juga motor yang mahal.

Saya? Saya bukan mat rempit walaupun saya suka merempit. Kerana mat rempit membiarkan orang lain menanggung risiko bersama dirinya.

Saya mahu yang ini. He he he.. Jika mahu buat sumbangan, boleh hubungi saya melalui chatbox di atas. Keh keh keh.

Situasi 2:

Panasnya... Peluh... Berpeluh.. Dan dipeluhkan..

Bak kata orang Terengganu (saya la tu); "Panah wehhhh... Panah so-oh...." (maksudnya; Panas laaaa... Panas sungguh....)

Saya sangkakan rumah saya mengalami masalah pada sistem pengudaraan. Sehinggalah saya baca laporan di akhbar. Nampaknya cuaca di Terengganu sangat tidak menentu. Macam di KL jugak. Cuma sejak saya balik, masih belum hujan.

Hari-hari yang panas memang sangat mencabar. Saya rasa, saya boleh mengalami dehidrasi. Namun saya lebih risau perkara lain. Contohnya macam teori ini.

Rupanya cuaca juga boleh jadi penyumbang gejala jenayah. Mungkin benar, kerana manusia lebih cenderung memaki-hamun dan mencarut jika cuaca (atau hati) panas (minta dijauhkan).

Moral: Banyakkan minum minuman isotonik untuk menggantikan bendalir dalam badan. Cuma perlu berjaga-jaga. Perut boleh jadi buncit juga.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 8:24 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Monday, April 20, 2009


Mungkin sebab saya bosan. Jadi tidak pasal-pasal. Ada dua entry saya telah keluarkan hari ini.

Apa akan anda lakukan pada situasi ini? Hal ini telah diadukan melalui perantaraan mimpi ala sufi pada saya oleh pembaca XYZ:

Saya ada masalah dengan pemimpin Kelab Catur kampung saya. Saya rasa, tiada pada dirinya ada sifat kepimpinan dan, tidak islami.

1. Dia korup. Pernah makan aiskrim dan membelanja kroni-kroninya menggunakan duit pendaftaran kami.

2. Dia suka makan wang kami, katanya ufti. Kalau tak, apa mahunya dia jadi bos yang berdarah mulia (konon-konon)?

3. Isterinya tidak bertudung. Layakkah dia jadi pemimpin Kelab Catur?

4. Dia tidak pandai agama. Layakkah dia mendakwa dirinya penaung agama Kelab Catur Kampung Pisang? Dia pernah kantoi makan pisang semasa solat Jumaat.

5. Dia selalu menyuruh kami berbuat baik. Tapi sendiri pernah kantoi mengintai anak dara ketua kampung mandi.

6. Dia juga menjual papan-papan catur milik kelab beserta buahnya sekali semata-mata untuk membeli kereta mewah jenama Rolls Royce.

Apa perlu saya buat?

[Bunyi cengkerik macam dalam filem anime]

Haiiii..... Saya pun pening.. Pening....... Dan confuse..

Krisis Kelab Catur saja pun. Bukan masalah negara.. Kan?

[Bunyi cengkerik semakin menyepi]

Posted by Posted by Ariff Arifin at 3:13 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Sunday, April 19, 2009


Kita kerap jumpa manusia yang ada krisis identiti.

Contoh 1: seorang pelajar tahun 3 jurusan IT, bangun pagi, tertanya-tanya pada diri sendiri; "Siapakah aku sebenarnya? Aku rasa aku patut jadi seorang mujtahid mutlak."

Dia pun pergi ke komputer. Cari mana-mana ruang sembang agama, dan keluarkan fatwa. Mudah dan segera. Tak perlu belajar usul al-fiqh. Tak perlu apa-apa. Cukup sekadar dengan e-book.

Contoh 2: Seorang pelajar kursus rekabentuk membuat keputusan untuk menjadi muhaddith kabir acuan mutaqaddimin.

Juga, dia masuk ruang sembang agama. Menunjukkan ketajaman taringnya sebagai muhaddith. Ini salah. Itu salah. Kita WAJIB bertaqlid kepada mutaqaddimin! Al-Albani siapa??!

Pening... Pening melihat keletah orang yang mengalami krisis ini.

Apa-apalah.. Yang penting dia gembira..

Saya cuma mampu ketawa terbahak-bahak. Apakan daya, diri tak mampu. Pernah juga mencuba dahulu. Tapi ada orang menampar dahi saya secara batin... (errr.. ye ke? Tak kot..) sambil berkata, "Hang tu penuntut ilmu, buat cara penuntut ilmu. Setakat belajar usul pakai al-Wajiz, apalah sangat. Toksah memandai buat qiyas."

Terkesima..

Ada mujtahid bertanya;

"Habis tu? Kan pintu ijtihad terbuka luas.. Anta nak tutup pintu ijtihad ke??"

Kah kah kah..

Seorang kawan, Abu Zubair (saya tadliskan namanya..), pernah berkata; "Semua orang boleh pegang spanar. Tapi belum tentu dia mampu baiki kereta.. Belum tentu dia mekanik.."

Itu bahasa bunga yang maksudnya; bukan semua orang yang ada kitab itu-ini, baca itu ini, boleh keluarkan fatwa suka hati.... Belum tentu dia boleh jadi mujtahid.......

"Habis tu tak boleh nak bercakap langsung keeeee???!!"

Eh.. Eh.. Marah pulak dia.. Yaaa... Memang pun.. Bercakap sampai takat mana kamu mampu. Keluarkan fatwa, itu bukan kerja kamu.. Ada faham??

Cuba selak helaian dalam I'lam al-Muwaqi'in, apakata Ibn al-Qayyim Jauziyyah pasal orang yang berfatwa suka hati?

Haha.. Nanti mujtahid dan para muhaddith masa kini marah pulak saya berkata macam ini.. Tapi apa boleh buat. Mereka mujtahid dan muhaddith (kononnya), saya siapa? Dan mungkin mereka sangka ijtihad mereka dapat 1 pahala kalau salah.

Namun, ada juga orang yang ada krisis identiti yang bagus lagi positif. Macam yang ini, seorang pelajar kejuruteraan yang mengajar bahasa arab. Hahahaha.. Saya tidak pandai dan tidak reti.. Saya cuma tahu, masjid dalam bahasa pasar mengikut lahjah Mesir berbunyi masgid. Contoh ayat yang saya tembak-tembak; "Limadza maa raaituka fil masgid?" Atau, perkataan rojul berbunyi rogul.. "Yaa rogul..!" (Silap-silap haribulan boleh ditumbuk orang sebab menyangkakan saya memanggilnya perogol.. Kah kah kah..)

P.S: Cerita-cerita di atas ada tersipi-sipi dan tersipu-sipu kena-mengena dengan kehidupan duniawi yang benarrrr... Dan tiada tidak benar melainkan benarrr-benarrr belaka..

Posted by Posted by Ariff Arifin at 8:22 PM
Categories: Labels:

0 comments  

Saturday, April 18, 2009


Saya paling tidak suka orang yang korup. Atau orang yang tidak amanah. Atau orang yang mempermain-mainkan amanah yang telah diberikan kepada dirinya. Andaikata saya salah seorang dari orang yang berbuat demikian pun, saya tetap tidak suka, saya benci. Ini benar. Dan kalau tuan puan melihat saya dalam keadaan demikian (minta dijauhkan), bencilah saya, dan tegurlah saya.

Amanah yang telah diberikan, patut dipegang, dan patut dijaga. Orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat terutamanya. Sepatutnya tunjukkanlah contoh yang baik bila bersangkut-paut dengan amanah. Bukan main-main dengannya. Bukan bergurau-gurau senda dengan amanah itu. Hidup ini bukan cerita Raja Lawak! Haiiiiii...

Saya tengok, orang putih dalam filem-filem ditunjuk memupuk sifat amanah dengan mengajar budak elementary school mereka berpasangan lelaki dan perempuan, kemudian diberikan dengan sebijik telur supaya dianggap sebagai bayi. Analoginya mereka hendak bagitahu; kalau telur pecah = bayi mati = pecah amanah. Kononnya ingin memupuk sifat tanggungjawab. Tapi tidaklah berkesan mana pun. Tak percaya, tengok rating kerosakan moral pelajar mereka.

Tapi orang yang melayu lagi Islam perlu kepada perkara ini jugak ke? Rasanya cukuplah dengan sifat al-Amin yang ada pada diri Nabi untuk kita semua ikut. Takkan perlu kepada benda-benda ini jugak?

Tapi masalah juga kalau orang berseragam biru bercakap telefon bimbit sambil memandu. Sambil memandu kereta rasmi pula tu. Kalau penting sekalipun, pakailah kit bebas tangan. Membazir duit buat iklan saja.

Kita ini orang kenal. Sebut saja Quran, sebut saja Islam, sebut saja nama Nabi kita, sinonim sungguh dengan sifat amanah ini. Sampai budak sekolah tadika boleh buat lagu nasyid dengan hanya dengan pakai keyword amanah.

"Amanah kita, amanah semua.. Amanah dijaga, amanah harta, amanah raya.. Lalalalala........."

Namun apa yang memalukan adalah, bila orang Islam yang namanya elok-elok, pandai menyanyi lagu nasyid pasal amanah, buat perangai tidak semengah. Cuba bayang orang nama Amin masuk akhbar sebab ditangkap dengan tuduhan pecah amanah?? Haru.. Haru..

Saya yang bercakap pun bukanlah hebat mana. Malah tidak hebat langsung.. Betul. Tanya orang yang kenal saya, atau buat-buat kenal.

Senang ceritanya, amanah bukan benda yang boleh dipandang ringan, bukan boleh dianggap senang. Siapa kata ianya benda ringan? Sila angkat tangan.

Bagi saya, orang dungu saja yang kata benda berkaitan amanah ini ringan.

Maaflah kepada siapa-siapa yang terbaca dan terangkat tangannya tadi.

"Habis tu macam mana nak jadikan orang Islam jadi lebih amanah?"

Saya tidak mahu jawab. Jangan tanya saya.

"Haaa.. Kan dah kata, mamat ni suka membebel. Bagi solusi tak mahu! B%#$ (terpaksa disensor bagi menjaga hati masyarakat) punya orang!"

Tengok. Suka maki orang. Buat kerja tak mahu. Kalau kata kita ini perangainya sememeh. Tahu pula melenting!

Sedara yang suka bercakap banyak, sila selak helaian Quran dan cari ayat berkaitan amanah, dan jiran-jirannya. Pasal sifat tanggungjawab dan macam-macam. Bagaimana Islam mengajar kita untuk jadi orang. Bukan ungka. Jangan berkawan dengan teori mat Darwin.

Punyalah banyak diajar Islam. Tapi mata ditutup, hati dikatup. Akhirnya lingkup...

Juga sila check juga apa yang datang melalui hadith pasal sifat yang ada pada diri Nabi. Tapi tolong jangan mintak tolong orang carikan, kemudian kata ianya salah.

"Eh... Ini bukan hadith yang saya cari.. Anta pandai-pandai bawak hadith ini kenapa??" Sambil marah-marah.

Err.. Carilah sendiri......

Posted by Posted by Ariff Arifin at 9:21 AM
Categories: Labels:

2 comments  

Friday, April 17, 2009


Saya copy ini dari blog si Sai. Masih cuba-cuba menahan gelak. Kata si Sai. "Banyak ketawa gelap hati.." Walau hakikatnya dalam hati masih ketawa berdekah-dekah membaca entry-nya yang ini.


Piglet, seekor anak babi yang bersahabat baik dengan Winnie si Pooh, melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana menjadi mangsa cercaan dan kejian masyarakat Islam Malaysia. Ini berikutan kehadirannya semasa menemani Winnie dalam rangka lawatan cuti-cuti Malaysia baru-baru ini, jelas tidak disenangi oleh pegawai-pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Saya dikuarantin, seolah-olah pada nama saya ada perkataan bin Laden,” katanya.

Menurutnya lagi, kini ia menghadapi tekanan di mana-mana, hanya kerana ia seekor anak babi. Katanya, “Suatu ketika dahulu, orang Inggeris memuji anak-anak mereka ‘comel macam anak babi’, tetapi kini, atas dasar toleransi kepada Islam, orang Inggeris lebih berhati-hati apabila berbicara tentang babi kepada jiran Muslim mereka.”

Menurutnya, yang paling memberi tekanan kepadanya ialah orang Islam. “Seolah-olahnya, saya dicipta Tuhan untuk menjadi mangsa cercaan dan hinaan. Busuk macam babi, buruk macam babi, gila babi, babi kau, dan sebagainya - semua ini datang dari orang Islam yang mengaku beriman kepada hari akhirat,” luahnya sambil menyondol-nyondol hidungnya ke kerusi untuk mengesat hingus.

“Jangan ingat walaupun saya babi, saya tidak ada ilmu tentang Islam,” kata Piglet. Sambungnya, “Dalam al-Quran disebut tentang pengharaman memakan daging kaum-kerabat saya. Tetapi itu tidak menjadikan kami makhluk yang hina-dina layak dikutuk dikeji. Kalau oleh sebab daging kami haram dimakan, maka kami boleh dicerca, maka manusia yang haram dimakan dagingnya juga layak dicerca dan dijadikan kata kejian. Contohnya, ‘Manusia punya kambing!’ sepatutnya boleh saya gunakan sebagai ayat kejian kepada kambing yang memakan pohon bunga saya.”

Piglet menambah, “Sebenarnya dalam Islam, semua haiwan adalah suci. Walau bagaimanapun, konsep suci dalam Islam tidak sama dengan suci dalam agama Hindu. Semua perlu faham ini. Bukankah dalam al-Quran ada menyebut ‘bertasbih kepada Allah sekalian yang ada di langit dan di bumi’? Yang di bumi itu ialah termasuk saya, seekor anak babi.”

Posted by Posted by Ariff Arifin at 8:36 PM
Categories: Labels:

2 comments  

Atau dalam bahasa Kelantannya: Sampe..

Berbual dengan si Sai tadi. Bercerita pasal betapa ramai orang mudah hanyut. Hanyut dengan dunia...

Bukanlah bermakna bila bercakap, orang yang bercakap itu dah terlepas dari sifat hanyut itu. Kalau tanya saya, saya sendiri mengakui saya banyak kali hanyut. Hanyut macam kapal yang terputus talinya.. Errr.. Atau itu layang-layang?

Apa-apa sajalah.

Namun yang pasti, kami bercakap pasal ada sindrom di kalangan pelajar. Tak perlu bayang dalam kepala anda pelajar UIA. Mana-mana pelajar. Sindrom apa? Sindrom kejutan budaya. Atau dalam bahasa Jerman Kelate; 'ngikut ko saing'.

Kalau anda tak faham, tak mengapa. Sila cari interpreter bahasa ini yang bertebaran di seluruh KL. Nak spesifik lagi, di sekitar Greenwood.

Entahlah. Tak ingat pula bagaimana boleh terkeluar cerita tadi. Cuma si Sai ceritakan yang adik dia berkeinginan tukar kursus. Mungkin dari kejuruteraan ke arkiteksur. Tak pasal-pasal, isu kejutan budaya terkeluar.

Beliau (cewah, beliau.. kembang kempis hidung mamat tu kalau baca) kata kepada saya, ramai budak AED (ini singkatan kepada arkiteksur UIA) turn out to be a smoker. Saya membenarkan kata-katanya. Ada yang saya kenal tidak merokok pada awalnya. Akhirnya tertewas di kotak-kotak Dunhill.

Saya sambung lagi. Itu laki-laki, kalau perempuan, ramai yang bertudung labuh, elok, akhirnya bertudung singkat, berpakaian ketat. Saya bukan mengata. Ini sekadar analisis.

Apapun, saya akui ia benar-benar terjadi. Saya bercerita pasal ada seorang pelajar dari Kelantan pakai baju ketat datang ke kelas. Dia pula bagitahu saya ada kenalan adiknya dari Kelantan yang sudah tidak bertudung. Kedua-duanya bersekolah di sekolah yang berorientasikan Islam.

Kenapa kami bercerita pasal Kelantan?

A. Kami nak menjatuhkan imej Kelantan.
B. Kami benci orang Kelantan.
C. Kami mulut jahat.
D. Tuan-tuan kena tunggu sampai habis artikel.

Kalau anda jawab A, B atau C. Maka... Tidak, tidak dan tidak...

Kami bercakap pasal Kelantan sebab Sai itu orang Kelantan, manakala saya pula peminat orang Kelantan (maka dengan sendirinya menidakkan pilihan B).

Sebut pasal peminat orang Kelantan, cukuplah saya katakan dia cumalah seorang LELAKI tua yang tidak pernah kenal saya dan tinggal di Pulau Melaka. Tiada siapa yang kenenkan kami berdua. Cuma saya yang jatuh minat terhadapnya...

Kami bercerita pasal Kelantan secara kebetulan. Bukan ada motif tersembunyi. Cuma hendak cerita bagaimana orang yang ditarbiyah dengan baik pada awalnya boleh jadi hanyut sebab ajakan kawan.

Ajakan kawanlah yang paling merbahaya. Ada orang yang biasa-biasa pada awalnya, akhirnya sebab mahu blend-in (bukan blender) dengan rakan-rakan, akhirnya mengikut gaya berpakaian. Mungkin supaya bila mereka keluar berjalan sama-sama, orang tahu mereka satu kelompok.

"Biar orang tahu kami satu geng..."

Sai kata; "Susoh nok tengok hok ssaing dengan ore hok clubbing tok ikut sekali." Macam itulah lebih kurang. Oh ya double-S itu bermakna secara tajwidnya ada sabdu di situ. Bukan typo-error ya.

Terdiam jugaklah saya beberapa jenak.. Kerana sejenak seperti kurang best..

Betullah jugak kata si Sai itu. Cuma saya kata lagi bahawa ini isu individu. Macam mana mahu berdepan dengan perkara baru. Hendak ikut atau tak mahu ikut. Ada saja budak yang sama kuliyyah dengan saya dapat maintain dengan tudung labuh dan baju kurung. Termasuklah bila dia terpaksa masuk ke lab (lab di sini ala-ala bengkel). Orang Kelantan jugak.

Jadi tinggalnya sekarang adalah persoalan individu. Kalau mahu terlalu ikut mainstream persekitaran tapi tak ada pendayung yang kuat. Maka akan hanyutlah. Kalau ada pendayung yang mantap. Hanyut-hanyut pun masih boleh ditarik ke tepian. Pendayung yang dimaksudkan, tidak lain dan tidak bukan, iman dalam diri masing-masing. Bagaimana mahu kemudi pendayung, itu terpulang pada tangan yang memegang. Andai kata ke kiri, maka ke kiri sampan pergi. Takkanlah ke kanan kan?

Jadi nilai-nilaikan. Sekadar berkongsi.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 4:53 AM
Categories: Labels:

6 comments  

Thursday, April 16, 2009


Ini sambungan cerita pasal Pak Mat hujung kampung. Selepas Pemuda A cuba melakukan gangguan kepada dirinya. Pak Mat tak jadi makan dan balik ke rumah.

"Loya tekak aku..." Kata Pak Mat dalam hati.

Jadi dia pulang terkocoh-kocoh ke rumah, menukar baju dari warna pink ke warna biru gelap (tuan-puan nak letak warna lain pun boleh. Atau coraknya petak-petak, jalur-jalur).

Pak Mat pelik. Ada juga orang yang minat kepadanya yang tua dan tinggal rangka serta kurang berharta. Lelaki pulak tu. Jadi semasa sedang kusut fikirkan pasal peristiwa yang meloyakan itu. Pak Mat seluk poket baju, keluarkan kotak rokok. Petik lighter. Puhhh.. Berasap...

Ini satu perangai Pak Mat yang tidak berapa (atau memang langsung tidak) elok.

Cerita di atas tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

Cuma hendak komplen pasal perangai buruk orang kita (Islam) yang ada tabiatnya merokok.

Saya secara jujurnya telah berkenalan dengan rokok selama lebih 20 tahun. Masuk sekolah menengah. Ada juga kawan merokok. Masuk universiti, jumpa lagi orang yang merokok.

Kalau boleh diukur tahap bosan dan benci melihat perokok. Tinggi roof-level yang 3.00-3.65 meter itu belum mampu melawan.

Saya bosan. Muak. Dan menyampah.

Saya tahu sebab saya kenal ramai perokok dan ini fakta. Dan saya tahu sebab kadang-kala saya secara tak sengajanya kena jadi 2nd hand smoker.... Baju jadi busuk, itu cerita biasa. Cuma yang jadi masalah besar adalah bila orang kata haram. Dia kata makruh.

Kalau orang suap dengan fatwa-fatwa ulama kontemporari luar negara, dia laju saja jawab;

"Itu luar negara la bro!"

Bila suruh periksa sendiri fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan kata apa. Mulalah tergagap-gagap. Dah hilang punca, dia mula kata;

"Pak Imam kampung saya pun hisap rokok!"

Sah-sah saja yang tuan Imam anda itu tak dapat bagi syafa'at pada anda, sebab dia sendiri pun sedang bertungkus lumus mencorakkan halatuju jalan dia di dunia ini. Sedara. Masa hidup ni siapalah tahu dia akan pergi ke mana lepas mati.

Kalau tanya saya. Saya akui, kebanyakan orang tertarik dengan kehidupan merokok. Kan nampak macho dan segak, boleh hembus asap. Sekali pandang tak ubah macam watak raksasa dalam filem Fiksyen-Sains.

Susah hendak menasihatkan perokok. Kalau kita bagi satu alasan kenapa rokok haram. Dia akan cuba bagi sepuluh untuk menjawab kenapa ianya boleh (dalam konteks ini; MAKRUH).

Sebab itu saya, bila kerajaan mengarahkan agar gambar peparu atau mayat perokok dicetak pada gambar. Saya sudah boleh bagi kesimpulan awal. Mungkin hanya sedikit saja perokok yang akan kisah. Ketagih.. Mana boleh hilang dengan gambar!

Apa yang perokok mahukan saya tidak tahu.. Kepuasan? Kemachoan? Kehenseman?

Atau...

Peparu hitam.. Gigi kuning.. Bau busuk.. Err.. Macam-macamlah..

Teringat kata seorang kawan perokok selepas mendapat tahu pasal keharaman rokok; "Kita hisap rokok ni haram. Makan babi pun haram... (Dalam nada menyesal pada waktu itulah) Ish.. Ish.."

Saya tak nak komen lanjut samada wujud persamaan makan babi dengan hisap rokok. Yang pasti dua-dua ada nas menyifatkan keharaman.

Makan babi, ma'ruf kita tahu ayat 3 surah al-Maa'idah..

Rokok?
Ada hadith qudsi yang riwayatnya sahih, iaitu dari riwayat Imam Muslim dalam kitabnya. Iaitu larangan Allah akan perbuatan menzalimi diri. Jadi jangan hisap rokok. Jangan zalimi diri. Jangan zalimi rakan-rakan di sebelah anda. Jangan zalimi family anda.

P.S: Saya cukup benci orang yang merokok sambil dukung anak kecil.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 1:09 AM
Categories: Labels:

2 comments  

Wednesday, April 15, 2009


Saya pernah berkata kepada seorang teman satu ketika dahulu. Mengenai sifat asal seorang wanita. Iaitu mereka ini asalnya semua cantik. Dan setiap perempuan itu dilahirkan sebagai seorang yang cantik.

Ironinya. Dia itu juga perempuan.

Saya ingat-ingat lupa akan sebab saya menjawab demikian. Barangkali mengenai purdah/niqob. Barangkali juga pertanyaan mengenai hukum meletakkan gambar di ruang sosial semacam friendster atau facebook. Atau boleh jadi, sebab lain. Saya lupa. Benar.

Tuan-tuan. Apakah saya jadi seorang yang gatal kerana mengatakan perempuan itu cantik? Entahlah. Yang pasti saya hanya cuba menjawab persoalan yang dilontarkan.

Dan yang pasti juga, saya cuba bercakap benar. Kerana memang pada asalnya, wanita itu adalah cantik. Dan sifat yang cantik itu jugaklah memerlukan ia dijaga sebaiknya.

Dahulu pernah ada orang bertanya kepada saya. Apa hukum perempuan pakai baju yang warnanya menarik perhatian. Dalam kata lain; striking.

Saya menjawab. Pada pandangan saya (bukan fatwa, dan saya bukan mujtahid), andaikata ianya menarik perhatian kaum adam. Hukumnya tidak boleh.

Dia tanya lagi, kalau warna hitam pun orang lelaki tertarik. Macam mana pula.

Saya termenung. Bukan sebab tak mahu jawab, atau tidak boleh. Tapi agak marah.

Gayanya, soalan ini macam-macam mahu membolehkan yang berwarna striking itu boleh dipakai. Sebab soalan nombor dua itu provokatif.

Haiiiiiii...

Bagi saya, mudah sahaja; "Berapa banyak persen orang lelaki akan tertarik kepada wanita yang pakaiannya yang berwarna hitam lagi mendung jika mahu dibandingkan dengan warna pink (pink lagi) yang menawan?"

Saya rasa sedikit sahaja. Amat-amat sedikit.

"Macam mana anta boleh tahu?? Anta bukan boleh check hati orang!"

Ya adik dan kakak. Saya bukan boleh korek hati semua orang dan tanya apa terkandung dalam hati mereka. Tapi sekurang-kurangnya, saya LELAKI. Sejenis jantina yang mana adik dan kakak sekalian bukan termasuk dalam golongannya.

Jadi saya tahu sifat dan kecenderungan orang yang sama jantinanya dengan saya ini.

Dan soalan yang provokatif tadi itu lebih kurang sama saja dengan orang yang bertanya;

"Macam mana kalau dah pakai niqob pun orang lelaki renung lagi??"

Saudari.. Kesimpulan bukan dibuat berdasarkan 1 peristiwa. Bukan juga dua. Bukan juga tiga. Sebaliknya dibuat selepas selesai menghimpunkan semua.

Jadi jika seorang yang pakai tudung labuh pernah diraba dalam LRT, tuan-tuan mahu kata apa? Yang perempuan tudung labuh itu yang salah? Makanya tidak payah pakai tudung labuhlah? Tak payah menutup aurat? Sebab orang yang tutup aurat pun kena raba, maka tak ada beza dengan perempuan seksi?

Atau nak suruh berpindah-randah ke negara lain? Nak suruh pergi KSA?

"Ini Malaysia. Kita mesti ikut 'uruf negara kita!!"

Iya la tu tuan mujtahid mutlak... Ikut antalah...

Kita menilai secara keseluruhan. Apa yang paling konsisten.

Samalah juga dengan isu baju yang menarik perhatian lelaki. Bukan sahaja warna, tapi banyak lagi yang perlu diambil kira. Dan warna adalah antara faktor penyumbang penting.

Pernah seorang kawan berkata lebih kurang begini;

"Kadang-kadang wanita yang wajahnya biasa-biasa saja, boleh menarik perhatian dengan bajunya yang warna-warni.."

Dan saya setuju dengan beliau. Jarang lelaki tidak berpaling dua kali untuk wanita yang warna bajunya menarik. Ini secara umum.

Jadi sekarang buat penilaian. Malas hendak memaksa orang berfikir. Sekadar turut mengajak.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 2:00 AM
Categories: Labels:

15 comments  

Tuesday, April 14, 2009


Isu boikot rasanya sudah acap kali diperkatakan. Kalau boleh dibandingkan dengan dahan pokok. Rasanya sudah reput dahan itu.

Saya pernah menulis pasal orang yang berkata boikot ini sunnah Abu Jahal. Tak mahu komen banyak-banyak. Nanti tak pasal-pasal orang kata saya ini jahil macam Abu Jahal. Payah juga. Apa boleh buat. Tinggal manusia zaman sekarang yang suka kata orang lain jahil. Kata orang lain bodoh, dan bengap. Atau kata orang sunnah suka bergosip. Apa-apa sajalah. Tak pasal-pasal orang sunnah dapat nama.

Namun apa yang pasti, boikot bukan isu yang baru. Tapi ramai pula yang tak faham, atau buat-buat tak faham. Atau memang manusia ini suka menyanggah orang lain.

Saya pernah berkata. Boikot zaman sekarang ini perlu kena pada tempatnya. Boikot bukan perlu sampai ada mudarat pada diri. Bukan sampai perlu terzalim diri sendiri. Kita ikut apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Dia larang. Kan sudah ada hadith mengenai Allah haramkan manusia menzalimi diri sendiri.

Contoh 1: Kalau susu bayi, satu produk datangnya dari US of A. Dan satu lagi dibuat di negara China dan terang-terang ada melamine. Mana satu mahu pilih?

Kalau tanya saya, saya pasti jawab;

"Tidak akan ada ibu bapa yang bodoh pilih susu yang ada racun untuk disuap pada anaknya."

Tapi tuan. Kita perlu boikot.

"Sedara.. Boikot bukan sampai perlu menelan racun.."

Alahaiii......

Contoh 2: Antara keperluan makan KFC atau tidak.

Baru saya faham (selepas membaca forum bual agama) bahawa KFC imi satu keperluan..

Kalau diajak boikot. Pasti ada orang kita akan kata;

"KFC Malaysia JCorp yang punya. Orang Malaysia lah punya tu.... Makan sajalah. Itu syarikat kita yang punya..:

Yang lain pulak akan berkata;

"Apalah bodoh orang yang boikot ni. Kan dah kata KFC Malaysia orang Islam punya. Takkan nak rosakkan ekonomi orang Islam. Takkan tak faham, kalau dah orang Melayu Malaya punya, pasti cara kerja berubah. Dah tak ada kena mengena dengan US. Kita cuma bayar 6% sahaja.."

Ah... Enam persen......

Saya berbincang dengan seorang rakan merangkap abang. Kalau saya sebut namanya. Saya rasa orang kenal saja.

Senangnya macam ini saja;

"Sedara tak nak boikot. Itu hal sedara. Tapi saya nak boikot juga. 6% itu kalau enam ribu saya boleh berkira. Enam puluh ribu pun saya masih boleh. Hatta enam ratus ribu ringgit pun saya masih boleh cuba terima. Tapi 6% itu tentu-tentu sekali bukan sebanyak itu.... Dan entah ke mana pula ia disalurkan kita tidak tahu...."

Susah juga bercakap dengan orang degil ini. Entah apalah yang pernah disumbang oleh KFC terhadapnya. Pandai-pandailah antum. Tapi jangan pula kata saya tidak sensitif dengan nasib pekerja KFC kalau-kalau dibuang. Saya sensitif. Tentu sekali!

Tapi saya tahu tidak ada orang yang mati di Malaysia sebab tidak lagi bekerja dengan KFC. Tapi dengan kehendak Allah, ramai saja orang di Palestin boleh mati ditembak oleh peluru sumbangan siapa.....

Hati kecil saya cuma berkata; "Aku lagi rela makan RFC yang jauh di Kedah tu dari aku makan benda yang terkandung syubhat...."

Posted by Posted by Ariff Arifin at 5:33 AM
Categories: Labels:

2 comments  

Monday, April 13, 2009


Letih mata menatap warna merah jambu hari ini. Maksud saya National Land Code 1965 yang mana kedudukan-kedudukan seksyennya perlu saya hafal kesemuanya menjelang hari esok.

Sebut mengenai warna pink. Ada pula terjumpa perbahasan mengenai warna layout blog. Warna pink mengganggu lah dan sebagainya.

Barangkali mungkin yang memberi komen bermaksud sekian;

"Tukar! Orang lelaki tengok bahaya.... Nafsu orang lelaki tak boleh diduga.... Sebab dakwah jadi kita mesti kena jaga.... Ustazah yang pakai warna pink semuanya membawa bahana...."

Yang tak bersetuju pula dengan lemah lembutnya kata;

"Kalau nak jaga iman, tundukkanlah pandangan..."

Saya tersepit antara lawak jenaka dan benda serius. Alahai. Warna blog, apalah sangat mahu dikomentar. Tidak pula saya tahu blog itu dipakai di badan. Jangan beranggapan saya tidak sensitif! Apakata fokus sahaja benda pink yang dipakai oleh tuan punya badan (saya ulang: YANG DIPAKAI). Tegur sahaja. Itu kiranya lebih marabahaya.

Aiiiii... Mana ada orang teransang melihat layout blog. Saya berani kata orang yang jadi demikian sudah 'wayar'....

Barangkali suatu hari nanti, kita terjumpa sketsa berikut;

Pak Mat, orang tua hujung kampung pergi ke kenduri memakai baju warna pink. Pemuda A yang sedang 'syok' makan ternampak beliau dan menerpa ke arahnya.

Pemuda A: Pak Mat. Pak Mat tolong jangan pakai warna pink lagi.

Pak Mat: Kenapa pulak dengan kamu??

Pemuda A: Hati saya jadi berdebar-debar lihat Pak Mat dalam warna ini!

Pak Mat: ????!

Mungkin sudah kurang perkara untuk dibincangkan. Jadi warna blog juga mahu dibahaskan. Biarkan...

----------------------------------

Ini cerita pasal purdah lagi.

Purdah/niqob/cadar. Suka hatilah mahu dipanggil apa.

Ada saya ditanya tidak lama dahulu.

"Bagaimana ya jika pemakai niqob itu lebih menarik perhatian orang.. Bukan itu fitnah juga?"

Seingat saya, saya diam. Malas hendak menjawab.

Dalam hati menjawab; "Aku lebih suka pakai Rolex Warta Time yang mahal-mahal daripada Rolex celup Petaling Street.."

Siapa yang faham qiyasnya itu. Fahamlah.

Isu niqob yang saya anggap berabad lamanya dan lapuknya masih ada yang bawa ke depan. Saya ingat sudah tamat dengan keluarnya kitab 'Jilbab al-Mar'ati al-Muslimah' karangan al-Imam al-Albani (saya memang peminat Syeikh al-Albani, peduli apa jika orang panggil saya Albaniyyun). Dan saya juga ingat ia sudah tamat dengan terbitnya jawab-jawab dari Syeikh Ibn Jarullah.

Ada juga yang beri banyak komentar hasil aduan seorang saudari apabila dirinya yang pakai niqob itu ditenung oleh beberapa orang lelaki dalam-dalam.

Dan banyak pula komentar-komentar bernas keluar hasil taipan para mujtahid. Ah... Kalam fadi..

Kalau saya, ini saja jawapan yang ikhlas dari lubuk hati saya'

"Aku lebih rela jika bini aku (dalam kes ini, bakal bini) ditenung lama-lama dan dalam-dalam oleh jantan miang di luar sana dalam keadaan dia menutup wajahnya dari dia membukanya. Dan aku tidak akan rasa terkilan walau aku rasa marah!"

Sekarang yang pandai sangat mengutuk. Cuba campak isteri anda yang cantik (di mata anda) itu dalam LRT dari Terminal Putra Gombak ke KL Sentral dalam keadaan dia membuka wajahnya. Dan anda dari jauh meneropong bagaimana sekurang-kurangnya 10% dari jantan yang dalam LRT itu merenungnya. Kalau anda kata anda tidak rasa mahu tumbuk. Anda memang dayus!

Jadi, moralnya, jangan mengutuk perkara yang datang dari Sunnah. Kalaupun anda menanggapnya bukan Sunnah, maka hormatilah orang yang beranggapan sedemikian. Itu jalan selamat. Takut nanti tersembam ke depan pintu neraka. Moga dijauhkan.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 10:56 AM
Categories: Labels:

2 comments  

Sebenarnya saya terasa sangat malas. Malas segalanya. Takut-takut juga kalau malas ini sebabnya hati kotor. Takut-takut juga kalau ada banyak bintat hitam pada daging hati. Risau.. Risau..

Peristiwa 1Teman baik saya memberi komentar mengenai ada orang cina dan kafir sudah pandai baca al-Quran, orang Melayu marah-marah.

Komentar saya: Orang Melayu yang marah, barangkali sudah hilang arah. Bukan ikut syari’at. Tapi banyak ikut SAYAri’at. Bosannya menilik perjalanan umat kita yang semakin hari makin ditelan kejahilan. Doakan semua diberikan hidayah.

Peristiwa 2 – Tuan punya blog agama menarik lagi sensasi ada mengulas mengenai kecewanya dia melihat ada orang setuju jika kerajaan suruh pekerja mereka buka purdah.

Komentar saya: Malas hendak komen, isu sensitif barangkali. Bagi lelaki yang SURUH (saya ulang SURUH) isterinya pakai purdah, tentu sekali tak mahu dia membukanya. Dan mungkin yang berkata setuju itu tak letak dirinya dalam kasut sang suami tadi. Bagi saya senang saja, jika sang suami anggap pakai purdah sesuatu yang wajib dan berat dan tidak boleh dikorbankan, suruh saja wife mereka berhenti. Bergaduh dengan kerajaan, jarang-jarang yang menang. Bagi orang yang setuju pula. Pakai kasut sang suami itu tadi. Orang yang tengok orang lain jatuh, takkan sama dengan orang yang jatuh. Jadi usah mencebik. Suruh pergi ke sana-sini. Aiiiiii.. Pakai purdah bukan perlu jadi pelarian!

Apapun, macam sesetengah mujtahid zaman ini berkata; INI KHILAF YANG BESAR!

Peristiwa 3 – Dikhabarkan di forum bincang-bincang agama, ada orang bincang pasal nickname yang baik dan nickname yang tidak.

Komentar saya: Ah. Rupanya orang yang ditegur itu kenalan juga. Malas hendak komen. Antum semua kan mujtahid mutlak. Semua pandai-pandai. Cuma saya hendak bertanya, apa pula nak komen pasal perawi hadith yang laqabnya al-A’mash atau sama waktu dengannya? Apa kata mujtahid sekalian?

Posted by Posted by Ariff Arifin at 3:45 AM
Categories: Labels:

2 comments  

Sunday, April 12, 2009


Posted by Posted by Ariff Arifin at 5:36 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Tuesday, April 7, 2009


Posted by Posted by Ariff Arifin at 8:43 AM
Categories: Labels:

0 comments  

Wednesday, April 1, 2009


Posted by Posted by Ariff Arifin at 10:53 PM
Categories: Labels:

0 comments  

It is a while since I've updated this blog. People said that it kind of become rust and dull.

Reason? I've been to busy with class and portfolio presentation. For this past 5 days, I barely sleep. Average sleep per day only up to 3 hours or maybe 4 which've made me loose kind of half of my sanity - and personality. We in QS department suffer this traumatic-without-sleep week occassionally (which mean RARE). Last time during the Multi-Disciplinary Project, during the previous third semester. And before that, during our first portfolio.

Friends in other department have always complained; "You guys in QS always get to sleep early compared to us."

We got a chance to have a good night sleep since we are fortunate enough to escape from doing all those tiring project. I've took my hands off from those kind of things, matriculation stage is enough. No more.

So, right now. I'm waiting and preparing for the final exam. My first paper on Friday (tomorrow). I think starting from this week, everybody in IIUM will be busy with exams. And I hope everybody will excel and hoping that we'll see each other again in this upcoming semester.

For my friends who will be graduated this semester. Best of luck. Hoping to see you again. And to Mustafa Ali who will be going back to Saudi. Best of luck. Pray for that I will be joining you there next year Insya Allah. And never forget Malaysia, never forget the Malay language, never forget those Kuey Tiow Goreng and stuff.

For those who will be dealing with exams. Hope this du'a help you lifting all the hardshid. May Allah bless you.

اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا و أنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا
Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla wa anta taj'alul hazna iza shi'ta sahla

Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau dapat menjadikan tanah (yang sulit dan keras), (yakni kesusahan), itu mudah jika engkau mahukan.

لا إله إلا الله العظيم الحليم، لا إله إلا الله رب العرش العظيم، لا إله إلا الله رب السماوات ورب الأرض، ورب العرش الكريم
La ilaha illallahul 'Adzimul Haleem, la ilaha illallahu rabbul 'arsyil adzim, la ilaha illallahu rabbus samaawaati wa rabbul 'ardhi wa rabbul 'arsyil kareem


Tiada Ilah yang berhak diibadahi selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada Ilah yang berhak diibadahi selain Allah Penguasa Arsy yang besar. Tiada Ilah yang berhak diibadahi selain Allah Rabb langit, Rabb bumi dan Rabb Arsy yang mulia.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 10:23 PM
Categories: Labels:

0 comments  

 
>