Dari kerusi kuliah hari ini, saya mendapat satu pemandangan yang menarik yang diceritakan oleh pensyarah saya secara tidak langsung.
Beliau bercerita mengenai kehidupan. Mengenai orang yang hidup. Dan mengambil peluang.
Pelajaran pertama: Hidup ini adalah mengenai kita membuat pilihan.
Dan dalam hidup ada dua jenis orang.
Pertama, melihat satu peluang. Dan biarkan ia berlalu pergi tanpa ambil tindakan.
Kedua, orang yang melihat peluang, dan mengenggamnya tanpa teragak-agak.
Pelajaran kedua: Risk taking.
Menjadi manusia adalah mengambil risiko. Orang yang hidup itu mengambil risiko.
Dan memanfaatkan peluang yang ada juga adalah risiko.
Berjaya juga risiko. Gagal juga risiko.
Kerana setiap orang adalah berlainan gaya ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah Azza wa Jalla.
Beranikan diri mengambil risiko. Kerana setiap apa yang berlaku akan ada pulangan yang lumayan dari Allah.
Pelajaran ketiga: Ceria dan gembira.
Ceria dan gembira walaupun gigi anda luruh dan tiada lagi. Walaupun gigi anda banyak longkang dan tidak cantik.
Kerana mungkin saja senyum anda menggembirakan hati orang lain yang gundah.
Ceria....
Ah.. Aku dah merepek.
Sunday, May 31, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
10:23 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Saturday, May 30, 2009
Fatimah membentak. "Saya tidak mahu berkahwin dengan dia. Dia bukan jemaah kita. Nanti kerja dakwah saya dihalang. Dia baik. Memang baik. Itu saya akui. Tapi dakwah ini lebih penting."
Ustazah Sakinah diam seribu bahasa. Payah hendak menyelesaikan ribut yang melanda jiwa Fatimah waktu ini.
"Tapi Mah. Ustazah kenal dia. Dia baik. Kenapa tidak dia Mah? Kenapa tidak? Bertaqwalah kepada Allah." Ustazah Sakinah bersuara.
"Ustazah. Beban dakwah atas pundak saya yang Allah berikan ini lebih utama saya dahulukan. Saya takut bila bernikah. Saya dihalang oleh dia. Saya tidak mahu. Dia tidak akan faham ustazah. Dakwah di atas bahu saya ini amanah dari Allah!"
Ustazah bingkas memotong, "Fatimah. Ustazah akan cuba bincang dengan yang lain. Mungkin boleh diaturkan ta'aruf dengan para ikhwah dari jemaah kita yang masih bujang."
Ustazah Sakinah cuma mampu diam. Semangat membuak-buak Fatimah dalam menebar dakwah tidak mampu dihentikan. Tapi untuk menolak seorang lelaki yang baik, hanya beralasankan takut dakwah dihalang. Ini satu kerancuan.
"Fikrah yang baik sepatutnya selari dengan suruhan Nabi. Walhal Nabi menyuruh menerima lamaran dari lelaki yang baik. Tapi Fatimah? Ah... Fatimah jelas sekali melanggar fitrah agama." Bicara Ustazah Sakinah sendiri.
Dia kebingungan. Apa patut dilakukannya?
Fatimah terlalu degil. Tersangat degil.
"Berilah hidayah kepadanya ya Allah. Berikanlah."
Ustazah Sakinah terus termenung dan terkedu. Nampak pada kelopak matanya perasaan kesal. Jerih. Bila orang dalam dakwah semakin hanyut dan meminggirkan syariat, hanya kerana berperisaikan dakwah.
--------------------
Monolog 1:
Beban dakwah yang dipikul apakah sehebat beban dakwah Nabi kita SAW?
Apa berat benar beban itu sehingga lebih hebat dari beban kepunyaan Nabi?
Nabi juga bernikah. Nabi juga bernikah. Nabi juga bernikah.
Imam Muslim yang meriwayatkan begitu. “Demi Allah! Aku lebih takut kepada Allah dan lebih bertaqwa daripada kamu. Namun aku berpuasa dan berbuka. Aku menghidupkan malam dan tidur. Aku juga berkahwin dengan wanita. Sesiapa yang membenci sunnah, maka dia bukan daripada umatku.”
Apa Nabi SAW tidak berdakwah?
Binasalah orang yang berdusta. Binasalah. Binasalah.
Monolog 2:
Kenapa beralasan bahawa dakwah itu amanah yang mesti didahulukan, dan meminggirkan pernikahan?
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah; "Apakah kamu beriman kepada sebahagian daripada al-Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain?"
Jika mampu beriman dengan wahyu Allah dalam hal bersangkutan dakwah. kenapa ingkar dalam hal perkahwinan? Celakalah orang yang ingkar.
Monolog 3:
Para isteri Nabi SAW juga berdakwah. Siapa ingin menidakkan bahawa mereka penebar dakwah? Mereka berdakwah dan berkahwin. Tiada halangan dalam dakwah selepas bernikah. Cuma pada kadaran yang ditetapkan.
Kenapa mesti menolak jodoh yang baik disebabkan takut dihalang usaha dakwah? Dakwah mesti diiringi dengan ketaatan. Taatlah kepada Allah.
Taatlah. Taatlah. Taatlah.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
10:49 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
10
comments
Friday, May 29, 2009
"Mak... Mak masak apa hari ni?"
Si ibu diam. Mengacau-ngacau kuali yang separa kosong.
"Mak... Mak...." Bibir mungil si kecil memanggil.
Si ibu diam. Masih diam. Mutiara jernih mengalir di sudut mata. Jatuh.
Dalam kuali cuma ada ikan bilis ditumis lada.
Cepat-cepat dia mengesat air mata dengan hujung lengan baju. Tak mahu dilihat anak kecilnya.
"Maaaakk... Mak nangis ke? Jangan nangis. Aman sayang mak." Si kecil Aman menarik-narik baju ibunya. Dipeluknya kaki si ibu.
"Nak.... Tak. Mak tak nangis. Mata pedih. Kan mak masak ni. Sayang anak ibu." Senyum si ibu.
Remuk redam hati ibu. Senyum berbohong.
Si ibu cuma mampu menangis dalam hati sambil memandang ke luar rumah. memandang melalui lubang-lubang dinding rumah tua itu.
"Maaaak! Aman lapar.. Nak makan mak masak. Mak masak sedap!" Jerit si kecil girang.
Si ibu menangis lagi. Hati kecilnya sakit.
"Makanlah sayang. Makan." Si ibu senyum.
Senyum. Walaupun perut kosongnya juga memerlukan untuk diisi.
------------------------------
Mencintai seorang bernama ibu tidak memerlukan hari atau tarikh yang khusus. Sebagaimana kita mendambakan kasih sayangnya setiap waktu. Selayak itu juga untuk kita menyayangi mereka setiap waktu.
Kasih ibu dibawa mati. Kasih anak tidak berbahagi.
Sayangkah kita kepada ibu?
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
8:28 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Thursday, May 28, 2009
7
Mat Diman terasa keretanya makin berat sejak perempuan itu datang menumpang. Dia terfikir bahawa dia baru saja mengisi minyak sebanyak RM 100. Sekarang jarum sudah hampir mencecah huruf 'E' semula.
"Ohhh.. Bakpe pulok ni?" gerutu Mat Diman.
Dia melihat ke arah perempuan tadi. Tidur.
Mat Diman singgah ke stesyen minyak. Dia isi lagi RM 70.
Atendan pam minyak warga Bangladesh itu merenung tajam ke arah Mat Diman dan keretanya. Mat Diman pelik.
Dia teruskan perjalanan. Masih lagi terasa berat.
8
Mat Diman makin mengantuk. Dia sudah masuk ke sempadan Perlis. Jam sudah pukul 5.10 pagi.
Tiba-tiba perempuan di sebelahnya meracau.
"Hang langgaq anak aku. Bagi balik anak aku. Mana anak aku pi? Bagi balik!!"
Mat Diman terkejut. Menggelabah. Serentak itu dia teringat.
Anak babi. Gambar R&R. Kebaya merah.
Mat Diman terasa seram sejuk. Dia memandang perempuan itu. Perempuan itu tersenyum sambil menggenyeh mata.
"Awat bang? Pucat lesi? Nampak hantu ka?"
Hantu??
Mat Diman membrek keretanya.
"Saya dokleh hantor awok ke Beseri. Saya nok kena gi ke Utang Aji segera ni.."
Perempuan itu senyum.
"Takpa la bang. Abang drop saya dekat bus stop kat kuboq tu. Biasa ada teksi."
Mat Diman ketar. Tadi hantu. Sekarang kubur.
Perempuan itu mengucapkan terima kasih sambil menulis sesuatu pada kertas. Dia letakkan atas tempat duduk kereta.
Mat Diman tak berkata sepatah. Hanya pandang ke depan. Sebaik saja pintu kereta ditutup. Mat Diman memecut laju.
Hilang.
9
Deramang yang baru bangun pelik tengok Mat Diman. Pucat. Tak bermaya.
"Bakpe ni Dimang?"
Mat Diman diam. Ketar.
"Akuu.. Akkuuu.. Aku nnnnnapok atuuuu!! Kebaya meroh. Aku beri tupang kete. Dia suruh bereti kat kubo."
10
Deramang terpaksa mencari bomoh untuk berikan air penawar. Mat Diman seolah terkena pukulan. Semangat hilang.
Tok Bomoh datang mengubat Mat Diman.
Puh! Puh! Puh!
Sireh disembur ke atas badannya. Merah lekit bercampur air liur. Dilumur-lumur. Busuk. Mat Diman termuntah.
Tok Bomoh kata hantu yang sampuk Mat Diman dah keluar melalui muntah.
11
Mat Diman sudah makin pulih petang itu. Sudah boleh bercerita.
"Aku mula-mula bereti R&R. Ambik gambor. Ade bayang orang puang kebaya meroh duduk belakang. Pahtu, aku langgor anok babi. Pahtu dia ilang sediri. Pahtu pulok jupe dengang orang puang tu. Die tupang kete aku. Kete aku wase berak lepah tu. Pahtu dia cakak sorang. Mitok anok dia. Anok babi tu, anok dia lah tu..... Dia tu atu. Patut Bangla Petronas tu tengok pelek ke aku. Aku bawok atu naik kete.."
Deramang yang masih takjub dengan cerita itu diam.
"Dia ada tinggal no talipong ke aku. Aku wase jadi kaing kapang doh ketah hok dia tulih tu gamoknya."
"Mari aku nok tengok." Deramang menuju ke arah kereta.
"Dok pong. Ade molek je. Noh. Talipong die." Sambil menunjukkan kertas.
"Tak mboh aku talipong. Kang talipong, orang hok akat tu kabo dia mati doh.."
Deramang menelefon nombor itu. Sebaik saja diangkat. Deramang bertanya banyak perkara.
Deramang menghulurkan telefon kepada Mat Diman. Mat Diman menggeleng. Deramang membulatkan mata. Mat Diman ambil juga.
Terpaksa.
12
Di hujung talian. Perempuan bercakap. Mengucapkan terima kasih pada Mat Diman sebab menumpangkannya.
Mat Diman terkedu. Kalau bukan hantu, dia siapa?
Mat Diman bertanya. Perempuan itu pernah kematian anak kah? Kenapa meracau mengigau malam itu?
Rupanya janda. Anak kecil mati bersama suaminya dilanggar lori cina bawa muatan babi. Masih trauma.
Itu masih belum menjawab soalan kenapa keretanya jadi berat. Kenapa minyak banyak perlu diisi.
Mat Diman masih pelik. Terduduk.
Deramang yang duduk di luar menjerit sambil tangan menunjuk-nunjuk ke arah tayar keretanya. Pancit.
"Patot pun berak nanang." Gerutu hati Mat Diman.
Dia terpandang sesuatu pada bahagian kereta yang kemik.
Darah babi.
Dia tersenyum. "Patot Bangla tu tengok semacang ke kete aku. Ade daroh rupenye."
13
Mat Diman sudah menikah dengan perempuan kebaya merah. Bukan hantu. Tapi cikgu. Cikgu di MRSM Beseri.
Untung Mat Diman. Dapat bini cantik yang kerja cikgu, walaupun dia cuma jual kasut bundle.
Gambar bayang orang berkebaya merah itu rupanya gambar bininya. Tengah berlari mengejar bas dan lalu di belakang Mat Diman yang tengah ambik gambar.
Lega Mat Diman. Semua misteri dah terungkai.
14
Jauh di hutan sebelah lebuhraya PLUS kawasan Gurun. Seekor ibu babi sedang menangis. Anaknya mati dilanggar kereta.
Dia berazam membalas dendam. Kereta Kancil hijau gelap plat Terengganu itu takkan luput dari ingatan.
Sekian.
Moral:
1. Tak ada hantu dalam dunia ini. Yang ada cuma syaitan dan jin yang ingin menyesatkan
2. Tak perlu samak kereta kalau langgar babi.
3. Jangan jumpa bomoh. Nanti solat tidak diterima selama 40 hari.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
2:42 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
2
comments
Wednesday, May 27, 2009
Dua kanak-kanak menarik tali layang-layang di Kabul, Afghanistan. Tahun 1978. Memusing-musing tali dengan gaya tersendiri.
Casss!!
Satu gugur ke bumi. Satu lagi masih gah terbang di udara.
"Kita menang! Kita menang!" Sorak bersahutan.
Yang putus melayang-layang entah ke mana.
"Amir Agha. Mari kita ke sana." Hasan mengajak Amir ke arah yang berlawanan dari kanak-kanak lain yang turut sama mengejar layang-layang putus tali.
"Kenapa kita datang ke sini? Layang-layang itu ke arah sana."
"Ia akan datang ke arah sini."
"Macam mana kau tahu?"
"Aku tahu." Pendek Hasan menjawab.
"Tapi bagaimana?"
"Amir Agha. Pernahkah aku menipu kau selama ini?" Hasan bertanya.
"Aku tak tahu."
"Aku lebih rela makan pasir Amir Agha."
"Betul kau sanggup buat begitu?" Amir bertanya.
"Jika kau suruh. Aku sanggup. Tapi.. Apa kau sanggup menyuruh aku berbuat begitu?" Tanya Hasan. Penuh tulus....
----------------------
Sedutan dari The Kite Runner, hasil tulisan yang mengangkat Khaled Hosseni. Dan filem yang diolah dari tajuk yang sama. Resensi ini ditulis berdasarkan itu. Latar belakang cerita di Kabul dari sudut fasa masa yang berbeza dilihat sebagai begitu menarik.
Suasana di kuburan sewaktu Amir mengukir tulisan pada pokok. "Amir dan Hasan; Sultan Kabul".
Sewaktu Amir bercerita kisah "Rostam dan Sohrab" pada Hasan.
Namun sedikit kecewa.
1. Kenapa orang Islam Afghan digambarkan suka minum arak? Dan kenapa pula diperlihatkan bahawa Baba sanggup menghina Mullah (ustaz) yang mengajar di sekolah sewaktu Amir berkata, "Minum arak itu satu dosa. Mullah di sekolah yang mengajar."
2. Adakah ada orang cuba mensinonimkan pedofilia dan homoseksualiti dengan Islam? Kenapa Assef yang suka merogol kanak-kanak lelaki diletakkan sebagai satu figur besar dalam kepimpinan Taliban?
Apa ada unsur-unsur liberalisme dan upaya memburukkan Islam secara tidak langsung?
Maaf. Saya cuma kecewa.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
10:50 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
5
comments
Adakah kita orang yang berbudi bahasa?
Ada kawan saya percakapannya kasar. Tapi dia telus dalam bicara. Orang yang baru kenal mungkin tak selesa. Tapi yang dah lama mungkin tidak rasa apa.
Tapi adakah dia tidak berbudi bahasa?
Apa definisi berbudi bahasa?
Adakah bercakap menggunakan bahasa melayu tinggi, lembut tutur kata, petah dan lain-lain merupakan orang yang berbudi bahasa?
Saya pernah kenal orang yang nampak berbudi bahasa tapi mencuri.
Bukan menghukum berdasarkan satu perkara. Tapi sekadar ajak memandang ke arah isu.
Bahawa betapa terma pada sesuatu perkara itu perlu olahan yang berkesan. Baru mampu melahirkan justifikasi yang mantap.
---------------------
Kelibat seorang figur, tidak dapat tidak, akan mampu dikesan orang. Apatah lagi kalau seorang figur itu dengan bangganya mengaku bahawa dia adalah seorang ustaz.
Maka jika ustaz itu melalui tulisan-tulisannya mengaku bahawa dia pernah buat itu ini di khalayak ramai. Maka mungkin saja orang akan rasa sangsi dengan dia.
Jadi, moralnya, bila sudah dikatakan sebagai figur. Elakkan berbuat salah. Yang bukan figur, sepatutnya begitu juga. Walaupun hakikatnya manusia mana mampu sunyi dari berbuat salah.
Sekarang saya tertanya-tanya. Adakah aku seorang figur? Moga dijauhkan. Tak ingin aku membuatkan orang mengagumi diri aku. Seterusnya berbuat salah silap yang dipetakan berasaskan diri aku juga.
Mungkin figur yang bergelar ustaz tidak sehebat figura aksi Gundam.
---------------------
Eksprimentasi dengan bahasa mungkin menyebabkan anda kelihatan seolah-olah mat jiwang yang putus cinta. Atau mungkin baru hendak bercinta.
Kawan, bahasa puisi semuanya puitis.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
8:50 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
3
comments
Tuesday, May 26, 2009
1
Mat Diman terkocoh-kocoh bersiap. "Bongok sungguh saing aku sorang ni.. Ada ke suruh aku gi ke Perlih tengoh-tengoh malang..."
Tadi Deramang menelefon Mat Diman memberitahu bahawa dia perlu bergegas ke Perlis malam itu juga. Ada bisnes bagus katanya.
Mat Diman tak ada pilihan, bisnes jual kasut bundle kecilan mana mampu menanggung hidupnya yang mewah seolah-olah ada 10 orang anak walhal dia masih bujang.
2
Lebuh Raya Utara Selatan lengang malam itu. Tak ada banyak kenderaan lalu lalang. Ada lori 2-3 buah. Sesekali ada juga kereta lalu. Hari selasa barangkali. Mana sama macam hari minggu.
Mat Diman memecut laju kereta selepas membayar tol. Dia baru sahaja melepasi kawasan Bukit Beruntung.
Mat Diman penakut. Asal dari Terengganu. Rumah dalam hutan cerang. Duduk di tempat jin bertendang. Tapi masih penakut. Kena berjalan seorang diri waktu malam sudah jadi bala besar buat dirinya.
"Bongok sungguh Deramang ni.." Ngomel Mat Diman.
3
Mata semakin mengantuk. Lidah pula rasa kelat. Dah hampir 2 jam berjalan. Air mineral dah habis. Dia ternampak papan tanda 'R&R Gurun'.
Mat Diman ambil keputusan berhenti.
Mat Diman bercakap seorang diri, "Jalang jauh-jauh. Mata ngatuk. Kalu ada orang temang sedak jugok. Bile lah aku nok berbini?"
Mat Diman minum kopi seorang diri. Membelek-belek telefon yang dia baru beli. Nokia E71. Bukan pandai guna pun. Tapi mengada-ngada mahu lebih dari orang. Untung jual kasut bulan itu habis dia guna. Buat beli telefon baru.
Gatal-gatal memetik butang. Mat Diman ambil gambar sendiri.
"Hensem jugok aku.." Walaupun hakikatnya, gigi depan rongak separuh selepas ditumbuk kawan sekolah waktu kecil-kecil dahulu, dan jerawat banyak.
Mat Diman yang masih teruja melihat dalam-dalam ke arah gambar. Merenung lama. Melihat. Dia ternampak ada seolah-olah lembaga berkebaya merah berdiri di belakangnya. Dia serta merta teringat kepada laporan tabloid yang mengatakan ada hantu kebaya merah di lebuhraya PLUS.
Mat Diman pucat.
4
Mat Diman keluar dari R&R. Memecut laju. Bala apa pula kali ini katanya dalam hati.
Sedang memecut, Mat Diman terpandang ada benda warna gelap melintas.
"Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!" Mat Diman memekik.
5
Mat Diman keluar dari kereta. Bamper depan kemik di sebelah kiri. Nampak bangkai anak babi di tepi jalan.
Mat Diman menyumpah-nyumpah. "Dok pasal-pasal nok kena samok sutir kete. Bakpe la mu mari nitah waktu ni babi oi."
Mat Diman pergi mengambil lampu suluh untuk melihat bangkai anak babi hutan. Kembali semula ke tempat tadi, dia lihat anak babi itu sudah tiada.
Ke mana pula perginya, sampai Mat Diman tergaru-garu kepala.
Mat Diman pucat lagi buat kali kedua.
6
Mata terpisat-pisat.
Mat Diman nampak bayang-bayang orang jauh di hadapan. Tidak jelas. Jam kereta menunjukkan angka 3.20 pagi.
"Sape pulok bodo sangat nok jalang tepat takdok orang ni.."
Mat Diman buat bodoh. Peristiwa yang menakutkan tadi sudah hilang dari benak fikiran.
Bayang-bayang itu makin jelas pada mata Mat Diman. Menjadi seorang perempuan yang cantik, berkebaya merah.
"Wooooohhhh.. Lawonyer!" gerutu hati Mat Diman..
Perempuan itu menahan kereta Mat Diman.
Skretttttttttt!!!
Cepat saja dia menekan brek.
"Nok pergi ke mana ni cik adik? Malang-malang ni tak elok jalang sorang diri. Gelak ni. Mari abang hantar. Nok pergi mana?" Mat Diman cuba untuk kawal diri bercakap dalam dialek KL walaupun bau-bau bahasa jatinya jelas.
"Saya nak balik ke Peghelih. Saya pi jamban sat-sat tadi. Drebar baih tu tinggai saya. Tak tau nak pi mana, saya tumpang lori. Dia nak pi ke lain, saya turun berjalan la."
Mat Diman tersengih sambil hati berkata, "Ada cang aku ni..."
Perempuan berkebaya merah itu masuk dalam kereta.
"Saya nak pi Beseri. Buleh ka tulung hantaq ni? Tak susah ka?"
"Bulllllleeeehhhhhh!!" jawab Mat Diman laju-laju.
(Bersambung....)
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
12:56 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
2
comments
Sunday, May 24, 2009
1. Kalau berdalilkan orang alim adalah orang yang membawa kepada kita kepada yakin, maka Asyaari al-Arqam juga adalah seorang ustaz.
Begitu juga geng-geng Qadiani Kampung Nakhoda di Batu Caves. Agaknya mereka juga ada ulama' rabbani. Sebab itu ramai mengangguk mengatakan Ahmadiah itu benar.
Barangkali juga Syiah ada ramai ulama' rabbani. Sebab itu mereka yakin dalam mengkafirkan para sahabat Nabi.
Maka definisi ulama' sepatutnya dikaji. Kalau diikut pada hadith, Para alim ulama' adalah pewaris para Nabi. Secara tidak langsung, dapat kita faham bahawa ulama' adalah pewaris kepada para Nabi dalam keilmuan mereka. Maka kalau ilmu mereka bercanggah dengan ilmu Nabi sebagaimana yang difahami oleh para sahabat serta orang-orang selepas mereka, maka kita perlu tanya kepada diri sendiri, ADAKAH MEREKA ITU ULAMA'?
2. Berkhilaf dituntut dalam keadaan penuh hormat. Sebab itu ada adab dalam berkhilaf.
Namun khilaf perlu ada klarifikasi. Yang mana, khilaf itu hanya ada dalam hal yang diakui syarak. Hal yang tidak ada dalam agama, macam mana hendak kata itu khilaf?
Menggerakkan badan semasa zikir bukan isu dalam agama. Tapi isu samada ia dibuat-buat dalam agama. Maka di situ perlu ada bayyinah dalam mengatakan bahawa perlu menggerakkan badan dalam berzikir.
Kaedahnya, al-bayyinatu 'ala al-mudda'i wa al-yamiinu 'ala man ankar; satu kaedah feqh yang diangkat dari sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmidzi dan lain-lain.
Orang yang mendakwa bahawa perlu menggoyangkan badan pada waktu berzikir perlu mendatangkan bukti. Bukan orang yang mengingkarinya. Sebab agama ini datang dari nas. Maka jika dia mendakwa zikir itu perlu menggoyangkan badan, maka dia perlu membawakan nas untuk menyokong. Bukan orang yang ingkar pula yang perlu jenuh mencari bukti bahawa perbuatannya salah.
Maka sifirnya mudah, jika dia benar dalam hal yang dibawa agama, maka perlu sekali dia datangkan bukti. Bukan kita yang perlu bersusah payah mencari bukti dalam menidakkan dia.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
11:21 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
1. Saya bukan suka sangat menulis pasal diri saya. Tapi saya tertulis juga apa-apa yang berkaitan dengan diri saya. Tapi ada seorang sahabat berkata, tak mengapa tulis pasal diri sendiri. Tapi saya bimbang jika suatu hari nanti, saya tertulis; kenapa tak jadi macam saya, macam bini saya, macam anak saya, macam mak saya dan segala macam yang berkaitan pasal saya.
Saya bukan orang yang bagus-bagus. Pada saya, tidak. Jadi saya tidak mahu mengangkat dulang menyuruh orang berkiblatkan saya.
Kalau ada apa yang baik dari saya, ambik sebagai contoh teladan. Apa yang tidak, campak, sepak dan tolak jauh-jauh. Agar tidak terjangkit dengan kawan sekalian.
2. Saya tidak kisah kalau orang tidak ada datang dan baca blog saya. Saya buat blog untuk saya tulis. Ada orang atau tidak datang membaca, saya tidak ambil kisah sangat. Jadi kalau kotak followers itu kosong, saya tidak kecil hati.
Ada orang kecewa. Katanya dia ada buat blog. Tapi jarang ada orang mahu baca. Jadi sudahnya dia tutup.
Buat blog merapu sekalipun ada orang baca. Kalau blog ilmiah apatah lagi.
3. Sudah tersampuk dengan sindrom cakap berlagu. "Ooookeeeyyyy...." "Iiiyyyeeeee..." "Suuuudaaahhh..."
Semuanya sebab kawan saya adik ipar 'Imran Ajmain' tu.
4. Di TV sudah ada sindrom orang terkangkang. Program Mentor, AF, dan lain-lain adalah program perosak minda masyarakat.
5. Ada orang belajar di pesantren Indonesia, balik berceramah politik sambil menyanyi. Sekarang masuk TV. Dia bukan ustaz.
6. Kawan saya mujtahid mutlak berambiguasi sebagai lebai.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
7:29 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Saturday, May 23, 2009
Saya terdiam sejenak melihat anak-anak gelandangan di Chow Kit. Kebanyakannya melayu, ramainya melayu. Layu.
Dulu saya pernah menulis mengenai pengalaman saya di Felda. Anak-anak hidup dalam persekitaran yang tidak sihat; tunggang arak, hisap dadah, seks bebas. Kata Ustaz Rasyid, rokok itu makruh yang paling kecil bagi mereka.
Semalam melihat anak-anak gelandangan di kawasan ini, saya jadi insaf semula. Betapa bersyukurnya saya duduk di ceruk kampung walaupun tidak kaya.
Anak-anak gelandangan ini bersepah di tepi jalan. Bermain-main. Ibu atau bapa mereka? Saya tidak tahu.
Berkumpulan, bermain-main di tepi bangunan. Terbaring.
Bersekolah? Entah. Tidak tahu.
Mak dan bapak di mana? Tidak ketahuan.
Pernah menonton Majalah 3, mengenai anak-anak gelandangan hidup di jalanan. Ibu bekerja sebagai pelacur. Bapa tiada. Tidak tahu siapa.
Kesian dengan mereka.
Sekarang mana hala tuju anak bangsa kita?
Rosak, punah tidak tahu ke mana.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
3:57 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Thursday, May 21, 2009
Nilai islamik yang ada pada sesetengah orang tidak mencirikan bahawa dia itu seorang Islam.
Seorang paderi di gereja mungkin ada nilai islamik pada dirinya. Seorang sami juga begitu. Dia seorang yang baik, penyayang, kasihkan manusia, suka bersedekah dan lain-lain.
Walaupun nilai yang ada pada dirinya islamik, ataupun condong ke arah Islam, tapi itu tidak akan melambangkan apa-apa pada dirinya. Nilai Islam yang ada itu tidak menjadikannya sebagai seorang yang Islam.
Ini kerana dia tidak benar-benar menyerahkan diri kepada Allah Azza wa Jalla.
Natijahnya, segala amal baik yang dilakukannya tidak mampu membawanya ke syurga.
Habistu? Adakah Islam tidak adil? Mana keadilan kalau mat rempit, mat ragut buat jahat masuk syurga?
Analogi mudah. Apabila anda menyertai sesuatu pertandingan, pasti ada terms & conditions. Kalau tidak dibuat sebagaimana yang diminta dalam T&C, maka anda tidak layak untuk claim hadiah.
Begitu juga dalam kehidupan. Kalau hendak masuk syurga pun ada T&C applied. Terang-terang sudah diberitahu dalam al-Quran; pertama join Islam dan kemudian untuk beriman kepada Allah.
Maka, di sini kita tahu, bahawa syarat untuk masuk syurga adalah berimannya kita kepada Allah, dan amal-amal baik pula, boleh diumpamakan sebagai mata bonus yang boleh anda guna untuk menang tiket ke syurga itu.
Mana ada orang kumpul mata bonus, tapi tak join Real Rewards ataupun penuhi apa yang disyaratkan? Jadi, kesudahannya tak menanglah anda.
Habistu mat rempit tu apa cerita?
Mat rempit, mat lampit, mat sumpit, mat belit walaupun sudah join, tapi akan dikenakan penalti kalau menyanggahi T&C. Maka kita tahu, mereka akan dihukum atas dosa-dosa yang mereka lakukan. Dan bila sudah habis tempoh penalti itu, mereka berhak untuk merasai ganjaran mereka pula.
Analogi itu dibuat supaya orang mudah faham. Bahawa Islam itu sendiri keadilan. Takkan agama yang adil hendak kata budak kecil baru lahir itu dilahirkan dengan penuh dosa sehingga hari baptis? Habis tu? Mereka yang mati sewaktu dilahirkan manakah penghujungnya?
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
9:21 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
2
comments
Wednesday, May 20, 2009
Orang banyak bagi alasan, tapi lembap dalam bertindak. Pot pet pot pet, tapi tangan duduk diam. Kaki masih berdiri di tempat yang sama. Yang bergerak, mulut dan perut. Kau buat itu, kau buat ini, kau buat macam ni salah, kau ni bodoh lah.
Kalau kita tanya; kenapa tak kau je yang buat?
Pot pet pot pet pot pet. Mintak tolong sikit pun tak boleh. Pot pet pot pet. Dasar pemalas.
Aih... Kita juga yang kena.
Sangat-sangat pandir!
Bila orang mula memuji-muji tuhan dengan lagu. Natijahnya orang kita akan jadi macam Nasrani.
"Ala syeikh. Puji tuhan tu. Takkan salah jugak? Jumud la anta ni...."
Bukan jumud, tapi kalau orang kita boleh menyanyi, melolong-lolong, terpekik-pekik, minta taubat dan ampun, memuji-muji tuhan, pasti orang yang pertama buat adalah Nabi kita.
Orang Kristian juga menyanyi-nyanyi memuji tuhan. Di Sunday School, mereka menyanyikan alleluia sebelum mulakan gospel, siap ada koir lagi.
Ada grup tanah seberang menyanyi lagu, tajuknya errr.. tak ingat..
Tapi liriknya berbunyi macam ini; "aaaaaakuuuu taaaakuuuttt dengan semua dosa-dosaku... ampuni aku dari segala dosa-dosaku ampuni aku, menangisku bertaubat pada-Mu ...."
Tak melambangkan ciri orang yang takut dosa langsung. Verbal yang bercanggah dengan kelakuan.
Kumpulan koir Kristian pun ada lagu mintak taubat minta ampun contoh macam O Lord. Hear my prayer.
Entahlah...
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
10:43 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Tuesday, May 19, 2009
Manusia hari ini terlalu berkiblatkan barat.
Sebab itu akhirnya ada orang hisap dadah, seks bebas, err.. makan babi, minum arak, telan pil, togok codein (ubat batuk), bawak awek naik motor round UIA lepas tu singgah makan di WAQEC, bunuh mak, bunuh bapak, bunuh bakal bini, jadi pagan, dan tidak kenal Tuhan.
Orang-orang ini barangkali banyak menonton filem-filem dan drama dari US. Atau terlalu tertarik dengan gaya hidup barat sehingga tercekik dan tidak tahu muntahkan semula.
Akhirnya, tuhannya bukan lagi tuhan yang berada di atas 'Arsy, tapi dia menyembah budaya masyarakat barat.
Rasanya, orang macam ini terlalu terikut-ikut dengan budaya barat semacam hippies. Yang mana bagi mereka hidup adalah tanpa campur tangan tuhan..
Kalau tidak, John Lennon tidak akan menyanyi lagu Imagine yang mengajak anda membayangkan tiada syurga, tiada neraka. Ah. Apa-apa sajalah. Cari sendiri lirik di internet.
Kita membentuk peradaban, bukan menyembahnya.
Ada orang kata makan nasik mudah. Tapi ada amal yang boleh bawa anda ke syurga, lebih simple dan senang dari makan nasik.
Buat sikit dah terbuka pintu langit, malaikat doakan, dapat pahala berkoyan-koyan. Betapa sayangnya tuhan pada makhluk-Nya, dan betapa mudah sebenarnya ingin masuk syurga!
Tapi ramai yang masih tersembam dan tidak sedar.
Metafora kawan-kawan master;
"Masuk CELPAD UIA lagi susah dari nak masuk syurga. Sebab tu budak-budak tak mahu sambung master UIA."
Ada kawan yang sedang asyik berniaga di atas talian. E-Niaga di E-Bay. Ah. Aku tak reti. Aku doa kau berjaya dengan baju-baju kau. Nanti dah kaya raya, kau belanjalah aku nasik goreng pattaya di WAQEC. Cukuplah tu.
Ada kawan tengah susah hati, ada benda besar menanti. Bukit Aman katanya. Tapi yang pasti, jiwanya tidak seaman bukit itu sekarang ini.
Saya rasa mahu menulis cerpen pasal babi. Bolehkah begitu?
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
9:26 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Monday, May 18, 2009
#1
Ada orang kata saya tidak begitu sensitif dengan persekitaran. Mungkin benar, mungkin juga tidak.
Kalau benar saya tidak sensitif, ajarkan saya untuk jadi.
#2
Ada orang tidak bosan-bosan bercakap. Hidupnya penuh dengan percakapan. Bercakap, bercakap, dan bercakap. Tapi akhirnya kita tahu, cakapnya cumalah omong kosong. Tin kosong kalau diketuk-ketuk memang berbunyi, tapi hakikat tidak dapat ditukar. Ia masih kosong.
Macam yang saya kata dahulu. Jangan terlalu pantas bercakap. Ada benda kita tahu, ada benda kita tidak. Ada orang yang tahu, tapi dia memilih untuk berdiam membisu.
Kalau dipetik api, silap petik terbakar diri.
#3
Sahabat cerminan diri, bak kata seorang teman. Memang benar saya rasa. Bukan sahaja sahabat dapat mempengaruhi diri kita. Untuk berbuat baik atau buruk. Tapi juga membawa persepsi masyarakat bersama.
Orang tidak akan mengutuk kalau sahabat kita adalah orang yang baik-baik perangainya serta lakunya.
Akan tetapi jika kawan kita itu pembawa masalah, pasti akan ada orang berkata;
"Sok sek sok sek.. Itu kawan si polan.. Sok sek.. Sok sek...."
Masalah bagi diri kita. Padahal kawan yang bawa najis, bau terlekat pada diri.
#4
Ini ada kaitan dengan yang bertanda 1. Fiqh dakwah itu luas. Ada orang kata kita tidak boleh begini dan begitu. Tidak boleh tanya soalan yang boleh merendahkan yang ditanya dan sebagainya. Orang yang ditanya pun bukan kenal sangat dengan yang bertanya dan sebagainya.
Bukan begitu kawan. Soalan yang jujur bukan untuk merendahkan. Tapi untuk kepastian. Ulama' kita zaman dahulu kala pun begitu. Dia bertanya pasal peribadi yang mendakwahkan manhaj. Orang rambutnya sama hitam, tapi dalam hati belum tentu sama merah berdarah.
#5
Paling penting untuk seorang manusia jadi jujur dengan diri sendiri. Kalau diri sendiri pun ditipu, orang lain apatah lagi.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
10:42 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Sunday, May 17, 2009
Sambutan Hari Guru di negeri saya adalah hari di mana pelajar-pelajar sekolah mengambil kesempatan untuk merempit. Di sepanjang jalan, anda boleh melihat pelajar sekolah - samada dalam uniform atau tidak - berada di atas motor, melakukan aksi berbahaya.
Saya sudah biasa dengan fenomena ini. Hari Guru, Hari Kualiti, hari terakhir persekolahan adalah hari menerima berita mengenai kematian pelajar yang merempit. Sekurang-kurangnya akan ada seorang yang mati akibat merempit.
Saya kecewa melihat perkara ini.
Yang menariknya, ada orang buat duit dengan menjaja kerosakan moral ini kepada masyarakat. Kononnya ingin berdakwah kepada masyarakat. Orang mula menonjolkan cerita pasal bohsia, rempit, lumba jalanan, pasal pelacur, gigolo dan macam-macam cerita yang paparannya adalah akhlak yang rosak.
Oh. Saya tidak meminta penerbit filem membuat filem-filem dakwah ala-ala Ayat-Ayat Cinta (kalau boleh dikatakan filem dakwah), Sang Murabbi, Perempuan Berkalung Sorban (ada orang asyik bercerita) dan lain-lain filem macam di Indonesia.
Tapi apa kaitannya menonjolkan cerita pasal bohsia, peluk jantan, menonggeng atas motor RXZ dengan memberi kesedaran kepada masyarakat?
"Aiyya.. Itu aaa, kita mau kasi kesedaran kepada masyarakat Malaysia supaya sedar bohsia itu satu benda yang buruk..."
Encik... Tak ada kena mengena langsung. Filem dakwah sepatutnya menonjolkan konsep amar ma'ruf dan nahi munkar. Bukan menonjolkan kemungkaran dan dipaparkan kepada umum. Ini tidak, ditunjuk pula anak-anak gadis pakai seluar kecik, baju kecik, peluk jantan dan bawak motor laju-laju.
Maka tidak mustahil, perkara-perkara ini yang menarik minat masyarakat untuk jatuh lebih jauh dalam lembah kerosakan. Bukan mengubat sebaliknya menyogokkan racun.
Akhirnya kita sendiri akan bertanya, di mana dan apa sebenarnya nilai dakwah?
Keadaan trafik di Kuala Terengganu semakin teruk walaupun dengan pengenalan sistem jalan sehala. Siapalah pegawai perancangnya? Sangat mengecewakan.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
7:46 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
2
comments
Saturday, May 16, 2009
Ada orang suka mengambil mudah dalam permasalahan agama. Hatta, pada zaman Nabi sekalipun sudah wujud orang yang sebegini.
Cerita pasal orang yang tidak mahu makan dengan tangan kanan walaupun disuruh oleh Nabi sendiri. Akhirnya orang itu langsung tidak dapat makan dengan tangan kanannya.
Ingkar kepada suruhan Nabi itu satu dosa yang besar. Para sahabat sendiri dapat melihat bagaimana balasan yang diberikan kepada lelaki yang ingkar itu dengan mata kepala mereka sendiri.
Itulah autoriti Nabi dalam agama dan kehidupan. Tanpa ada atau perlu promosi kepada daulat, tulah, dan sebagainya. Nabi sekadar seorang lelaki yang datang dari kalangan manusia biasa, hidup sebagai manusia biasa, tidak perlu pakaian atau warna kuning, hijau, merah biru sebagai lambang. Tidak perlu pengiring dalam 24-7 kehidupannya. Tidak perlu ada orang mencium tangan baginda setiap kali berjumpa. Tiada satu langsung di kalangan sahabat tunduk sujud kerana hormat di hadapan baginda.
Tiada sesuatu pun, tapi Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam pada para sahabat adalah tetap seorang Rasul yang diutuskan oleh Allah Azza wa Jalla.
Nabi kita juga kalau berperang, duduk di barisan hadapan. Patah gigi, cedera pipi. Bukan duduk di belakang, bersenang lenang menunggu berita barisan depan sudah mati.
Nabi sebagai pemimpin contoh dan isteri-isteri Nabi, Ummahatul Mukminin pula contoh terbaik buat wanita. Bukan contoh terburuk.
Ketaatan kepada Nabi datang melalui kesedaran. Bukan paksaan, bukan suruhan. Mana ada di kalangan sahabat taat kepada Nabi secara paksa? Tidak perlu sidang media, tidak perlu titah perintah bercop bagai, tapi para manusia terusan taat kepada Nabi. Orang yang mendapat dekri dari Tuhan sendiri.
Nabi kita tidak pernah membenarkan rakyatnya hidup susah. Sebaliknya jika ada kesusahan, bagindalah orang pertama yang merasai. Bukan baginda yang mengaut keuntungan, disuap makan. Tapi baginda yang rela tidak makan, rela kepayahan. Padahal dia keturunan pembesar dari golongan Quraisy!
Nabi adalah seorang yang patut kita hormati, kasihi, cintai, sayangi, dan paling penting adalah ikuti. Cinta dan sayang kepada Nabi perlu lebih tinggi kalau hendak dibandingkan dengan orang lain.
Maka jadilah pemimpin seperti Nabi.
Trivia: 'Hutang cerang' membawa maksud, hutan yang tebal.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
4:34 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
1 comments
Thursday, May 14, 2009
Nak perjuangkan Islam. Nak jaga agama bukan mudah.
Kalau mudah, takkan ada orang terjun dalam lembah kemaksiatan dan kemungkaran.
Kalau mudah, takkan ada orang jadi pelacur.
Kalau mudah, takkan ada orang jadi perompak.
Kalau mudah, takkan ada pembunuhan.
Kalau mudah, takkan ada orang jadi student yang ponteng kelas.
Kalau mudah, takkan ada orang jadi pemimpin yang korup.
Kalau mudah, takkan ada orang jadi penipu.
Kalau mudah, takkan ada orang yang menyembah manusia.
Kalau mudah.. Takkan ada orang yang berani korup dengan tuhannya sendiri.
Jadi, pertahankan agama memang bukan benda mudah. Sebab itu wajar atau lojik orang menangis sebab gagal pertahankan agama. Bukan menangis sebab putus cinta dengan marka.
Maka, wajar juga ada orang sanggup mati pertahankan agama.
Agama adalah prinsip hidup seorang manusia. Dan manusia hidup bermaruah serta mati untuk ke syurga dengan prinsip itu.
Ada kawan bererita bahawa semasa zaman Imam Ahmad, hanya beliau sahaja yang tidak mengikut permintaan pemerintah untuk kata al-Quran itu makhluk.
Semasa ulama' lain mengambil rukhsah di saat genting itu, hanya Imam Ahmad seorang yang mempertahankan prinsipnya yang mana menyebabkan beliau dipenjara serta dicambuk. Maka di sini datang kewajaran kenapa Imam Ahmad digelar sebagai Imam Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah.
Antara ulama' yang mengambil rukhsah ketika itu termasuklah Yahya Ibn Ma'in, Imam Jarh wa al-Ta'dil terkemuka. Jangan pula salah faham frasa mengambil rukhsah ini sebagai melarikan diri, atau mengikut telunjuk pemerintah. Sila buka kitab tarikh untuk klarifikasi.
Jadi di sini masa untuk kita muhasabah diri bagaimana untuk kita berpegang dengan prinsip dan berperang dengan orang yang menyuruh kita melanggar prinsip.
Kawan, ini sekadar peringatan untuk diri saya sendiri. Kerana ada seorang sahabat yang tidak pernah jemu memberi saya nasihat.
"Barangsiapa yang menyebabkan Allah murka dalam meredhakan manusia, maka Allah akan murka ke atasnya, dan siapa-siapa yang diredhakannya. Dan siapa yang meredhakan Allah dalam kemarahan manusia, maka Allah akan redha ke atasnya dan ke atas orang-orang yang memarahinya, hatta menghiaskan dirinya, serta kata-katanya, harta-hartanya pada pandangan-Nya."
Hadith tersebut ada diriwayatkan oleh Imam al-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan disahihkan oleh Imam al-Albani dalam al-Silsilah.
Jadi, marilah muhasabah diri.
Trivia: 'Pitu get' dalam dialek Ganu bermaksud pintu pagar; diadapatasi dari 'pintu gate'.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
7:53 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Apa perasaan anda kalau anda melihat, seorang wanita, umurnya macam nenek anda, pakai baju kebarung ketat, kain batik belah sampai lutut, atau mungkin lebih lagi.
Kalau tanya saya, saya jawab; "Aku nak muntah laaaa..."
Akhlak itu sebenarnya patut selari dengan perjalanan usia. Ini kaedah yang benar. Andai benar waktu muda ada berbuat salah, takkan sampai ke usia tua mahu ulangi perkara yang sama? Benar bukan?
Apa pula perasaan anda kalau anak melayu kata tidak bertudung itu adalah satu bentuk kebebasan.
Kalau tanya saya, ini memang mengundang bala..
Apa yang dimanifestasikan sebagai kebebasan? Dan pada kadar mana diungkapkan kebebasan? Aduhh.. Bebaskah kalau masih dibelenggu dosa?
Orang tidak sepatutnya rasa bebas kalau masih diperangkap dosa.
Apa pula anda rasa kalau ada orang kata beer itu adalah halal.
Ahhhhhhh.. Saya sudah hilang modal nak menjawab apa. Lepas ni mungkin ada wine halal, whiskey halal, lepas tu rum halal.. Dan paling tidak pun ada babi halal pulak.
Apa anda rasa, apa anda rasa, apa saya rasa. Apa kita rasa sebenarnya tidak penting. Yang penting, apa syarak kata.
Trivia: Orang Ganu memanggil kilang papan sebagai 'somen' yang dipinjam dari perkataan inggeris; sawmill.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
4:02 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
1 comments
Tuesday, May 12, 2009
Kita kadang-kadang perlu akur bahawa kita perlu menjaga hati segenap manusia yang hidup di muka bumi ini. Kawan-kawan rapat apatah lagi.
Tapi orang yang dianggap kawan-kawan itu belum tentu mahu menjaga hati kita. Pada masa itu baru kita tahu bahawa orang itu memang tak berperasaan.
Ada orang pernah berkata kepada saya dengan nada sinis;
"Cerita pasal bla.. bla.. jangan berulang.. Tanyalah si X, komiti lain bla.. bla.. bla.."
Ah. Kan dah terkantoi bahawa ada cakap-cakap belakang!
Kawan. Ada benda yang kita tahu, ada benda yang tidak.
Kawan. Pesan aku semoga kau beringat.
Kawan. Kalau aku dedahkan semua nescaya makin banyak yang kau terasa.
Kawan. Aku tak harap duit berjuta. Tapi sekurang-kurangnya bagilah ucapan terima kasih untuk dirasa.
Ada yang nak kecil hati? Saya sudah tidak mahu peduli. Sebab saya sudah cukup-cukup kecil hati dengan sesetengah manusia.
Benar bak kata seorang kawan (yang memang benar-benar kawan). "Bila tiada rasa berterima kasih jiwa kita buruk seburuk perumpamaan saya penyapu dan tongkat buruk. Sekecil mana pun sumbangan orang terhadap diri kita kena hargainya baru berbahasa sebagai manusia."
Kadang-kala terasa, berbudi dengan binatang lebih datang manfaatnya. Walaupun mungkin terpaksa tanggung risiko digigit oleh anjing yang tersepit. Sekurang-kurangnya itu cuma cedera fizikal. Kalau cedera jiwa. Ada orang nampak?
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
4:30 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
2
comments
Monday, May 11, 2009
Duduk berkampung di Felda Palong 7, di ceruk Gemas selama 3 hari, bukan perkara asing bagi saya. Saya pernah sampai ke situ tahun lepas. Tahun ini saya sampai lagi, setelah Masri mengadu yang dia kekurangan fasi hampir setiap kali jumpa.
Modul kem tahun ini berbeza dengan tahun yang sudah. Kalau dulu banyak berbicara pasal wuduk dan solat. Tahun ini katanya lebih kepada pembinaan shakhsiyyah.
Namun masih ada satu modul yang bercakap pasal wuduk dan solat. Tapi bila sampai ke slot ini, saya rasa kecewa. Atau lebih tepatnya sangat-sangat kecewa.
Jika satu jam setengah pada asalnya diberikan untuk menerangkan mengenai wuduk dan solat. Membetulkan kesalahan mereka buat pada dua benda itu. Saya pula habiskan hampir satu jam bercakap apa pentingnya solat.
Bukan saya seorang sempurna. Tapi apa yang hendak saya ajarkan kalau ada yang masih terpaksa berfikir lama solat apa yang 3 rakaat dan solat apa yang 4?
Apa yang hendak diajar bila ditanya solat subuh ada berapa rakaat, ada yang menjawab 4?
Saya bukan memperlekehkan adik-adik tersebut. Jauh di suduh hati saya, saya merasa kesian sungguh melihat orang yang kulitnya macam saya, bahasanya bahasa saya, namanya macam nama kawan-kawan saya, rupanya masih keliru solat zohor itu 4 atau 3 rakaat.
Macam mana saya hendak mengajar adik-adik itu untuk solat, untuk wuduk, kalau dia sendiri tak berani untuk jamin dia akan mengamalkan 2 benda itu selepas ini.
Kalau ada yang bagi teori; "Ajarlah dulu, lepas ni mereka buat lah...."
Saya cuma mampu tersenyum.
Adik-adik itu saya tanya, berapa kali kamu bersolat sehari? Ada yang jawab 3. Ada yang jawab 2. Alhamdulillah, tidak ada yang menjawab tidak langsung.
Saya tekankan kepada mereka yang solat itu satu kemestian, bukan pilihan.. Bukan pilihan! Yang mereka tidak boleh solat ikut suka. Kalau mahu buat 3, mereka buat 3. Kalau tak mahu sembahyang asar, boleh suka hati tinggal sebab hendak pergi berlatih main bola lisut.
Bukan, bukan dan bukan! Islam bukan ajar begitu rupa..
Saya selalu sebut kepada mereka;
"Jangan berani mengaku orang Islam kalau sembahyang boleh lagi ditinggal-tinggal. Kamu semua patut rasa malu kalau meninggalkan solat.."
Saya tidak boleh kata lebih dari itu. Peruntukan satu jam setengah untuk cerita bab solat sahaja memang tidak cukup. Tapi saya mahu mereka sedar bahawa solat itu kemestian.
Saya ajarkan mereka doa istiftah yang betul, yang lebih ringkas, kerana ada yang masih salah bacaan istiftahnya..
"Wa ana minal musyrikin..."
"Wa maa ana minal muslimin...."
Nak terpengsan pun ada saya dengar...
Saya cuba betulkan bacaan tasyahhud dalam masa yang singkat.
"Attahiyya tubarakatuh..."
"Salah.. Baca macam ni bla.. bla.. bla.."
"Ok bang... Attahiyya tulmarakatulillah.."
Saya hanya mampu berdoa agar Bong, Apis, Syidan, Saiful, Zam, Zaim, Paan dan lain-lain itu boleh berubah.
Cuma apa yang saya rasa boleh saya catit sebagai kenangan adalah, mereka masih lagi mampu diacu jadi manusia! Kerana mereka menangis bila bercerita pasal ibu mereka!
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
6:32 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
3
comments
Sunday, May 10, 2009
Kadang-kadang memualkan bila fikir pasal orang yang tidak kenal erti terima kasih atau tidak mengenang budi.
Ada orang boleh melutut merayu-rayu semasa hendak meminta tolong. Tapi bila ditolong dia lari begitu saja. Kosong.
Ini belum dicampur dan dicongak, perihal ada orang yang dipijak oleh kawan sendiri. Bagai melepas anjing tersepit.
Bukanlah kita ini jenis orang yang meminta untuk dibalas pertolongan dengan harta. Cukuplah terima kasih. Islam mengajarkan budi bahasa dan kesusilaan. Budi yang dicurah, dibalas dengan doa. Bukan dibalas dengan budi.
Apa kita tidak malu? Orang yang tak ada agama pun tahu berbudi bahasa!
Saya cukup benci apabila privasi saya diganggu. Apabila orang ceroboh zon peribadi saya dengan suka-suka hati. Ini bukan masalah saya sensitif atau tidak kawan! Kerana semua orang memang tidak suka ruang privat diganggu.
Kita bukan monyet di hutan yang tidak tahu malu serta berkongsi ruang di atas pokok dan tiada privasi langsung, berbogel hanya berbajukan bulu.
Kita ini manusia berakal dan punya tatasusila.
"Alah. Kalau kau tidak bagi aku tengok, maknanya ada aib la kau simpan.."
Bukan masalah menyimpan aib atau tidak. Apa anda hendak buka dan korek aib orang?
"Apa kena mengena dengan engkau?"
Jika ada aib, maka apa yang hendak dibuktikan dengan menobros ruang peribadi tanpa izin? Ini sekadar mengundang celaka wahai kawan. Itu yang di dalam al-Quran disebut sebagai tajassus.
Entahlah. Payah juga kalau ada orang tidak faham Bahasa Melayu dan suka buat ikut suka sendiri sahaja.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
8:49 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
3
comments
Friday, May 8, 2009
Perhatian: Ini bukan entry mengenai pengumuman perkahwinan saya. Ada pulak yang silap faham nanti.
Ada kawan bertanya, "Arep, kau bila nak kawen? Kata setahun. Ini dah lebih setahun.."
Alamak! Frank. Sorry la beb. Aku hanya berani letak target.. Tak berani berjanji. Haha.. Bajet-bajet masa setahun. Bajet duit pulak tak cukup.
Kawen boleh macam makan nasik ke kawan? Hahaha..
Soalan cepumas;
Frank. Kau bila nak kawen?
Masri. Kau bila lagi nak kawen? Asek tulis perasaan dalam cerpen.
Ashrap. Kau dengan awek cun bila nak kawen?
Usen. Bila nak kawen dengan wanita idaman?
Qayyum. Bila nak kawen ngan gewe?
Sarip. Bila nak kawen dengan.. Err.. Sapa-sapa lah?
Abang Pian. Bila nak tambah lagi sorang.. Oppsss! Haha..
Yang pastinya, aku, kau, kawan-kawan kita punya dilema yang sama. Samada belum berjumpa calon. Kalau sudah ada. Tak berjumpa pula dengan duit-muitnya. Kalau ada duit-muit, mungkin dihalang oleh mak dan bapak. Atau dihalang oleh pengajian yang masih berbaki.
Pendek kata. Ada saja yang ada di depan menghalang.
Siapa-siapa lagi ada dilema yang sama?
Semoga bantuan oleh Allah Azza wa Jalla. Kerana jalan yang diatur oleh Allah itu nescaya lebih baik dari apa yang disusun oleh manusia.
Jom berkahwin dan jadi suami orang!
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
9:27 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Thursday, May 7, 2009
Perhatian buat Husaini Ibrahim dan Ashraf Latif. Aku tak tertarik dengan tawaran menulis buku dengan PTS engkau orang berdua canangkan. Tapi aku cuba juga menulis cerkar (baca: cerita karut) di bawah.
Kisah Tabib Yang Malas
Kisah ini berlangsung di Taman Ilmu dan Budi. Disebutkan bahawa ada seorang pemuda jatuh sakit. Panas badan, sakit-sakit badan, dan ada sedikit bintik-bintik ruam di badan. Lalu dia pergi berjumpa tuan tabib hebat di negaranya itu.
"Wahai tuan tabib.. Hamba takut-takut hamba dijangkiti denggi. Ada bintik ruam di badan hamba.."
"Mana ruam tu? Meh hamba tengok.."
"Nah.."
[Dengan nada memperlekeh]
"Alah tuan hamba ni.. Kalau semua orang ada ruam, demam, datang klinik ni cakap ada denggi, senang lah kerja hamba.... Ni ruam sebijik pun nak risau.. Itu ruam peluh daaa..."
[Nada sinis pemuda menjawab]
"Hamba tak ambik jurusan perubatan bersanad macam tuan tabib, manalah hamba nak tahu... Ruam sebijik ke, sepapan ke.. Sebab tu hamba datang awal-awal.."
Tabib tersebut memberikan preskripsi ubat. Panadol, satu jenis ubat tahan sakit, dan vitamin.
"Nah...."
Pemuda berlalu dalam keadaan marah..
"Ceh.. Kalau macam ni. Aku pun boleh jadi tabib!"
Hahaha.
Kan nampak kadar kemalasan tuan tabib tersebut.
Pemalas dan sungguh pemalas. Tak belajar dari kesilapan lalu kah? Kan sudah pernah ada kes tuan tabib bersikap lewa sehingga pelajar sudah kritikal baru hendak diagnoskan sebagai demam denggi.
Ini kerja tidak cerdik tuan tabib di Taman Ilmu dan Budi. Entah-entah dia cuma sekadar doktor mee celup. Hahahaha..
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
7:23 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Saya bukan suka mencari salah orang. Tapi kalau ada orang yang cuba menjadi Pak Pandir dalam agama. Ini tidak betul. Ini bukanlah satu perkara yang betul!
Ada orang kata tak mengapa pegang babi. "Takpa sentuh dia. Takpa... Buleh.. Bulllehh.."
Tapi sesetengah orang nak buat lebih dari itu..
Tapi takkan kita nak peluk babi? Takkan nak bela babi? Takkan nak jual beli babi?
Itukan babi namanya?!
Ini masalahnya bila berdepan dengan orang yang pandir dalam agama.
Berdepan dengan orang yang bagi fatwa tanpa kaji dalil-dalil yang sudah sedia ada, bagi fatwa ikut suka sendiri.
Ini kerja-kerja bodoh bagi orang yang pandir. Si pandir, oh si pandir..
"Ulasan saya, saya setuju dengan pendapt ulama' XXX. Dan hadith ini dha'if pada pandangan ulama' XXX sebab ada perawi dha'if.. Bla.. Bla.. Bla.."
Kalau ulama' XXX tu orang takhassus dalam bidang hadith. Saya terima.
"Habistu arep. Kau nak hina ulama' ke?"
Ini bukan masalah aku hina ulama' atau tidak kawan. Aku menolak pendapatnya, tak bermakna aku benci dia. Tak bermakna kalau aku jumpa dia, aku ludah dia di muka.
Benda dalam agama, kita kena bagi pada pakarnya. Cara mendahulukan pendapat juga penting. Pendapat siapa yang benar-benar kita utamakan.
Analogi mudah; kalau seorang jurutera M&E (Mechanical & Electrical) dan seorang lagi jurutera dalam bidang C&S (Civil & Structure) memberikan pendapat dalam hal bersangkut paut dengan struktur bangunan. Pendapat siapa yang anda pilih?
Kalau tanya saya, saya tentu akan kata jurutera C&S. Kerana dia adalah seorang mutakhassis. Hatta, kalau benar (KALAU!) sekalipun jurutera M&E itu betul, saya tetap akan pilih yang pakar. Bukan bermakna saya hina dia.
Takkan kita pergi tanya pasal sakit demam dekat seorang doktor gigi?
Atau pergi tanya pasal sakit tulang temulang pada seorang doktor pakar sakit tuan?
Ini satu perkara yang pelik. Dan gila...
Justeru, usah kita bagi pendapat yang syaz lagi cokia kepada masyarakat umum. Kerana bukan semua orang tahu pasal usul al-fiqh. Belum tentu semua orang tahu pasal hadith. Orang yang tahu pasal hukum-hakam pun masih ramai lagi tertiarap.
Benar kata sahabat saya...
Kadang-kadang orang yang nampak cerdik bila tidak hati-hati, boros kan nampak lebih pandir dari pandainya…
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
5:47 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Erdogan. Oh Erdogan. Nama yang makin mekar di persada rakyat Malaysia.
"Arippp.. Kau nak ulas pasal politik pulak ke??"
Oh. Mintak maaf lah kawan. Saya tak reti sangat mengulas pasal politik. Kalau boleh dibuat analogi. Saya ini orang yang memandang dari luar pagar sambil memegang jeriji pagar. Tak mahu masuk. Takut nanti tak jumpa jalan keluar. Orang kata dekat dalam pagar banyak gula-gula. Hahaha.
Erdogan di Malaysia?
Hahaha. Saya cuma takut Erdogan yang disebut-sebut di Malaysia membawa derita. Atau sakit jiwa.
Politik di Malaysia semakin basi dan lemau. Dalam hati, cuma mampu berkata. "Aku risau kalau-kalau Malaysia berakhir menjadi proxy Yahudi. Tapi aku risau juga kalau Malaysia menjadi negara suap-menyuap... Tapi yang marhaen tetap kelaparan. Aku risau. Sebab aku pun marhaen."
Kepimpinan Islam atau kepimpinan ulama'? Atau kepimpinan liberalis?
Saya tidak tahu. Hahahaha.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
12:57 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Wednesday, May 6, 2009
Kalau ada di kalangan manusia dan jin merasa pelik kenapa saya berubah gaya penulisan. Dari kurang ilmiah, menjadi tidak ilmiah langsung. Jangan pedulikan saya.
Sebenarnya, saya lebih rasa selesa menulis dengan cara begini. Menulis pasal diri saya. Menulis pasal perkara yang saya lihat di sekeliling saya. Menulis dengan gaya yang santai seperti di tepi pantai.... Yang indah...
Ada kawan berkata (dalam loghat Kelantan); "Mu hari-hari update blog. Laju benar. Belumbo denge Masri.."
Saya jawab, "Memey (baca: memang, bukan Memey yang kena dot.. dot..) aku hari-hari apdet blog. Sebab aku tulis pendek, pahtu gak aku banyok ngepek (baca: merapu dan merapik)."
Tulisan dalam blog ni tak sampai 1 page word pun. Kalau ada yang sudi baca, terima kasih banyak saya ucapkan kerana membaca repekan serta rapikan niyang rapik saya yang ini.
"Habis tu, kau tak mahu menulis ilmiah sikit ke?"
Entahlah.
Saya bikin blog baru.
Niat saya untuk meng-seperate-kan hasil kerja yang (kunun-kunun) ilmiah itu sudah tercapai.
Jadi saya akan teruskan merepek dan ketawa di blog kalam fadhi saya ini.......
P.S: Merepek dengan merapik sama makna ke?
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
3:03 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
2
comments
Tuesday, May 5, 2009
Rakan baik saya mendedikasikan puisi ini buat saya dan sahabat-sahabat lain yang sama-sama merasai kisah tengah malam, kisah waktu kelam.
Terima kasih buat Tuan Sabja.
Masihkah kau ingat..
Pada lewat malam kita bertiga..
Berbicara tentang pedang dan sarung cincinnya...
Aku mengajak kita bertiga melihatnya, kamu berdua mengeleng kepala..
Hingga hujung waktu tahajud itu kita berbicara dan terlena..
Sedar-sedar kita di hujung lewat Perang Tabuk..
Bangun!!! Perang Tabuk.. Perang Tabuk.. Perang Tabuk..
Kata sahabat kita... Bukan begitu, Allahu Akbar kata Sayyidina Umar..
Masih ingatkah tahajud cinta itu ?...!!!
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
6:39 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Monday, May 4, 2009
Updated
Membentuk peribadi Muslim yang sempurna bukanlah satu tugas yang mudah. Namun bukan pula tugas yang sukar.
Saya kata mudah kerana orang Islam punya acuan paling sempurna. Iaitu orang yang PALING MULIA; Rasul kita, Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Ini satu kelebihan yang tidak ada pada agama Kristian, yang tidak ada pada agama seorang Yahudi. Apatah lagi pada Hindu ataupun Buddha.
Namun yang paling menyedihkan, adalah hakikat bahawa kita tidak sedar akan perkara ini. Orang Islam khususnya, meminggirkan perkara ini dari skop pemikiran mereka (yang sedia ada kecil) akibat kebodohan, ataupun kesombongan.
Ketika non-Muslim sibuk mengagumi wujudnya seorang lelaki yang bernama Muhammad ini, serta mengakui bahawa Nabi kita adalah seorang figura yang paling berpengaruh pernah hidup.
Saya melihat sesuatu yang menarik di sini. Apabila orang seperti George Bernard Shaw, seorang pembikin teater prolifik keturunan Irish menyatakan bahawa;
"Orang semacam Pasteur dan Salk adalah pemimpin dalam kumpulan pertama. Orang semacam Gandhi dan Confucius, dan dari sudut yang lain, Alexander, Caesar, dan Hitler adalah pemimpin dalam kumpulan kedua dan mungkin pada yang ketiga. Jesus dan Buddha tergolong dalam kategori yang ketiga semata-mata. Mungkin, pemimpin terbaik sepanjang zaman adalah Muhammad, yang menggabungkan ketiga-tiga fungsi kumpulan. Musa juga melakukan yang sama, dalam kadar yang lebih rendah.
Manakala Jules Masserman, bekas presiden Pertubuhan Psikiatri Amerika pula berkata;
"(Muhammad-pent) adalah kepala negara, dan pada masa yang sama, agama. Dia adalah Caesar dan Paus dalam masa yang sama. Akan tetapi dia adalah seorang ketua agama yang tidak punya sikap semacam seorang Paus. Dan seorang Caesar yang tidak punya ketumbukan tentera semacam Caesar, tanpa ada tentera yang beratur (yang ramai-pent), tidak ada pengawal di sisi, tidak ada kuasa kepolisan, tidak mengenakan cukai yang tetap. Kalau ada seorang lelaki yang berhak mengaku bahawa ia memerintah dengan wahyu yang benar, dia adalah Muhammad, kerana dia mendapat kuasa tanpa sokongan perkara-perkara itu. Dia tidak peduli dengan luaran kuasa. Ringkas hidup peribadinya adalah sesuai dengan kehidupan publiknya."
Kita pula sibuk mengambil 'orang luar' sebagai contoh ikutan, dijadikan acuan bagi mendidik peribadi anak-anak Muslim.
Berapa ramai ibu bapa mengajar mereka untuk mengagumi seorang lelaki hebat bernama Muhammad?
Saya rasa, kalau ditanya kepada adik-adik kecil, kalau ditanya dia mahu jadi macam siapa bila sudah besar dewasa; mungkin sahaja ramai akan memberikan jawapan yang berikut;
"Saya nak jadi macam Barack Obama....."
daripada;
"Saya nak jadi manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang macam Nabi kita!"
Maka, pesanan hemat masyarakat saya pada kali ini adalah, pilihlah acuan yang sempurna, agar kita dapat membentuk peribadi Muslim yang sempurna juga.
Ayuh! Jadi Muslim yang peribadinya macam para Nabi kita!
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
4:50 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Terlalu banyak bercakap sebenarnya bukanlah satu tabiat yang bagus. Kadang-kadang boleh memualkan orang. Atau bikin orang panas. Atau mungkin saja boleh berakhir dibenci orang.
Bercakap banyak ada dua jenis.
Pertama, ramah tamah. Ini jenis yang boleh ditoleransi. Kerana memang satu fitrah yang bagus kalau kita boleh bermanis muka dengan orang, bertegur sapa, dan membuat kawan. Orang macam ini akan disenangi orang, dan ramai kawan.
Cuma yang menjadi masalah bila termasuk dalam kategori 'mesra alam' dan bawa gosip sana sini. Setiap kali jumpa kawan, anda mungkin akan mengajak mereka 'menganyam ketupat. 'Pencemaran bunyi' yang keterlaluan mungkin boleh berlaku. Natijahnya, kawan boleh lari setiap kali jumpa anda. Anda juga akan mendapat satu nama gelaran seperti 'DJ Joyah'.
Kedua, orang yang cakap banyak versi cakap besar. Suruh orang buat macam-macam, itu dan ini. Tapi sendiri tidak reti buat. Ini jadi masalah sebab dia akan menyusahkan. Akhirnya akan bikin orang susah dan rasa tidak senang. Ini berlaku di sekeliling kita.
"Pot pet pot pet.. Kau buat itu... Yang kau buat ini salah.. Kau tau apa? Aku dah lama makan garam.. Kau tu kecik lagi.."
Orang yang macam ini kata-katanya tergolong dalam kategor 'air longkang yang mengalir deras'. Bila disuruh buat, dia akan ternganga-nganga sambil berkata;
"Aku tak reti laaaaaaaa...."
Kalau dia seorang yang susah, mungkin tidak mengapa. Tapi perbuatannya akan menyusahkan orang lain.
Maka tuan puan. Pesanan hemat masyarakat saya pada kali ini adalah. Usahlah kita menyusahkan orang dengan sikap kita yang hanya tahu cakap, tapi tidak reti buat.
Hayatilah kalam dari manusia yang PALING MULIA ini kalau kita tidak mahu jadi orang yang MUFLIS.
"Permudahkanlah dan jangan menyusahkan, gembirakanlah dan jangan membuat orang berpaling."
Banyak cakap pun tak bagus, sebab mulut berbau. Betul tuan-puan, saya tidak tipu. Di sini.
Adakah banyak menulis juga dikira banyak cakap? Haha.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
12:14 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
2
comments
Saturday, May 2, 2009
Orang kita (baca: Melayu) sangat takut dengan hantu. Takut satu hal. Percaya pula satu hal yang lain. Orang kita ini, saya kira paling rapat dengan hantu dan syaitan agaknya. Jangan marah pula kalau saya kata begini. Sudah terbukti benar. Ada 'Jangan Pandang Belakang'. Ada 'Jangan Tegur'. Esok mungkin keluar tajuk, 'Jangan Berkawan'. Baik buat tajuk, 'Toksah Percaya'.
Saya menulis sebagai respon kepada rasa tidak puas hati lagi jelik dengan lambakan cerita hantu Melayu di pawagam. Dan yang paling teruk, yang beredar di TV. Terutamanya, cerita bodoh macam seleksi drama Keliwon yang disiarkan setiap malam Khamis (entah apa signifikannya pemilihan malam ini?) dan disuap kepada masyarakat. Orang kita pulak ternganga-nganga tengok drama semacam ini.
Tolak ke tepi lah majalah-majalah hantu yang tidak berasas seperti mana Mastika, Cermin, Mistik, Splastik, Plastik, dan entah apa-apa lagi tajuk di pasaran yang sememangnya telah terbukti tidak boleh pakai serta mengotorkan minda masyarakat. Sekarang ada pula cerita-cerita dongeng yang saya sendiri tak tahu mengapa boleh terlepas untuk disiarkan dalam TV, dan biarkan budak-budak kecil menonton.
Konon-kononnya cerita ini adalah untuk memberi iktibar kepada masyarakat agar tidak buat itu dan ini yang menyalahi agama. Tapi huduhnya perangai mereka, adalah mereka telah menipu masyarakat dengan buat cerita bukan-bukan sehingga ada yang terpercaya.
Teruk lagi cerita hantu, kadang-kadang berorientasikan kesyirikan.
Orang kita sudah macam hilang guideline. Buat apa sahaja mereka suka. Dan hendak kaver, gunakan alasan;
"Welllllll... Kami hendak beri iktibar kepada masyarakat... Sebab tu kami buat cerita hantu ni......"
Semua orang pun boleh cakap macam itu. Kita sebenarnya masih berada di takuk jumud. Terlalu asyik dengan hantu dan syaitan. Padahal banyak lagi benda lain yang boleh dibuat dan boleh difikirkan. Bagaimana nak hadam ilmu kalau asyik tengok benda mengarut dua puluh empat jam?
Maka tak hairanlah kalau ada peristiwa histeria di sekolah. Pelajar meraung-raung sebab takutkan hantu jembalang. Sebabnya mudah, orang Melayu memang berkawan rapat dengan hantu jembalang.
Saya bukan saja-saja hendak mengutuk. Tapi memang benar orang kita demikian sifatnya. Jadi usah marah kalau buku Walter William Skeat yang bertajuk Malay Magic (dan yang dijadikan rujukan oleh grup pencari hantu karut ala Ghostbuster Malaysia) itu mendedahkan betapa mengarutnya masyarakat kita berdasarkan pengamatannya terhadap masyarakat Melayu. Sebenarnya saya masih tertanya-tanya, samada buku itu yang mempengaruhi masyarakat kita. Atau Walter William Skeat yang dipengaruhi masyarakat kita.
Renungkan.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
9:30 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments
Friday, May 1, 2009
"Minbar Jumaat hari ini akan membincangkan mengenai amal di dunia sebagai pelaburan di akhirat..."
Saya hanyut dalam khutbah hari ini. Bukan hanyut kerana tidur! Tapi hanyut kerana terfikir bahawa ada benarnya lontaran kata-kata dari khatib hari ini.
Kalau kita teliti dalam-dalam perjalanan hidup kita, maka kita akan benar-benar tahu bahawa setiap satu perkara, samada baik atau buruk, akan dimasukkan dalam akaun akhirat. Kalau buat baik, dapat pahala. Buat jahat, tentu sekali dapat dosa. Ini semua pelaburan.
Analogi mudahnya. Kalau kita bekerja sebagai seorang buruh. Buat pekerjaan dengan cepat dan sempurna. Bos akan bagi upah lebih. Buat kerja selekeh dan lembap, maknanya anda akan berhadapan dengan potongan gaji.
Itu sekadar satu analogi ringkas. Tolong faham bahawa saya bukan memaksudkan nilai pahala itu macam gaji. Tidak sama sekali!
Tapi apa yang saya ingin khabarkan bahawa pelaburan itu hanya akan dapat keberuntungan, ataupun kerugian berdasarkan pada pelakunya. Pada 'pekerjanya' itu. Kerana nilai pekerjaan itu adalah berdasarkan pada pelaku. Kalau dia benar-benar mahu yang terbaik. Dia akan buat yang terbaik. Dan akan dapat yang terbaik pula. Kalau dia buat endah tidak endah. Maka apa lagi yang dapat dia harapkan?
Mana mungkin kita akan dapat RM 100 dari pekerjaan yang hanya RM 5 yang ciput nilainya? Begitu juga pahala. Adakah kita mengharapkan pahala yang besar jika amal yang kita lakukan adalah kecil?
Lakukan pekerjaan kita dengan ikhlas sambil mengharapkan keredhaan daripada Allah.
Kita manusia, bukan siapa-siapa. Andai ajal datang memintas, tak mampu kita berkata tidak.
Hidup ini lebih bernilai dari ASM, ASB, ASW 2020, ASDI, AK-47 dan lain-lain. Jadi manfaatkan sebaiknya medan pelaburan ini.
Maka, fikir-fikirkan.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
7:41 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
0
comments

